E-Book Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan – Nurussalam Aziz

sample-3

Pasal asalnya, buku ini telah disiapkan pada tahun 2014 dan ingin diterbitkan kepada para pembaca sekalian. Atas dasar yang tidak diketahui, pihak penerbit menangguhkan untuk menerbitkan buku ini. Jadi, atas dasar ingin berkongsi.. saya memberi penulisan dalam bentuk e-book secara PERCUMA. Ya, secara percuma. Mungkin anda tanya, apa yang saya dapat dari hasil penulisan ini. Mudah sahaja, sekiranya ilmu di dalam ini membawa kebaikkan kepada anda dan anda mempraktikkannya maka secara automatik saham akhirat saya sudah dibina kat ‘sana’. Harap-harap ia bawa kebaikkan kepada anda semua.

Buku ini adalah perkongsian peribadi saya dari seorang yang melakukan kesilapan berhutang secara membuta tuli kepada seorang yang dapat menyelesaikan hutang yang tidak baik. Lain orang, lain cara penyelesaian mereka. Di dalam itu juga saya ada selitkan amalan-amalan menurut Islam yang saya lakukan iaitu usaha dan bertawakal dengan Alla SWT. Buku ini adalah lengkap dan bukannya dipecahkan seperti sebelum ini.

Saya membenarkan anda untuk mencetak (103 muka surat) untuk kegunaan anda sendiri tetapi saya melarang sekiranya anda membuat duit dari kandungan buku ini. Anda juga boleh ‘kongsi’kan pautan laman ini kepada sesiapa sahaja yang anda rasa bermanfaat kepada mereka. Anda boleh lihat pautan ini untuk memuat turun kandungan e-book lengkap ini.

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan_NurussalamAziz

Advertisements

Nak beli Unit Amanah v1

Sebelum ini mungkin ada para pembaca sudah muak dengan artikel-artikel mengenai ‘pertahanan dalam kewangan’ iaitu takaful. Ok, kali ini kita berbalik pula kepada senjata-senjata yang boleh digunakan untuk memperkembangan aset tunai anda. Nampak menarik bukan? Mungkin ada di antara anda yang agak terkulat-kulat bila di sebut Unit Amanah, tetapi berlainan pula apabila di sebut Unit Trust. Sebenarnya ia adalah entiti yang sama, Unit Amanah adalah bahasa melayu manakala Unit Trust adalah bahasa inggeris. Ada juga yang panggil saham amanah atau mutual fund.. Jadi, apakebenda entiti ni?

Apa itu Unit Amanah aka Unit Trust? Secara mudahnya, ia satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh syarikat (diuruskan oleh pengurus dana) dengan mengumpul wang orang ramai (pelabur) dan dilaburkan dalam beberapa saham syarikat (pelbagai kategori syarikat dan jenis pelaburan). Sebagai contoh: Produk A dikeluarkan tetapi dilaburkan di dalam beberapa jenis syarikat seperti telekomunikasi, teknologi, minyak dan gas, produk pengguna dan sebagainya (saham-saham, bon/sukuk, money market). Ia akan diuruskan oleh Pengurus Dana supaya Produk A ini memberi pulangan yang baik kepada para pelabur.

Bagaimana saya membaca sesuatu Unit Amanah? Pertama sekali saya akan membuka past performance kepada Unit Amanah ini. Paling mudah, saya akan melihat past performance untuk 20 jenis Unit Amanah yang terbaik (Top 20) untuk setiap kiraan 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun. Jadi, di sini saya boleh melihat mana-mana Unit Amanah mempunyai prestasi lampau yang baik. Memandang ia adalah past performance, saya hanya menjadikan ia sebagai indicator atau signal tetapi bukanlah untuk saya menentukan Unit Amanah ini harus di beli. Ia sekadar melihat lenggang lenguk prestasi lampau Unit Amanah tersebut.

Sekiranya anda jenis tak sabar tunggu 3 – 5 tahun untuk mendapatkan keuntungan maka pelaburan ini amat tidak bersesuaian kepada anda. Maka lebih baik anda melabur secara terus dalam saham-saham Bursa Saham Kuala Lumpur. Mengapa Unit Amanah mempunyai tempoh untuk berkembang? Pada permulaan anda harus membayar beberapa caj yang dikenakan dan kemudian cuba memilih Unit Amanah yang memberi pulangan secepat yang mungkin. Ada sesetengah dana unit amanah dapat cover charge cost secepat 6 bulan! Ada yang memakan masa setahun malah ada yang masih belum cover charge cost walaupun mengjangkau 2 – 3 tahun! Jadi, anda harus pantau prestasi pelaburan dana-dana amanah anda.

Ini merupakan beberapa Top 20 yang saya dapatkan data dari laman sesawang http://www.fundsupermart.com.my dan my.morningstar.com. Untuk para pelabur yang menggunakan epf, anda boleh merujuk kepada Novagni (nanti saya akan tulis artikel lain untuk bahagian ini).


Saya kategorikan dana amanah (1 tahun prestasi) ini sebagai bayi dan belum matang. Ada sesetengah dana amanah yang rekod prestasi kurang dari 3 tahun, jadi saya tidak menilai sangat prestasi Unit Amanah ini sebaliknya saya melihat siapakah pengurus amanah (mungkin pernah melaburkan Unit Amanah yang lain), kebolehupayaan dana ini dan pelbagai lagi. Dengan kata lain, mungkin ada Unit Amanah yang akan menjadi favorite lists. Bahasa mudah.. sight seen only.

Hah, sekarang dah ada beberapa list out dari past performance (yang memberi indicator kepada saya untuk melabur). Anda boleh rujuk gambar tersebut. Ada dana amanah yang wujud 2 kali (prestasi lampau untuk 1 tahun dan 3 tahun). Ting! Masuk dalam favorite lists lagi. Apa yang saya lihat, untuk senarai 20 dana terbaik, hanya 2 Unit Amanah yang patuh shariah dan masih mempunyai rekod yang masih awesome. Terbaik! Anda masih ingat, ia memerlukan 3 – 5 tahun untuk melihat pulangan yang baik sesebuah Unit Amanah. Jom tengok prestasi lampau untuk 5 tahun pula. Jom jom..

Apa yang anda perasan tentang Top 20 untuk prestasi lampau 5 tahun ni? Ya, ada 2 dana amanah patuh shariah yang wujud cuma kali ini hanya ada 1 Unit Amanah yang konsisten berada dalam Top 20. Anda tak perasan? Biar saya mudahkan anda.. Eastpring Investments Dinasti Equity. Dah nampak bukan? Jadi, bagi saya ini sudah cukup untuk menjadi indicator kepada saya untuk membuat langkah yang seterusnya kepada Unit Amanah ini. Tetapi alang-alang dah kutip data.. saya bagi satu indicator bonus kepada anda. Apa agaknya ya.. hehe, Saya beri kepada anda prestasi lampau untuk 10 tahun untuk anda menilai dana-dana amanah anda yang mungkin anda pernah beli.

Kalau di lihat, dana-dana amanah ini memberi kiraan yang agak baik dari segi Capital Gain walaupun Unit Amanah ini di annualized (tambah dan bahagi untuk 10 tahun). Saya belum lagi menunjukkan kepada anda Unit Amanah yang memberi Split Unit atau Dividen untuk menjadikan portfolio pelaburan Unit Amanah saya lengkap. Anda mesti tertanya-tanya, mana Unit Amanah favorite saya? Dana tersebut dipasarkan pada 26 Oct 2009, jadi rekodnya belum cukup 10 tahun. Dari sejarah, hanya 2 kali dana ini memberikan dividen (Income Distribution) iaitu pada Jun 2016 & Jun 2017.

Ok, sekarang saya ceritakan apakah salah satu penentu saya akan membeli sesuatu dana. Kita lihat hala tuju Unit Amanah tersebut. Apakah pecahan terbesar yang akan memberi impak kepada sesebuah dana. Buat masa sekarang (2017), di lihat industri ‘technology‘ sedang berkembang di dua buah negara iaitu China dan India. Ini disebabkan kelembapan industri Oil & Gas dan hala tuju Donald Trump dalam pemerintahannya di Amerika Syarikat. Jadi, portfolio dari negara China akan dimasukkan sebagai salah satu dana amanah yang harus dimiliki. Sila lihat rajah di bawah:

 

Apabila di selidiki lebih dalam, dilihat dua syarikat gergasi dari negara China (dah melabur kat negara China kan) mempunyai pegangan di dalam Unit Amanah ini iaitu Alibaba Group Holding Limited sebanyak 8.77% dan Tencent Holding Limited sebanyak 8.20%. Menarik bukan? Dah tak sabar nak beli? Untuk EPF dah kena tunggu sampai tahun depan sebab EPF nak buat penyata kira-kira untuk pemberian dividen nanti. Tetapi untuk anda yang memiliki tunai, minimum adalah RM1,000 dan seterusnya minima RM100.

 

Punyalah panjang lebar sembang kan, tips dari saya jadikan prestasi lampau sebagai indicator dan Forecast (hala tuju) Unit Amanah yang mengikut trend industri semasa.

 

Relevankah Melabur Dalam TH dan AHB?

Alamak.. tengok tajuk ni agak risau saya dengan penerimaan para pembaca sekalian. Saya bukanlah ingin memberi sebarang keputusan mengenai tajuk ini tetapi hanya untuk memberi sedikit pandangan terhadap kedua-dua portfolio pelaburan yang bersifat risiko rendah. Ok, biar kita cerita sejarah pemberian dividen dari tahun 2011 sehingga terkini. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) dari tahun 2011 – 2017 manakala Tabung Haji (TH) dari tahun 2011 – 2016. Biar saya mulakan satu persatu.

Dalam penulisan saya sebelum ini, banyak diterangkan mengenai AHB dan terdapat beberapa perubahan dari artikel-artikel saya yang terdahulu iaitu kini anda boleh mula membuka akaun dengan 100 unit = RM100 (kalau dulu RM500) dan jumlah maksimum sudah bertukar dari RM400,000 (kalau dulu RM200,00). Mari kita lihat pula sejarah pemberian dividen (sila rujuk gambar kat bawah).

Kalau dikira secara 7 tahun (dari 2011 – 2017), saya dapat merumuskan bahawa pulangan dividen (tidak termasuk bonus) adalah 6.33% setahun dari 2011 sehingga 2017. Bahasa mudah 6.3% laa yer.. Kelebihan AHB ini ialah ia memberi pulangan yang lebih dari 6% (tanpa ditolak pelbagai caj spt Unit Trust dan Saham BSKL) dan akan diberi setiap 6 bulan sekali (Mac & September). Saya ada menulis bagaimana anda ingin manipulasi dengan pemberian dividen 2 kali setahun ni dalam artikel terdahulu. (boleh layari link ini: tips-gandakan-pelaburan-amanah-hartanah-bumiputera ). Kekurangan AHB pula adalah selalu kekurangan dana (dana cepat habis dibeli) dan tidak memiliki buku seperti ASB (menarik sebab boleh tengok angka simpanan makin menaik @ menurun).

Bagaimana pula dengan  Tabung Haji (TH)? Poftfolio pelaburan Tabung Haji pula berlainan sedikit dengan AHB iaitu dividen di beri secara tahunan (seperti ASB). Mari kita lihat pemberian dividen dari 2011 – 2016 (sila rujuk gambar di bawah).

Kalau dikira secara 6 tahun (dari 2011 – 2016), saya dapat merumuskan bahawa pulangan dividen adalah 5.67% setahun manakala bonus adalah 1.91% setahun. Kalau di campur dividen + bonus ia bersamaan  7.5 setahun dari tahun 2011 sehingga 2016. Cuma jika dilihat sekarang dividen makin menyusut iaitu kurang dari 6% untuk 2 tahun ke belakangan ini, agak rugi kepada yang mempunyai simpanan yang melebihi RM10,000. Ini kerana kiraan bonus hanya mengambil jumlah sama seperti kos minimum melakukan haji secara muasasah (haji kali pertama) iaitu RM10,000, lebihan dari RM10,00 tidak akan di kira (hanya mendapat dividen sahaja). Tujuan asal portfolio ini untuk anda menunaikan haji tapi disebabkan ia bersifat low risk dan memberi pulangan yang lebih baik dari fixed deposit, maka ia boleh digunapakai. Kekurangan Tabung Haji kelihatan pulangan dividen makin menguncup (seperti ASB) jika dilihat dari 10 tahun ke belakang. (boleh layari link ini: sejarah-dividen-tabung-haji ). Ia sama seperti AHB dan ASB iaitu pelaburan ini tidak ditolak caj-caj seperti anda melabur di dalam Unit Trust ataupun Saham BSKL.

Pada pengamatan saya, kedua-dua portfolio pelaburan ini masih relevan kepada golongan 50 tahun ke atas atau tanggungan (anak-anak di bawah umur 18 tahun) kerana penerimaan risiko haruslah rendah kepada mereka di samping memberi pulangan yang masih baik. Namun begitu, golongan ini boleh mengagihkan beberapa peratus dalam Unit Amanah (Unit Trust) untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi (benchmark untuk menjadikan unit trust yang bagus adalah lebih daripada 8% setahun). Kepada yang ingin memberi pelaburan yang lebih baik, anda boleh mula melabur dalam Unit Amanah atau mula berjinak dengan pasaran saham. Namun begitu, kalau anda jenis tidak berminat dengan pasaran saham BSKL.. mungkin anda boleh bermain dengan Unit Amanah kerana anda boleh pecahkan portfolio dari risiko rendah, sederhana dan tinggi. Saya? Sudah bermula bermain dalam kategori tinggi atau high risk (prefer) tapi masih tidak meninggalkan low & medium risk.

Insya’allah selepas ini saya boleh sharing pula mengenai Unit Amanah dan Pasaran Saham BSKL. 🙂

Kira-kira mudah untuk money = time vs rate

Hari ni rasa nak share kira-kira mudah untuk melihat kuasa kepada compounding interest untuk melihat berapa lamakah masa diperlukan untuk mengandakan pelaburan anda dengan sekali ganda. Ini kiraan kasar tanpa memerlukan kiraan jumlah inflasi ataupun kiraan yang terlalu tepat. Dengan kata lain, untuk memudahkan anda mendapat gambaran secara kasar.

Kita boleh gunakan Rule 72 di mana formulanya adalah 72 bahagi rate (yang diperlukan). Sebagai contoh:

Anda ingin melihat berapa tahun diperlukan dengan rate (kadar) yang anda perolehi dengan time = 72/rate (t = 72/r):
1. rate adalah 6% : (t = 72/6, t = 12 tahun)
2. rate adalah 8% : (t = 72/8, t = 9 tahun)
Jadi, sekiranya anda melabur RM1,000 dengan mendapat pulangan rate 6%, maka anda memerlukan 12 tahun untuk wang itu berganda menjadi RM2,000. Berbeza pula dengan rate 8%, anda dapat mempercepatkan gandaan pulangan hanya 9 tahun sahaja. Jadi, semakin tinggi rate, maka makin cepat wang anda menjadi sekali ganda.

Sekiranya anda pula memikirkan, berapakah rate yang diperlukan dengan target masa (time) yang diberi. Sebagai contoh:

Anda boleh menggunakan formula ini. rate = 72/time (r = 72/t):
1. masa adalah 5 tahun : (r = 72/5, r = 14.4%)
2. masa adalah 12 tahun : (r = 72/12, r =  6%)
Jadi, untuk mengandakan wang anda dari RM1,000 kepada RM2,000 (sekali ganda).. anda memerlukan rate setinggi 14.4% untuk menjadikan ia dapat dicapai dalam jangkamasa 5 tahun. Sekiranya anda ingin mengandakan wang (sekali ganda) selama 12 tahun, maka anda memerlukan 6% sahaja.

Kesimpulan dari sesi sharing hari ini, anda boleh rujuk kadar atau rate yang anda perolehi dari pelaburan anda tanpa memerlukan formula dan kalkulator yang terlalu complicated. Formula Rule of 72 adalah kiraan paling mudah untuk anda mengira secara kasar berapakah kadar (rate) yang diperlukan atau jangkamasa (time) yang diperlukan untuk mengandakan pelaburan anda. Semakin rendah rate anda maka semakin lambat untuk anda mengandakan wang.

** Sebenarnya ada pelbagai lagi formula seperti Rule of 70, Rule of 69.3, E-M Rule atau Future Value (FV).