Masalah Tidak Boleh Memuat Naik Gambar

Hmm..mintak maaf kepada pembaca-pembaca sekalian kerana saya menghadapi sedikit masalah teknikal berkaitan muat naik gambar ke blog ini. Kalau hendak di kira masalah gambar ini, bagi saya ia adalah masalah ‘minor’ sahaja kerana dalam blog ini saya banyak berkongsi dari sudut penulisan. Tapi sekiranya di tambah dengan gambar, mesti ia lebih menarik kan?

Buat masa ini, hanya tulisan sahaja yang akan ada di dalam penulisan nukilan saya ini. Tiada sisipan gambar. Sekiranya ada sesiapa yang boleh memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah teknikal, amat-amat di harapkan. Terima kasih..

*p/s: Mintak maaf kepada pembaca yang menunggu sambungan hasil nukilan saya yang seterusnya. Nanti-nanti saya akan berkongsi kepada pembaca kelak, Tungguuuuu…

Alhamdulillah.. dah boleh pos gambar. Hehe. Rupanya memang wordpress ni tengah problem sebelum ni.

Sejuta doa kepada perwira-perwira negara (OPS Daulat)

Dengan rasa rendah diri, saya panjangkan sejuta doa kepada perwira-perwira negara yang terkorban di Sabah. Tanpa mereka, kedamaian di Malaysia akan tergugat. Bacaan surah al-fatihah mengiringi pemergian mereka di sana. Ucapan takziah kepada keluarga perwira Malaysia yang gugur di sana, semoga ketabahan dan kesabaran menjadi penguat ketika mereka goyah. Kepada anggota polis atau tentera yang cedera, semoga cepat sembuh.

Senarai Nama Polis Terkorban Di Lahad Datu
  1. Insp Zulkifli B. Mamat
  2. Koperal Sabaruddin B. Daud
Senarai Nama Polis Terkorban Di Semporna
  1. Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
  2. Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)
  3. Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
  4. Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
  5. Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
  6. ASP Michael, (KCKD Semporna)
Senarai Tambahan Nama Polis dan Tentera Terkorban
  1. Prebet Ahmad Hurairah Ismail, (Batalion 7 RAMD Tawau)
  2. Koperal Ahmad Hurairah Ismail, (Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja di Tawau)
  3. Koperal Ahmad Farhan Ruslan, (Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja)

Marilah kita sebagai rakyat Malaysia mendoakan keselamatan perwira-perwira negara kita yang mengadai nyawa demi menjaga kedaulatan dan keamanan bumi Malaysia. Jangan jadikan perbezaan politik dan agama yang menjadikan kedaulatan negara Malaysia di cemari.

Pembiayaan Perumahan Islamik di Malaysia

rumahTerima kasih di ucapkan kepada para pembaca yang setia membaca blog ini dan minta maaf juga kerana anda mungkin tertunggu-tunggu untuk saya mengemaskini informasi-informasi yang berilimiah. Insya’allah.

Sewaktu saya mencari-cari pembiayaan perumahan dahulu, kedengaran juga bahawa pembiayaan secara islamik ini adalah mahal jika dibandingkan dengan pembiayaan perumahan konvensional. Mungkin pada waktu itu, tidak banyak pembiayaan islamik yang ditawarkan oleh pihak-pihak bank di Malaysia. Ini merupakan satu cabaran kepada saya untuk mencari pembiayaan islamik yang sesuai dengan kehendak poket saya. Dari situ, saya mula mencari infomasi mengenai pembiayaan islamik dan saya mencari juga apa kelebihan pembiayaan konvensional. Ternyata, pada pengiraan awal.. pembiayaan konvensional ada kelebihan. Tapi alhamdulillah, selepas permintaan kepada pembiayaan islamik dari pengguna seperti saya ini, maka terbitlah 2 jenis pembiayaan islamik iaitu Bai’ Bithaman Ajil (BBA) dan Musyarakah Mutanaqisah (MM).

Ketika pelancaran pembiayaan perumahan islamik, banyak kaedah secara Bai’ Bithaman Ajil (BBA) di guna pakai. Pada waktu itu, pembiayaan BBA adalah jalan keluar untuk masyarakat islam dari mengelakkan riba pembiayaan. Tapi hakikatnya, pada waktu itu.. pembiayaan ini masih lemah dan dilihat agak menindas kepada pembiayaan. Alhamdulillah, sekarang pembiayaan ini sudah dinaiktaraf mengikut tekanan pemimjam. Mungkin anda pening dan keliru dengan terma-terma BBA dan MM. Jadi untuk memudahkan anda dari membelek-belek google dan mengaru-garu kepala, biar saya buat penerangan semudah ABC.

Bai’ Bithaman Ajil (BBA)
– akad di buat dari keseluruhan pembiayaan + keuntungan pembiayaan.

– kadar Base Financing Rate (BFR)
digunapakai. Pembiayaan konvensional akan menggunakan Base Lending Rate (BLR). Pada waktu ini, kadar BFR dan BLR adalah 6.6% setahun.
– kadar keuntungan juga akan berbeza sekiranya kadar BFR ini berubah-ubah tetapi selalunya pihak bank akan memberi anda takat siling BFR. Sebagai contoh: Bank A kadar takat siling sehingga 10% dan kemungkinan bank B kadar takat siling 11%. Sekiranya kadar BFR lebih dari harga takat siling ini, lebihan BFR akan ditanggung oleh bank. Jadi, anda harus meneliti dari banyak bank tentang ini.
– kadar keuntungan selalunya sama sahaja sehingga pembiayaan pinjaman selesai.

Musyarakah Mutanaqisah (MM)
– akad dibuat berdasarkan perkongsian. Sekiranya anda membayar 10% dari jumlah pinjaman, maka itulah perkongsian anda iaitu 10% anda + 90% bank.
– kadar Base Financing Rate (BFR)
juga digunapakai.
– kadar keuntungan berubah mengikut jumlah baki pembiayaan anda.
terdapat semi flexi atau full flexi

Sekiranya anda tanya saya pembiayaan mana yang saya akan pilih, saya akan beritahu bahawa BBA adalah sesuai untuk anda yang tidak mahu fikir tentang kenaikkan atau penurunan BFR, dengan kata lain..pembayaran pembiayaan anda akan sama sehingga tamat pembiayaan. Sekiranya anda tidak kisah tentang naik turun BFR, MM adalah sesuai untuk anda kerana pembayaran pembiayaan berubah-ubah berdasarkan kadar BFR dan baki pembiayaan.

“Tetapi saya lebih mengemari kadar pembiayaan MM, kerana ada tips dan trick dengan pembiayaan ini.”