Biar gambar berbicara…

insurans 3

insurans 5

 

 

 

 

 

 

Biar gambar menceritakan segalanya.. sesaja nak war-warkan apa yang perlu anda tahu tentang takaful dan keratan akhbar tentang kepentingan takaful @ insurans. Takaful bukan bertujuan untuk membuatkan anda jadi kaya tetapi menyelamatkan wang simpanan dan memberi ruang bernafas (pampasan) akibat hilangnya mata pencarian nafkah utama.

Advertisements

Bebas Hutang Dengan Tentukan Gaya Hidup

Nampaknya terlalu lama saya tidak meng’update‘ tentang kewangan peribadi di dalam blog ini. Ini disebabkan kesibukkan saya diatas beberapa perkara iaitu penulisan buku pertama (Daripada Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan – tunggu publisher membuat kerja2 pengemaskinian), penulisan buku kedua (tajuk belum ditentukan lagi tapi setentunya mengenai kewangan peribadi), agen Takaful AIA (takaful hayat), agen takaful am (baru hantar proposal untuk menjadi agen), proposal untuk membuat kelas, perniagaan sendiri, kerja-kerja dipejabat dan urusan peribadi. Anda boleh nampak bukan bagaimana kehidupan saya seharian. Walaupun begitu, saya harus bijak dalam pembahagian antara kerja dan keluarga. Saya tidak mahu keluarga saya terabai diakibatkan kesibukkan yang melampau kepada kerja-kerja seharian. Tidak lupa juga disamping mencari ilmu dunia, saya juga tidak lupa untuk mengejar ilmu akhirat. Hidup biar ada keseimbangannya.

Saya meminta maaf kepada para pembaca blog ini sekiranya terlihat terlampau banyak mengemaskinian blog yang berkisar tentang takaful. Ini kerana saya ingin memberi pelbagi infomasi kepada para pembaca mengapa pentingnya takaful dalam kehidupan kita. Ia merupakan benteng kepada simpanan anda. (udah udah laa Nurussalam Aziz, citer pasal kewangan peribadi pulak) Ok, berbalik kepada gaya hidup. Setiap orang mempunyai gaya hidup yang tersendiri. Ada yang suka bermewah-mewah dengan hutang yang tidak terkawal dan mengakibatkan musibah kewangan akan mengikutinya dan ada juga yang mengurangkan perbelanjaan dari tahun ke tahun dan mengakibatkan hidup akan ditekan oleh inflasi yang akan meningkat dari tahun ke tahun. Sekiranya saya menulis setiap gaya hidup yang negatif, maka blog ini akan menjadi terlalu panjang untuk dibaca. Lagipun, saya tidak gemar mengarahkan anda ke arah kehidupan kewangan yang negatif.

Anda tahu bagaimana kehidupan sebagai orang yang bebas kewangan. Kaya tidak semestinya anda bebas kewangan. Ada yang anda orang yang mewah kehidupannya tetapi hanya kaya tidak lama, selepas itu akan dihambat oleh hutang-hutang yang dikumpul sebelum ini. Tidak hairanlah, mengikut statistik di Malaysia, ramai yang memiliki Sijil Bankrap dan Muflis seawal umur 20-an! Umur ini sepatutnya anda baru mengumpul wang dan bukannya mengumpul hutang. Ini merupakan keadaan biasa yang dimiliki oleh ramai rakyat Malaysia dalam isu kawalan gaya hidup. Penggunaan kad kredit (takde ilmu jangan guna toyol ni), pinjaman peribadi, pinjaman kredit, hutang dengan orang orang lain malah ada yang sanggup pinjam dengan ceti haram @ along (ni memang cari nahas). Ini merupakan formula mudah untuk menjadikan gaya hidup anda yang negatif dan menjadikan anda mempunyai kewangan peribadi yang negatif. Kalau anda tidak membuat perubahan dengan gaya hidup sebegini, adalah MUSTAHIL untuk anda bebas kewangan dikemudian hari.

(Cukuplah membebel Nurussalam Aziz, cepat skit bagi tips tu..) Ok, formula mudah yang diamalkan oleh orang kaya, maksud saya kaya dan bebas hutang tidak baik (bad debt) adalah dengan MEMBINA ASET/PENDAPATAN untuk MEMBAYAR HUTANG. Hah.. ini merupakan formula yang mudah ditulis tetapi ramai yang memberi ‘excuses‘. Orang yang kaya mencari jalan untuk mencapai (move forward) manakala orang miskin hanya memberi alasan (static or goes backward). Anda mungkin biasa mendengar pelbagai tanggapan atau alasan yang negatif untuk terus maju, mungkin anda juga menggunakan ayat-ayat tersebut di dalam kehidupan kewangan anda? Untuk terus maju dalam kewangan, anda harus menjadi KREATIF dan berani mencuba untuk keluar dari ZON SELESA. Ya, mungkin pada permulaannya adalah sukar tapi dengan usaha yang gigih dan selebihnya TAWAKAL KEPADA ALLAH, percayalah anda akan dapat menuai hasilnya nanti. Anda ada baca buku biografi para billionaire? Ada sesetengah dari mereka adalah rakyat pendatang di Negara asing dan ada juga yang lahir dari keluarga papa kedana. Apa yang menjadikan mereka lebih maju adalah ADA MATLAMAT dan berusaha untuk MENCAPAI MATLAMAT tersebut.

Bagaimana anda ingin membina aset/pendapatan? Terdapat 1,000,000 juta cara malahan lebih untuk anda membina aset/pendapatan. Pilih sahaja mengikut kesesuaian anda dan ketabahan anda untuk membinanya. Ada yang mempunyai ketabahan yang tinggi untuk mengapai aset/pendapatan yang lebih tinggi. Ada yang mempunyai ketabahan yang sedikit lalu mempunyai aset/pendapatan yang sedikit. Yang selalu kita dengar, ramai yang ingin membuat kerja dengan mudah tetapi mempunyai aset/pendapatan dengan mudah serta banyak. Yang akhirnya ditipu oleh jerung-jerung yang sememangnya menunggu mangsa-mangsa yang mempunyai sikap sebegini. Untuk mengetahui apa itu aset, ia akan MEMENUHKAN POKET anda dan bukannya MEMBOCORKAN POKET anda. Jadi, fokuskan membina aset/pendapatan anda dan biarkan ia yang membayar segala hutang, gaya hidup dan yang paling penting iaitu menambah lagi aset. Semakin besar aset anda, maka makin jauh diri anda dari terjerumus dalam kawalan hutang yang tidak baik. Seperti pepatah dari saya, ‘Kawal atau Dikawal’ (kena copyright ni..hehe). Anda yang tentukannya. Selamat membaca!

Yeah, rupanya jumlah posting yang dikongsi sudah mencapai 101 jumlahnya!

Statistik kematian akibat kemalangan 2003 – 2012

Kita sering melihat kematian disebabkan penyakit-penyakit kritikal. Namun, kita kurang sedar bahawa kematian juga boleh disebabkan oleh kemalangan. Terdapat pelbagai jenis kemalangan yang boleh menyebabkan kematian seperti kemalangan di tempat kerja, jatuh atau kemalangan jalanraya. Saya merupakan pengguna jalanraya (motokar dan motosikal), jadi saya amat mengetahui berapa tinggikah risiko apabila saya ada diatas jalanraya. Ini merupakan risiko yang boleh disebabkan diri sendiri, kecuaian orang lain dan keadaan sekeliling. Saya cuba mencari statistik yang terkini dan akhirnya saya hanya menjumpai statistik yang paling memberi informasi iaitu kemalangan jalanraya dari tahun 2003-2014. Ada boleh rujuk daripada statistik dibawah.

15

14

Selalunya, apabila terjadinya kemalangan. Ia akan dipecahkan kepada kematian atau kecederaan. Ada juga boleh rujuk daripada statistik dibawah.

13

Kesan daripada kemalangan, boleh menyebabkan anda berada dalam beberapa keadaan iaitu:

  • kematian
  • hilang upaya kekal (lumpuh, hilang anggota badan dan sebagainya)

Sekiranya terjadi kematian atau hilang upaya kekal, adakah anda sudah membuat persiapan untuk diri sendiri mahupun keluarga sekiranya berlakunya kemalangan? Ini boleh menyebabkan anda akan kehilangan kerja (hilang upaya kekal) ataupun keluarga anda akan hilang punca pendapatan secara mengejut / tidak dijangka. Disebabkan itulah di dalam kewangan peribadi, takaful merupakan satu mekanisma perlindungan kewangan sekiranya terjadi sesuatu yang tak dijangka. Saya tidak menyatakan anda harus membuat caruman polisi dengan saya, saya cuma ingin bertanya adakah anda sudah membuat persediaan untuk sesuatu yang tak dijangka?

Sila SMS, Whatsapp atau Call untuk berjumpa dengan perunding takaful anda yang hensem! (kena percaya ni…).

Nurussalam Aziz (014-333 6369) PJ Ridzuan Agency

*p/s: sesapa nak guna rajah tu dipersilakan. Saja taknak letak watermark, ia untuk memudahkan anda share nanti..