Apa itu Had Tahunan (Annual Limit) & Had Seumur Hidup (Lifetime Limit)?

AIA in me 3

 

Saya terasa terpanggil untuk menulis berkenaan isu ini memandangkan mendapat pelbagai persoalan dari lapisan bangsa dan umur mengenai apa itu Had Tahunan (Annual Limit) dan Had Seumur Hidup (Lifetime Limit). Saya akan menerangkan dengan bahasa yang paling mudah untuk anda lebih memahami diantara kedua-dua jenis ‘had’ ini. Sudah bersedia?

Had Tahunan (Annual Limit)
– merupakan satu had yang boleh anda ‘claim‘ atau gunakan setiap tahun. Sebagai contoh, sekiranya had tahunan anda adalah RM100,000 maka anda hanya boleh gunakan semaksima RM100,000 pada satu tahun polisi (tahunan dikira bermula tarikh sebenar mula polisi dan bukannya pada tahun anda mendaftar polisi). Apabila memasuki tahun kedua, had tahunan ini akan kembali kepada RM100,000 kembali. Begitulah untuk tahun ketiga, empat dan seterusnya. Sekiranya terdapat lebihan daripada RM100,000, anda harus bayar dengan menggunakan wang sendiri. Terdapat segelintir yang mengambil mudah dengan had tahunan ini dengan beranggapan amaun yang sedikit sudah memadai untuk menanggung jangkamasa selama satu tahun.  Dengan AIA Takaful, anda boleh memiliki had tahunan setinggi RM1.5 juta. Ya, had tahunan sahaja sudah mencecah RM1.5 juta + auto renewal. Ada yang berkata had yang terlampau tinggi adalah sia-sia. Ya, sia-sia sekiranya anda hanya berfikir untuk menggunakan medical card (kad perubatan) dalam 1-2 tahun sahaja. Sekiranya anda berfikir untuk menggunakan medical card sehingga anda menjadi warga emas, anda harus mengambil had tahunan yang tinggi. Anda mungkin bertanya, kenapa ya? Mudah sahaja, kos perubatan akan naik setiap tahun. Ini disebabkan kos dan inflasi yang memaksa kedua-dua akan naik seiring. Dahulu, dengan bilik RM100 anda sudah boleh memilih single bedroom. Pada 2015, kebanyakkan single bedroom sudah mencecah RM200. Ini adalah harga minima dan bukannya harga maksima untuk single bedroom. Sudah terdapat ura-ura selepas ini single bedroom mempunyai tag harga minima adalah RM250.

Had Seumur Hidup (Lifetime Limit)
– merupakan satu had yang boleh anda ‘claim’ atau gunakan untuk seumur hidup anda. Sekiranya kad medical anda hanya melindungi sehingga umur 65 – 70 tahun, maka had seumur hidup itu hanya boleh digunakan sekiranya umur anda sudah mencecah 65 – 70 tahun. Tetapi, ada juga terdapat kes yang menyebabkan anda tidak mencapai sehingga umur 65 – 70 tahun kerana had seumur hidup (lifetime limit) sudah habis digunakan. Dengan bahasa mudah, sekiranya kad perubatan anda mempunyai jumlah had seumur hidup, maka itulah Jumlah Kad Prepaid anda yang tidak boleh ditambah (top up) lagi. Dari pemerhatian saya, hanya kad perubatan (medical card) AIA Takaful yang tiada mempunyai jumlah had tahunan. Dengan kata lain.. unlimited lifetime. Sekiranya saya salah, minta jasa baik agen-agen takaful yang lain betulkan sebab setakat polisi yang saya terima untuk di ‘review‘, kesemuanya mempunyai jumlah had seumur hidup. Yang paling saya risaukan dan nasihatkan kepada prospek yang saya temui, apabila anda sudah menggunakan had yang banyak, setentunya anda sudah menghadapi penyakit-penyakit + ada rekod dengan hospital. Pada kala itu, anda terpaksa bergantung kepada kad perubatan yang anda sudah miliki sepenuhnya. Anda ingin bertukar kepada kad perubatan dari takaful lain @ replan polisi dengan menaikkan had seumur hidup? Ketika itu, anda hanya menunggu budi bicara daripada syarikat takaful tersebut. Tak percaya, percayalah kerana saya bercakap atas fakta dan bukannya auta.

Mungkin ada yang mengatakan yang saya ‘gertak’ atau menakut-nakutkan anda, terpulang kepada penilaian anda. Saya memegang amanah sebagai Life Planner dan bukannya product pusher mahupun sales person. Menjadi tanggungjawab saya untuk memberitahu apa yang harus anda ketahui. Oh lupa, saya ada mendapat perkhabaran bahawa ada sesetengah agen menyatakan bahawa setiap kad perubatan (medical card) harus mempunyai had. Sekiranya unlimited, maka ia adalah berbahaya kepada pemegang polisi. Jawapan saya mudah, sekiranya sesebuah kekuatan kewangan syarikat menjadi ukuran maka hanya yang kuat mampu memberi jaminan ini. Ia bukannya dikhabarkan secara verbal tetapi ditulis secara hitam putih. Dengan kata lain, sekiranya syarikat takaful menipu dalam hitam putih.. anda boleh membawanya ke mahkamah untuk menuntutnya. Diharap dengan penulisan ini, anda lebih memahami apa itu had tahunan (annual limit) dan had seumur hidup (lifetime limit).

Saya boleh dihubungi: 014-333 6369 (Nurussalam Aziz)

Bab 1: Langkah Pertama Saya Buat Untuk Menunaikan Haji

Alhamdulillah, akhirnya dilapangkan sedikit masa untuk saya berkongsi dengan para pembaca, follower blog dan random reader blog ini. Ketika artikel ini ditulis, sudah hampir masanya (kurang dari sebulan) untuk saya menunaikan haji pada tahun 2015. Walaupun surat pengesahan penerbangan belum diterima, cuma kata-kata dari TH Travel yang dijadikan sandaran. Hari penerbangan dijangka pada 15 September 2015 dan akan berkumpul di Tabung Haji, Kelana Jaya nanti. Mungkin ada para pembaca yang terfikir berapakah umur saya pada waktu ini sehingga dapat menunaikan haji? Ya para pembaca sekalian, umur saya hampir menghampiri 35 tahun (dalam beberapa minggu lagi). Mungkin penulisan kali ini mempunyai intonasi sedikit sentimental memandangkan saya sendiri sudah berasa sedih bercampur gembira sejak beberapa minggu ini.Gembira kerana jangka waktu untuk menunaikan haji sudah semakin hampir manakala sedikit sayu atas beberapa perkara yang melibatkan peribadi. Kadang-kadang terasa seperti pergi dan takkan kembali lagi.. Entah la, mainan hati tiada siapa yang tahu.

Di sini saya cuba berkongsi dengan para pembaca bagaimana saya dapat menunaikan haji pada umur yang agak muda. Muda lagi ke? Tapi itulah hakikat apabila melibatkan haji. Majoriti umur yang saya lihat dalam lingkungan 50 tahun ke atas atau dengan kata lain, umur hampir pencen ataupun sudah pencen. Setiap perkara akan bermula dari langkah pertama, tanpa langkah pertama anda tidak akan maju ke hadapan. Itulah perkara yang sama saya lakukan dalam urusan untuk menunaikan haji. Tidak terlintas untuk pergi secepat ini memandangkan saya beranggapan masih belum bersedia untuk ke sana. Segalanya bermula apabila saya memiliki cahayamata pertama iaitu Wan Anas Ikhwan pada tahun 2010. Pada waktu itu, saya ada membuat perbincangan bersama isteri untuk menjadikan akaun Tabung Haji sebagai tapak pendapatan pasif untuk anak sulung kami ini. Isteri saya lebih mengemari meletakkan simpanan anak (sekarang dah anak-anak la) ke akaun Didik atau ASB. Jadi, terdapat sedikit perbezaan pendapat pada waktu itu.

Saya mengemari akaun Tabung Haji kerana ia patuh syariah dengan dividen yang agak baik manakala isteri mengemari akaun ASB kerana pulangan dividen yang lebih tinggi dari akaun TH. Jadi, isu ini saya memilih untuk memihak kepada isteri pada permulaannya tetapi masih menyimpan cita-cita untuk membuat akaun tabung haji kepada anak sulung kami ini. Saya beranggapan, mungkin pada satu hari.. anak sulung kami ini mempunyai jumlah yang mencukupi untuk  menunaikan haji apabila sampai waktunya. Perasaan ini sudah lama terpendam sehingga kami memiliki anak yang kedua iaitu Wan Asyraf Ikhwan. Ditakdirkan saya mempunyai lebihan wang pada waktu itu. Saya sudah lupa wang itu sumbernya dari mana, yang pasti dari sumber yang halal. 🙂 Apabila anak kedua sudah mengjangkau 6 bulan lebih, saya, isteri, anak-anak telah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji. Jadi, setiap daripada kami harus ‘lock’ pendaftaran tersebut dengan jumlah simpanan RM1,300 setiap seorang. Kalau didarabkan dengan 4 orang bersamaan RM5,200. Akhirnya, hajat saya untuk membuat lesen ‘L’ untuk menunaikan haji sudah terlaksana. Pada Jun 2013, kami berempat mengesahkan pendaftaran untuk menunaikan haji. Terlihat pada kertas yang diberikan.. tarikh jangkaan menunaikan haji adalah pada tahun 2060! Ya, saya tidak menipu para pembaca sekalian. Ini disebabkan kiraan kuota berdasarkan kerajaan Arab Saudi yang memberi kuota berdasarkan 0.1% daripada penduduk Malaysia.

Tapi pihak Tabung Haji telah menerangkan bahawa tarikh itu adalah jangkaan sahaja. Ia merupakan sistem komputer yang telah melakukan perkiraan secara automatik. Perkiraan sebenar akan dikira apabila bakal-bakal haji ini ada yang meninggal dunia, wang tidak mencukupi, faktor kesihatan dan pelbagai lagi yang memungkinkan bakal-bakal haji ini tidak dapat menunaikan haji. Jadi, kuota ini akan diisi oleh orang yang mempunyai giliran selepas itu. Selepas berkira-kira, kami menganggap bahawa kami akan pergi menunaikan haji bersama-sama satu masa nanti. Sekurang-kurangnya, kami sudah melakukan lesen ‘L’ untuk menunaikan haji iaitu mendaftarkan diri dengan tabung haji. Dengan tempoh 47 tahun (2060 – 2013) yang kami ada, insya’allah kami dapat memenuhi jumlah kos untuk menunaikan haji satu masa nanti. Suka saya ingatkan, sekiranya para pembaca tidak mempunyai jumlah tunai untuk mendaftar haji, para pembaca juga boleh mendaftarkan diri dengan akaun KWSP. Yang penting, cukup RM1,300! Pada waktu ini, kos haji sudah mencecah RM17,270 (tahun 2015) untuk muassasah (kos paling minimum). Namun, sekiranya anda kali pertama melakukan haji, maka anda hanya perlu menyediakan RM9,980 (tahun 2015) dan selebihnya akan ditanggung oleh pihak Tabung Haji. Jadi, sekiranya anda bertanya kepada saya adakah kosnya akan naik dikemudian hari.. jawapan saya PASTI NAIK. Ini disebabkan kos pengangkutan, penginapan, makanan dan lain-lain lagi.

Insya’allah, saya akan cuba membuat sedikit penambahan dari bab 1 (langkah Pertama), bab 2, 3 dan seterusnya sehinggalah saya kembali dari menunaikan haji. Ini sekadar pengkongsian yang boleh lakukan untuk menarik minat, hati dan minda anda untuk menjadi ‘tetamu Allah’. Pada bab yang lain, akan saya ceritakan bahawa kami hanya merancang, Allah yang menentukan. Saya dipanggil menjadi ‘tetamu Allah’ hanya 2 tahun dari tarikh saya membuat lesen ‘L’ tapi tanpa isteri dan anak-anak.

Berapa lama takaful anda melindungi?

more coverage AIA Takaful

Artikel ini ditulis berdasarkan kisah benar tentang jumlah umur perlindungan takaful/insuran yang diceritakan oleh salah seorang klien saya semasa sesi perkongsian cerita. Mungkin ramai yang tidak amik berat mengenai isu berapa jangka hayat perlindungan takaful anda, pada pengamatan mereka dengan perlindungan sehingga umur 65 – 70 tahun sudah memadai. Namun, sekiranya umur anda lebih panjang daripada itu.. apakah persediaan kewangan anda? Isu jumlah perlindungan inilah yang menarik minat saya untuk diletakkan dalam portfolio perlindungan kewangan peribadi, dengan jumlah yang maksimum memberi sedikit kelegaan kepada saya sendiri apabila memiliki perlindungan takaful. Ok, sebelum ayat-ayat dalam ini menjadi lebih skema.. baik saya kongsikan apa yang berlaku dalam sesi perkongisan cerita.

Pada peringkat awal, klien saya ini sudah memiliki pelan takaful yang sedia ada malahan ibu bapa klien saya ini adalah antara orang yang memahami kepentingan insuran/takaful. Satu perkara yang membuatkan klien saya ini ingin membuat review polisi apabila melihat keadaan dan kos yang terpaksa ditanggung oleh ayahnya akibat daripada jumlah umur perlindungan. Pada mulanya, banyak pertanyaan yang diajukan kepada saya tentang AIA Takaful. Ada kalanya saya terfikir juga, this guys very details and that’s very good. I like! Dari sesi pertanyaan kepada sesi perbincangan dan sekiranya dikumpulkan jumlah jam (selama 3 hari) ia sudah melebihi daripada 12 jam sesi pertanyaan dan perbincangan. Yang paling kelakar apabila klien saya menyatakan hanya saya yang menyatakan PERTUKARAN JENIS RISIKO PEKERJAAN akan memberi impak kepada polisi dan harus dikemaskini kerana memungkinkan pihak takaful berkuasa untuk tidak membayar sejumlah wang akibat daripada ‘fraud declaration‘.

Yang bagusnya, klien saya ini tidak menerima bulat-bulat percakapan saya sebaliknya bertanya kepada ‘otai-otai agen insurans / takaful’ yang dia kenali dan ternyata statement saya itu betul. Saya pun tidak tahu kenapa klien saya ini tidak mengambil dengan otai-otai insuran ini. Saya kelakar sebab itu hanyalah logic and common sense dalam isu takaful. Malahan, klien saya menyatakan bahawa saya adalah agen pilihan yang terakhir kerana sebelum itu, klien saya sudah berjumpa.. bertanya.. memilih.. pelbagai agen dari pengendali takaful lain dan juga AIA Takaful. Yang paling best, klien saya hampir sign off policy dengan agen lain sebelum berfikir untuk memberi last chance dalam pencarian agen. Terima kasih kepada klien saya ini dan tidak lupa juga kepada Allah yang telah menetapkan rezeki saya bersama klien saya ini. Aiseh.. melalut kelain pulak saya ni. Dah pegang keyboard dan ada idea.. tangan laju je menaip dari hati. Back to the topic Nurussalam Aziz.

Klien saya ini menyatakan beliau tergerak untuk mengubah polisi (bukan sorang sahaja tetapi satu keluarga) apabila melihat kejadian yang menimpa ayahnya. Ayahnya harus membuat dialisis buah pinggang secara kerap. Kalau tidak silap saya, 3 kali untuk sebulan (nanti saya akan pastikan kembali dengan klien saya ni). Mereka harus mempersiapkan lebih daripada RM2,000 sebulan untuk menanggung kos ambulans dan kos dialisis buah pinggang. Ini adalah TUNAI dan bukannya boleh claim back dengan pengendali insuran. Kenapa perkara ini berlaku? Adakah pihak insurans menipu? Sebenarnya tidak.. pihak insuran ayah klien saya hanya memberi perlindungan kurang dari umur 70 tahun sahaja. Memandangkan ayah beliau sudah melepasi dari tempoh perlindungan maka pihak insuran tidak akan menanggung segala kos perubatan ayahnya. Jadi, kisah inilah yang ingin saya ‘highlight’kan kepada anda semua bahawa pentingnya anda tahu jumlah umur perlindungan takaful anda. Ini kerana, semakin lanjut usia anda maka makin banyak penyakit yang mendatang. Disebabkan itu, semakin banyak duit yang harus dikeluarkan.. Persoalan yang harus difikir, dari manakah wang yang ingin menanggung kos-kos penyakit yang kita tidak ketahui ini. Adakah dari simpanan? ihsan orang ramai? wang dari anak-anak? Persoalan ini yang harus anda jawab.

Disebabkan itulah saya memilih AIA Takaful kerana ia memenuhi kriteria saya dalam menjadi perlindungan simpanan sehingga umur 99 tahun. Dengan kata lain, peace of mind selama 99 tahun. Fokus yang perlu dibuat selepas itu, hanyalah bina simpanan dan pelaburan kerana salah satu defensive soldier sudah ada. Selebihnya serangg…. 🙂 Harap terhibur!