Biar gambar berbicara…

insurans 3

insurans 5

 

 

 

 

 

 

Biar gambar menceritakan segalanya.. sesaja nak war-warkan apa yang perlu anda tahu tentang takaful dan keratan akhbar tentang kepentingan takaful @ insurans. Takaful bukan bertujuan untuk membuatkan anda jadi kaya tetapi menyelamatkan wang simpanan dan memberi ruang bernafas (pampasan) akibat hilangnya mata pencarian nafkah utama.

Disebabkan Gaya Hidup Menjadikan Barton Hampir Muflis

keratan akhbar_lelaki obses

LONDON – Seorang lelaki di sini yang sanggup berbelanja mewah gara-gara ingin menikmati gaya hidup seperti selebriti terkenal Hollywood, Joey Essex kini disahkan hampir muflis.

Lelaki tersebut, Sam Barton, 22, telah melakukan pembedahan plastik pada bahagian wajahnya termasuk mendapat suntikan botox serta rawatan pemutihan gigi yang jumlah keseluruhannya mencecah £35,400 (RM191,000).

Barton yang memiliki 15 kad kredit telah berbelanja mewah selama empat tahun dengan membeli barangan perhiasan dan pakaian berjenama terkemuka yang ditempah khas selain menghabiskan masa dengan bercuti ke luar negara.

“Saya sangat obses untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna sehingga saya tidak pernah memikirkan tentang jumlah wang yang telah dibelanja.

“Saya turut akan pastikan sekiranya saya menginginkan sesuatu, saya pasti akan membeli,” kata Bortan.

Disebabkan cara hidupnya itu, Barton juga telah menghabiskan sekitar £100,000 (RM539,000) selain membuat overdraft bank sehingga hampir disahkan muflis apabila gagal melangsaikan hutang sebanyak £35,000 (RM188,500). – Agensi

Artikel Dari Kosmo