Biskut Raya 2013

Assalamualaikum kepada semua yang membaca dan bakal pembeli,

Di sini saya ingin iklankan biskut raya yang ‘homemade’ iaitu biskut raya yang di buat oleh mak mertua saya sendiri. Beliau mempunyai pengalaman buat kuih raya ni dah berbelas-belas tahun dan pelbagai teknik di gunakan untuk menjadikan biskut raya itu lebih baik dari semasa ke semasa. Setiap jenis kuih raya menggunakan teknik yang berbeza untuk mengekalkan kelainan dan trademark kepada biskut raya tersebut.

Biskut raya ini dilahirkan di utara tanah air iaitu Alor Setar. Jadi memandangkan saya ni dok area Selangor, apa salahnya saya mengembangkan lagi perniagaan ibu mertua saya ni. Tempahan kalau boleh cepat skit supaya anda tidak terlepas dari memiliki biskut raya yang diingini.

Nanti saya confirmkan bila stok akan sampai ke rumah saya.

Di antara biskut raya yang available:
– almond london: 44 pieces
– mushroom: 46 pieces
– apple tart roll: 42 pieces
– snow tart roll: 42 pieces
– strawberry tart roll: 42 pieces
– blueberry tart roll: 42 pieces
– pineapple tart roll: 46 pieces
– cashew nut: 47 pieces
– butterfly: 46 pieces
– crispy cheese: 47 pieces
– jelly tip: 46 pieces
– assorted door gift: 40 pieces
– mix tart roll: 20 pieces

SMS untuk dapatkan harga.

No contact saya:  014- 333 6369  (Nurussalam Aziz)

Boleh membuat penghantaran terus ke rumah anda atau boleh COD. Pos tak digalakkan takut biskut hancur nanti tak jadi rupa biskut lak.

macam-macam ada

macam-macam ada

Advertisements

Hutang yang telah selesai..

orang kayaHmm..tetiba terasa nak senaraikan hutang yang telah selesai. Mengapa saya selesaikan hutang-hutang tersebut, ini kerana hutang berikut merupakan hutang yang ‘tidak baik’. Aik..hutang pun ada yang baik dan tidak baik ke? Yup.. memang ada. Hutang tidak baik boleh dikatakan hutang lapuk atau hutang yang tidak menjana sebarang pendapatan malahan mengambil pendapatan yang sedia ada manakala hutang yang baik akan bekerja dan menjana pendapatan untuk kita. Lain orang lain hutangnya tapi lebih kurang sahaja kesamaannya iaitu hutang tidak baik. Jadi biar saya senaraikan hutang tidak baik saya:

Hutang tidak baik

  1. hutang kereta
  2. hutang kad kredit
  3. hutang pinjaman peribadi bank rakyat
  4. hutang pinjaman peribadi al-rajhi bank
  5. hutang PTPTN

Berapa jumlah keseluruhan hutang saya? Boleh dikatakan melebihi RM50 ribu dan kurang dari RM100 ribu. Sedar tak sedar, memang banyak jumlah hutang yang tidak baik di kumpul. Tapi alhamdulillah, sekarang saya boleh dikatakan hampir menghampiri seorang yang bebas hutang. Ini kerana saya hanya ada hutang rumah sahaja. Tapi kenapa saya tak langsaikan hutang rumah..sebab ada agenda tersendiri kenapa rumah tersebut tidak dilangsaikan tetapi hanya menjadi batu loncatan untuk saya melakukan teknik ‘menyerang’. Adios..

Bank Koperasi Islam

Sudah tentu ada sesetengah orang tidak tahu akan wujudnya Bank Koperasi yang ketiga iaitu Bank Koperasi Islam. Sebenarnya agak lama saya tahu mengenai bank koperasi yang ketiga ini tapi memandangkan ia lebih menjurus kepada sektor kerajaan, maka saya acuh tak acuh skit. Maklum laa, saya ni penjawat swasta..hehe.

Saya cuba mencari beberapa artikel supaya para pembaca dapat mengetahui hal ini lebih mendalam namun hampa kerana masih belum menjumpai sebarang laman rasmi mengenai Bank Koperasi Islam.

 

Petikan ini di ambil dari Artikel berita Harian.

SHAH ALAM: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan mengubah statusnya menjadi Bank Koperasi Islam Malaysia (CIB) yang menumpukan perkhidmatannya kepada perbankan korporat pada Jun 2011.

 Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jika semua berjalan lancar, ia akan menjadi bank koperasi ketiga di negara ini selepas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dan Bank Persatuan Malaysia Bhd (Bank Persatuan).
 “Mereka (ANGKASA) memang dah ada modal yang cukup untuk membuka bank dan kita memang menyokong inisiatif itu. Ketika ini proses ke arah penubuhan bank koperasi ketiga itu sedang dilaksana.

“Saya yakin dengan penubuhan bank koperasi berkenaan, ia akan memberi lebih manfaat kepada semua pihak. Saya juga berharap penubuhannya akan menjadi kenyataan nanti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Gabungan Koperasi Kredit Selangor di sini, semalam.

Pada majlis itu, lima koperasi kredit di negeri ini mengumumkan penggabungan iaitu Koperasi Koswip Malaysia Berhad; Koperasi Kakitangan Bernas Berhad; Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi Mara Berhad; Koperasi Kredit Pekerja Berhad dan Koperasi Guru Melayu Selangor Berhad.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri menyarankan koperasi di negara ini bergabung bagi membentuk konsortium bertujuan meningkatkan peranannya untuk kepentingan rakyat.
Beliau berkata, formula penggabungan adalah relevan kerana ia memberi nafas baru kepada koperasi sedia ada.

Sementara itu, katanya, semua ahli koperasi yang berjumlah kira-kira 7 juta diminta membuat kad koperasi yang dikenali sebagai Kad Setia bagi membolehkan ahlinya mendapat rebat setiap kali membuat pembelian.

Pautan asal : http://www.bharian.com.my/articles/ANGKASAjadibankkoperasiketiga2011/Article/