Kelas Teknik Pengurusan Kewangan

Assalamualaikum saudara,

Memandangkan ramai yang hendak saya ajarkan ‘Teknik Pengurusan Kewangan’ maka dengan berbesar hati akan saya ajarkan pada:

Tempat: Seksyen 9, Shah Alam
Tarikh: 26/04/2014
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang

Perkara yang akan disentuh:
– Berkenaan minda dan bagaimana minda berfikir
– Pengurusan kewangan cara Nurussalam Aziz
– Cara penyelesaian hutang
– Mencipta pendapatan
– Tips Melabur

Mengenai saya:

Nurussalam Aziz digunakan sebagai nama pena dalam penulisan buku dan juga trademark kepada diri sendiri. Beliau belajar ilmu kewangan dari kegagalan dan berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik. Beliau memegang prinsip ‘kawal atau dikawal’ di dalam ilmu kewangan. Ia menyatakan dengan jelas bahawa untuk mengelak dari diri sendiri dikawal oleh wang maka haruslah diri sendiri mengawal wang tersebut. Untuk mengawal wang, ia haruslah datang dari ilmu kewangan. Beliau mempunyai matlamat yang jelas dalam pengumpulan aset iaitu menetapkan setiap bakul aset mempunyai nilai positif sekurang-kurangnya 1 juta. Pada waktu ini, beliau mempunyai aset hartanah yang bernilai melebihi 1 juta dengan hanya makan gaji.

Yuran komitmen yang dikenakan hanyalah RM100 sahaja.

Anda akan diberikan Pen, Buku nota dan Makanan tengahari secara PERCUMA.

Bonus: Anda akan diberikan lampiran untuk menguruskan kewangan peribadi melalui cara Nurussalam Aziz. Ini juga secara PERCUMA.

Dan Lagi.. Ada cabutan bertuah untuk menghadiri Seminar ‘Millionaire Mind Intensive’ secara percuma pada penghujung tahun ini.

free seminar
Sila membuat pembayaran sebelum 26/04/2014 untuk mengisi tempat di:
Nurussalamaziz Solutions (CIMB)
8601885619

Sila SMS sekiranya pembayaran di buat secara online atau sila bawa slip pembayaran sekiranya pembayaran dibuat secara ‘cash deposit’.

Sila hubungi 014-333 6369 Nurussalam Aziz untuk pengetahuan lanjut.

Advertisements

Seminar Millionaire Mind Intensive – Kuala Lumpur

Pada minggu lepas, saya dan isteri menghadirkan diri ke seminar Millionaire Mind Intensive yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 14 – 16/03/2014. Alhamdulillah, boleh dikatakan suasana amat meriah dengan kehadiran 800 orang peserta dari Malaysia, Indonesia, India, Perancis, Kanada, Maldives dan pelbagai lagi (maafkan saya kerana tidak dapat mengingati semuanya). Saya dan isteri amat bergembira dengan informasi yang memerlukan kami berada pada waktu pagi sehingga malam hari. Kekuatan isteri yang sarat mengandung (7 bulan) dari anak ketiga merupakan satu keazaman dari isteri tercinta untuk menjadikan kami sekeluarga mempunyai cukup ilmu untuk diperturunkan kepada anak-anak kami nanti.

Millionaire Mind IntensiveBoleh dikatakan kami hanya mengemaskini sebahagian infomasi yang sememangnya kami sudah tahu sebelum ini. Ini kerana kami pernah menghadirkan diri di dalam Seminar IMKK anjuran Dr. Azizan. Untuk pengetahuan anda, T. Harv Eker merupakan salah seorang guru kepada Dr. Azizan kerana saya mendapati informasi dan sistem produk adalah hampir sama (boleh dikatakan 90%), pecahan setiap bahagian hampir sama dan program yang ditawarkan juga hampir sama. (Maafkan saya sekiranya tanggapan saya silap kerana  saya sudah menghadiri kedua-dua seminar MMI dan IMKK). Apa yang membezakan adalah Dr. Azizan mengajar dalam bahasa melayu dan ditambah dengan sudut keagamaan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada isteri kerana menjumpai salah seorang guru Dr. Azizan iaitu T. Harv. Eker. Saya lebih gemar berguru dengan original source (pembuat sistem) kerana bagi saya mereka membuat sistem dari jatuh bangunnya terdahulu.

Walaupun T. Harv Eker tidak dapat menghadirkan diri pada seminar ini (agak kecewa sebenarnya) , ia dapat disampai oleh Robert Riopel dengan baik sekali. Dialek dan bahasa yang digunakan amat mudah difahami dan cara penyampaian yang santai. Beberapa kesimpulan yang boleh dikatakan berkisar tentang pemikiran diri, bermain dengan wang, tanggapan diri, tanggapan diri tentang wang, bagaimana untuk maju, cara menguruskan kewangan dan pelbagai lagi. Ada beberapa program yang setiap satunya mencecah 4 angka (RM x.xxx), harus saya batalkan untuk tahun ini kerana memberi ruang untuk menyambut anak ketiga kami yang akan lahir di dunia tidak lama lagi. Sungguh kental hati isteri duduk berjam-jam dengan pergerakkan bayi yang aktif di dalam perut (rasanya orang yang biasa mengandung faham keadaan camni). Tahun hadapan nampaknya terpaksa agihkan banyak cuti untuk menghadirkan program lengkap dari T. Harv Eker ini dengan kos 5 angka (RM xx.xxx).

With Robert Riopel

Untuk kelas pengurusan kewangan yang dianjurkan oleh saya, akan mendapat hadiah berupa tiket untuk menghadirkan diri ke seminar Millionaire Mind Intensive yang akan datang bersama Nurussalam Aziz (saya laa tu…hehe) atau pergi sendiri. Ya, tiket ini saya beri secara PERCUMA kepada anda untuk kelas yang akan saya war-warkan tarikhnya nanti. Harus diingat, tiket tersebut adalah HIGHLY LIMITED dan kelas saya juga adalah LIMITED SEAT.

Salam bebas kewangan dari saya untuk anda.