Saya dan RM1,000,000.00 tunai

Pada mulanya saya terfikir-fikir, macam mana nak ada satu dana sekurang-kurangnya RM1,000,000.00. Nak kumpul dari keringat iaitu simpan secara bulan-bulan. Nampak mustahil tapi boleh berlaku, kena kerja keras lagi aaa. Kemudian terdetik di hati, macam mana orang kaya menjadi bertambah kaya.. apa resepi mereka? Ini yang selalu bermain-main di fikiran. Setelah saya mengkaji dan bertanya sendiri dari para-para jutawan, ini jawapan mereka. “Invest di sini (sambil menunjuk kat kepala) dan tinggalkan aset kepada legasi (legasi pun kena di invest minda gak, kalau tak habis aset di jual).” Itu adalah resepi yang mudah bagi saya tapi agak susah bagi orang lain. Konsep saya amat mudah, “Hidup janganlah bertuankan duit tetapi biarlah duit itu bertuankan kita”. Ada satu lagi yang saya sandarkan sebagai umat Islam iaitu “Dunia hanya tempat untuk bercucuk tanam, hasilnya nanti kita dapat di Akhirat“. Saya tidak boleh ‘predict’ sampai bila saya dapat hidup di dunia yang sementara ni tapi saya dapat pastikan satu aset simpanan tunai kepada isteri dan anak-anak saya. Itu sudah cukup melegakan saya.. dengan kata lain, hal dunia dah settle, hal akhirat dah boleh usaha lebih dan focus selepas ni.

Dengan mudah, saya melihat produk takaful ada kriteria yang memenuhi ciri-ciri yang saya ingini iaitu dana dah tersedia, boleh bayar beransur-ansur, hibah (lebih cepat berbanding wasiat), simpanan dan lain-lain lagi (banyak kriteria-kriteria yang saya tulis). Sebelum ini memang banyak produk takaful yang saya ketahui memberi RM1,000,000.00 tunai kepada legasi (sekiranya saya meninggal dunia), selalunya ia perlu mendapat pelepasan dari ‘underwriter‘ dengan melihat dari sudut kewangan dan kesihatan pada tahap A. Walaupun saya ni masih sihat, saya pun malas nak buat ‘full medical check up’. Sebenarnya fobia skit kalau bab-bab check up ni. Hahaha.. Ada yang memberi pulangan simpanan yang tidah mencukupi bagi saya atau komitmen yang terlalu lama (ini selalu berlaku pada polisi life + medical card). Saya berfikir dari dua sudut iaitu simpanan kepada legasi + simpanan kepada saya sendiri dengan komitmen yang boleh diterima, lalu pencarian produk takaful dari pelbagai syarikat mula di cari dan di tapis (walaupun saya ni agen AIA Takaful, tetap mencari produk-produk dari pengendali takaful yang lain juga yang mungkin memenuhi kriteria saya). Akhirnya, pada awal bulan 2016 kedengaran sesuatu yang saya gemari iaitu AIA mengeluarkan satu plan yang dikenali sebagai A-Life Signature-i. Isteri saya pun tak tahu saya ambil plan polisi ini sebenarnya. 🙂

Antara yang menarik perhatian saya adalah:
jumlah pampasan (beri kepada legasi.. saya ambil RM1,000,000): 100% kematian biasa @ TPD, 200% mengerjakan haji @ umrah dan 300% kematian akibat menggunakan public transport
maturnity booster
(simpanan untuk saya @ retirement plan saya) : 20% dari nilai akaun. Bagi saya ini sudah bagus..
shariah compliance: banyak simpanan yang baik ada masalah patuh syariah.
flexibility: saya buat payment selama 20 tahun dan nilai pampasan sehingga umur 70 tahun (akan di ubah apabila mempunyai bajet yang lebih baik, mungkin diubah sehingga umur 100 tahun [bertolak ansur dengan risiko dan komitmen]).

Pada penghujung bulan May 2016, saya telah mengambil keputusan untuk ‘submit application‘ dan Alhamdulillah approve tanpa perlu medical check up dan financial check (kriteria ni sehingga 14 June 2016 sahaja.. lepas ni rasanya kena check aaa). Ini gambar saya punya quotation asal iaitu contribution 20 tahun dan coverage sehingga 70 tahun (boleh ubah nanti).. short pay n high return (ini style yang sesuai dengan saya). Jumlah pampasan RM1,000,000.

signature_i

Quotation asal yang saya buat.. ada 4 quotation sebenarnya. Ini yang saya pilih untuk diri sendiri.

aia account value signature-i

Ini pula merupakan jumlah simpanan yang terkumpul (baru masuk 2 bulan)

Dari sudut ini, saya rasa ia dah menunjukkan bagaimana jumlah simpanan ini. Sebagai contoh (lihat dari sudut saya), contribution untuk 2 bulan adalah RM1,694 dan sekiranya dibuat pengasingan secara kasar:
1. RM1,141 kepada dana legasi iaitu simpanan RM1,000,000
2. RM552.29 kepada dana simpanan sendiri

Namun, contribution kepada dana legasi akan semakin menurun disebabkan yuran wakalah @ tabarru yang semakin menurun (tahun ke-7 dah jadi 0%) dan akan menaikkan dana simpanan dari setahun ke setahun. Selepas 20 tahun, dah tak perlu fikir pasal contribution iaitu pada umur 56 tahun. Anggaran simpanan pada waktu itu lebih daripada RM300,000.00 (ini priority kedua.. yang pertama adalah keluarga dan legasi saya sendiri). Ini cara saya mengambil peluang ketika ia datang.. saya memang seorang Opportunists. Ini cara yang sesuai untuk saya, untuk anda.. hanya anda boleh tahu jawapannya.

Advertisements

Tips gandakan pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera?

logo ahb

Terlalu lama saya tidak menulis tips-tips atau artikel berkaitan pelaburan berisiko rendah. Isu kali ini berkaitan dengan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang pada masa kini masih memberi pulangan melebihi 6% – 7% setahun. Pada saya masih melebihi garis panduan yang dijanjikan oleh PNB iaitu 6% setahun. Sudah di kira ok untuk sesiapa yang menginginkan pelaburan yang berisiko rendah dan patuh syariah (tiada was-was @ khilaf). Saya tidak mahu membandingkan dengan pelaburan ASB kerana kedua-dua portfolio ini agak ‘panas’ malahan tidak bagus kalau nak bandingkan sesuatu yang tidak sama tarafnya (syariah dan tidak patuh syariah sepenuhnya).

Pada pengamatan saya, memandangkan AHB memberi pulangan dividen sebanyak 2 kali setahun.. mungkin anda boleh mengaplikasikan tips ini untuk mengoptimumkan pulangan dividen.
– dividen pada 6 bulan sekali (fasa 1 dan fasa 2) dimasukkan kembali di dalam akaun AHB

Sebagai contoh (kiraan kasar sahaja):

  1. Anda mempunyai simpanan AHB sebanyak RM10,000 dan pulangan fasa 1 pertama adalah 3.3% bermakna bayaran dividen untuk fasa 1 adalah RM165 (masukkan kembali ke AHB). Maka RM10,000 + RM330 = RM10,330. Jadi pengiraan untuk fasa 2 akan mendapat lebihan akan dikira pada RM10,330 (ini belum dikira anda masukkan wang secara bulanan).
  2. Jadi ia memberi perbezaan kepada cara pengiraan dividen kerana anda dapat melabur dengan jumlah yang berlainan hanya hasil dari pemberian dividen (fasa 1 atau 2). Begitulah untuk tahun hadapan dan seterusnya.

Memandangkan banyak pelaburan berisiko rendah yang memberi pulangan dividen secara tahunan, eloklah anda mengambil kelebihan dari AHB yang memberi pulangan dividen secara 6 bulan sekali. Yang best, patuh syariah dan zakat sudah dipotong. Feel free with your soul right?

Ingat.. Kawallah wang anda dan bukanlah wang yang mengawal anda. Kawal @ Di Kawal… Nurussalam Aziz.

** Saya bukanlah pekerja yang bekerja di Amanah Hartanah Bumiputera tetapi pelabur seperti anda juga!

Seminar Private Retirement Scheme (PRS)

Pada 20/06/2015 (Sabtu) saya dan isteri menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Invest Smart. Ia merupakan seminar yang berkisar tentang unit trust atau unit amanah. Tempatnya pula di Suruhanjaya Sekuriti (Malaysia) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Sebenarnya, saya mendapat undangan ini melalui isteri tersayang yang menyatakan ia berkisar tentang Skim Pencen Persendirian (PRS). Memandangkan saya pun masih kabur tentang skim ini, jadi saya menghadirkan diri untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan dalam masa yang sama dapat berkongsi kepada para pembaca blog ini.

PRS2

Walaupun acara bermula pada pukul 9.00 pagi, kami datang agak awal memandangkan kami tidak biasa dengan kawasan Bukit Kiara dan paten trafik di sini. Nasib baik dengan bantuan Pak Waze, kami selamat sampai 30 minit lebih awal. Seperti biasa, mendaftarkan diri dan akan mendapat ‘goodies’ yang berupa pen, buku nota dan buku keterangan tentang PRS.

PRS1

Tanpa sembang melalut sangat, biar saya kongsikan apa isi kandungan seminar tersebut. Boleh dikatakan apabila berjumpa para peserta di dalam seminar tersebut, kebanyakkan daripada para peserta adalah ‘unit trust planner’. Beberapa perincian yang boleh saya kongsi:

– untuk anda hidup dengan keadaan sekarang, anda seharusnya menyimpan 1/3 daripada gaji anda kepada ‘long term investment’. Ia bertujuan untuk anda boleh menjalani hidup seperti biasa (bukannya lebih)..kurang mungkin selepas anda pencen atau tidak bekerja lagi. Jadi jumlah yang harus anda ada adalah 33.3% daripada gaji anda sekarang. Untuk pekerja swasta yang mencarum dengan KWSP, ada berita baik untuk anda! KWSP sudah merangkumi 23% daripada 33.3% yang harus anda sediakan untuk hari tua anda. Jadi, anda harus mencari platform 10.3% untuk baki simpanan jangka panjang anda. Jadi, disinilah tujuan PRS iaitu untuk mencukupkan 10.3% baki tersebut. Simpanan tersebut haruslah secara tetap walaupun PRS memberi pilihan kepada anda untuk menyimpan secara tetap atau sesuka hati anda nak simpan ke idak.

– bagaimana PRS ini berfungsi? Ia dipecahkan kepada dua dana iaitu dana unit amanah yang anda boleh pilih jenis risiko yang diingini (tinggi, sederhana atau tinggi) dari penyedia PRS dan dana tunai iaitu dividen yang diberikan adalah tetap iaitu 4%. Dana unit amanah merupakan sepertimana anda membeli unit trust yang lain iaitu ada kadar caj yang dikenakan. Untuk dana tunai, tidak dinyatakan kadar caj dikenakan.

– Penyedia PRS adalah Affin Hwang Asset Management Bhd., AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd., AMInvestment Services Berhad, CIMB-Principal Asset Management Berhad, Kenanga Investors Berhad, Manulife Asset Management Services Berhad, Public Mutual Berhad dan RHB Asset Management Berhad.

Pada pendapat saya, skim PRS ini belum cukup kuat untuk men’goda’ saya untuk memilih skim ini. Mungkin anda berminat.. saya tidak tahu. Method yang saya gunakan sekarang dan akan gunakan nanti lebih menarik pada pandangan peribadi.