Permainan Papan Kewangan – Robert Kiyosaki

20140913_144741

Akhirnya berjaya juga membeli papan permainan kewangan 101 dan 202 dari ilham Robert Kiyosaki. Sebenarnya, saya ada bermain permainan ini dalam salah satu seminar yang dihadiri. Pada waktu itu, hanya permainan 202 yang digunapakai. Walaupun begitu, permainan ini amat memberi kesan kepada pemainnya kerana usaha anda untuk keluar dari ‘Rat Race’ iaitu kehidupan yang bergantung kepada sumber kewangan dari gaji. Jadi, selagi anda tak boleh keluar dari rat race maka selagi itu anda akan hidup dengan mengharapkan gaji. Ini kebiasaan yang boleh dikaitkan dengan hidup kita seharian iaitu ‘hanya makan gaji’. Walaupun terdapat kelewatan dan masalah dari pihak courier, barangan ini masih berada dalam keadaan tip top. Terima kasih Kangaroo courier..

Untuk bermain permainan papan 101, anda harus membeli set papan permainan 202 terlebih dahulu. Ini kerana anda harus menggunakan papan permainan, duit dan pelbagai item dari set permainan 202. Anda harus mahirkan diri dengan set permainan 202 terlebih dahulu (sekurang-kurangnya bermain sebanyak 6 kali). Ini kerana set permainan 101 lebih advance dan terperinci dari set permainan 202. Di dalam permainan ini, ia mengajar anda menjadi kreatif dalam kewangan dan mengambil risiko sebelum mempraktikkan ke dunia sebenar anda. Jadi, anda dapat belajar tanpa menghanguskan wang poket anda sendiri.

20140913_144929

Kepada sesiapa yang meminati permainan papan seperti Saidina ataupun Monopoly, ia merupakan asas sahaja. Permainan 101 dan 202 adalah sesuatu permainan yang memang berkait rapat dengan kehidupan anda yang sebenar. Tidak salah berhibur sambil memanfaatkan ilmu kan? 🙂 Nampaknya saya boleh jadikan permainan ini sebagai permainan kekeluargaan disamping mengajar apa itu kewangan peribadi. Kesian melihat anak sulung saya yang beria-ia ingin bermain permainan ini. Saya katakan kepadanya bahawa apabila umurnya sudah mencecah darjah 1 akan saya ajar permainan ini. Semoga pendidikan awal dalam kewangan menjadikan ia lebih bijak berbelanja dan menguruskan kewangan. Amin.

Buku KEWANGAN PERIBADI dari saya akan dicetak..

Akhirnya penantian saya selama ini untuk membuat sebuah buku mengenai kewangan peribadi dapat dihasilkan. Pada mulanya, saya merasakan ingin berkongsi hanya di dalam blog. Namun begitu, di atas kesedaran untuk menolong orang lain untuk tidak terjebak ataupun ingin keluar dari hutang yang memungkinkan saya menulis sebuah buku untuk tatapan pembaca. Ia sebuah buku yang ditulis atas usaha saya sendiri dan berdasarkan pengalaman saya mencipta hutang-hutang terdahulu dan bagaimana cara saya keluar daripada hutang-hutang yang tidak baik. Sebelum ini saya ada menghantar beberapa manuskrip kepada beberapa publisher tetapi akhirnya publisher Truewealth berminat untuk memasarkan buku saya ini. Satu kejayaan dalam hidup..

Mungkin para pembaca ingin tahu tajuk ini kan? Dengan senang hati kemungkinan besar tajuknya ialah “Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan”. Pada 11/09/2014.. satu perjanjian antara saya dan Truewealth telah berlangsung. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan tanpa sebarang gangguan. Mengikut perkhabaran dari pihak Truewealth ada menyatakan kebiasaannya sebuah buku akan mengambil masa 6 – 9 bulan malahan ada yang kurang dari 6 bulan untuk berada di pasaran. Jika di hitung.. kemungkinan pada bulan Februari 2015 (sekiranya 6 bulan digunapakai). Harga untuk buku kewangan dari syarikat Truewealth mempunyai paras harga yang tetap iaitu RM39.90. Namun, kepada sesiapa yang membeli dengan penulis buku (saya laa tu).. saya boleh memberi diskaun sebanyak 30% iaitu bersamaan RM27.93 (** tidak termasuk kos penghantaran).

Insya’allah, sekiranya buku ini akan diterbitkan dalam pasaran, akan saya war-warkan di dalam ini. Oh terlupa, buku ini adalah versi bahasa melayu. Jumpa lagi. 🙂