Pemergian yang tidak di jangka

ahmad-nimerAssalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca. Hari ini saya menerima satu kejutan yang agak besar dengan kehilangan Pengurus Projek untuk divisyen IT iaitu Ahmad Nimer Hamad. Beliau merupakan ketua yang menjaga hal ehwal staf-staf IT di Al-Madinah International University di Shah Alam, Malaysia. Beliau merupakan warganegara Palestin dan berasal dari Jordan.

Pada asalnya, beliau pergi ke Madinah untuk menyelesaikan dan membuat kata putus tentang projek di sana dan akan kembali ke Malaysia selepas itu. Namun begitu, Allah memilih beliau untuk meninggal di sana. Sesungguhnya Allah memilih beliau untuk di tanam di bumi Madinah dan setentunya beliau antara manusia yang terpilih untuk dikapankan di sana. Rasullah SAW sendiri akan memberi syafaat berdasarkan hadis yang sahih. Sahabat Rasullah SAW iaitu Saidina Omar bin Khattab (r.a) selalu berdoa agar dimatikan di bumi Madinah. Walaupun dia tinggal dan menjadi khalifah di sana, tetapi dia juga tidak tahu di manakah dia akan dimatikan. Akhirnya Allah juga memilihnya agar disemadikan disebelah kekasihnya yang mulia.

Semalam, saya mendapat khabar bahawa beliau sudah dimasukkan ke wad ICU kerana masalah buah pinggang. Saya memang mengetahui bahawa beliau harus membuat dialisis untuk menukar darah setiap minggu. Sesungguhnya beliau masih mampu tersenyum walaupun beliau menanggung beban penyakit yang berat. Di samping itu juga, beliau mendapat satu tamparan yang berat dengan pemergian kedua ibu bapa dalam tahun yang sama iaitu 2013. Cuma bulan sahaja yang membezakan tarikh kehilangan ibu dan bapa beliau.

Semasa saya bekerja di bawah beliau, saya mengenali beliau dengan kebaikkan yang ada pada diri beliau iaitu suka tersenyum, bertegur sapa, menolong sesiapa yang kesusahan dan seorang yang senang untuk di bawa berbincang. Walaupun berlainan bangsa dan adat resam, beliau masih menghormati budaya orang Malaysia.

Semoga roh beliau bersemadi dengan aman di bumi Madinah dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Di harap ahli keluarga beliau bersabar dan bersyukur dengan ketentuan Allah untuk beliau yang ditidurkan untuk sementara waktu. Insya’allah..

Advertisements

Profil Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB)

title_asb

Di sini, ingin saya nyatakan sertakan profil mengenai unit amanah saham bumiputera (ASB). Anda boleh membaca serba sedikit untuk mengetahui tentang unit amanah ini.

Nama Tabung SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)
Jenis Pendapatan
Kategori Ekuiti
Tarikh Pelancaran 2 Januari 1990
Objektif Untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.
Pelabur Sasaran Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta menjangkakan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.
Kelayakan Bumiputera Malaysia.

  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Akaun Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanakĀ  berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).
Pengurus Pelaburan Permodalan Nasional Berhad

Ini pula mengenai maklumat urusniaga unit amanah saham bumiputera (ASB).

Harga Seunit RM 1.00
Bentuk Pelaburan
  • Buku Pelaburan
  • Sijil
Pelaburan Permulaan Minimum
  • Buku Pelaburan – 10 unit
Pelaburan Tambahan Minimum
  • Buku Pelaburan – 1 unit
  • Sijil – Gandaan 1,000 unit
Pelaburan Maksimum
  • Akaun Dewasa – 200,000 unit
  • Akaun Remaja* – 50,000 unit
* Remaja tidak dibenarkan untuk menjual semula unit melainkan Remaja berkenaan telah mencapai umur dua belas (12) tahun dan permohonan untuk menjual semula unit tidak boleh melebihi dua ratus (200) unit Akaun Remaja dalam mana-mana tempoh satu (1) minggu. Unit Akaun Remaja akan ditukarkan secara automatik ke Akaun Dewasa setelah Remaja berkenaan mencapai Umur Majoriti.
Saiz Tabung Tiada had.
Caj Jualan Tiada
Caj Jualan Balik Tiada
Pembayaran Jualan Balik Serta-merta
Tempoh Bertenang Tiada
Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember
Penutupan Akaun dan
Kelayakan bagi Pengagihan Pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk.

Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Sumber daripada laman sesawang ini: http://www.asnb.com.my/asb.htm

Namun, harus di ingat.. unit amanah ini masih belum mencapai tahap shariah compliant. Di harap pihak PNB akan mensucikan 37% sumber yang belum dibersihkan itu.

 

Dividen Amanah Hartanah Bumiputera Oktober 2013

logo ahbAlhamdulillah.. nampaknya sesiapa yang ada akaun AHB mesti dah merasai dividen AHB di dalam akaun maybank anda. Kepada sesiapa yang belum, pasti anda belum ada akaun AHB ataupun anda tak perasan duit dividen sudah dimasukkan.

Boleh dikatakan anggaran saya agak terawal sebulan iaitu saya jangka di bulan September 2013 tetapi ia di war-warkan pada Oktober 2013. Namun begitu, kadar dividen yang dijangka iaitu 3.25% masih tepat dan tidak terlepas dari sasaran. Ada tambahan berita baik lagi, kepada sesiapa yang masuk awal..saya pun masuk dalam tahun ni je, masih mendapat tambahan 1% (bonus setia). Jadi untuk Oktober 2013, saya mendapat 3.25% + 1% = 4.25%. Alhamdulillah.. Nampaknya AHB telah menambah 1% lagi untuk menarik ramai orang iaitu kaum bumiputera melabur dalam unit amanah mengikut mematuhi ‘syariah compliance‘. Ini memberi lebih ruang kepada para pelabur yang tercari-cari unit amanah yang berisiko rendah dan mengikut syariah.

Saya amat bersyukur kerana dapat memberi sedikit info mengenai unit amanah ini kerana saya tak menyangka yang unit amanah ini menjadi popular dan menjadikan laman sesawang ini mencecah 616 tontonan dalam masa satu hari iaitu 18 Oktober 2013. Di harap saya dapat mengemaskini pelbagai info kewangan dan lain-lain lagi supaya menjadi panduan kepada para pembaca mengenai penyelesaian hutang, kawal ‘cashflow‘, hartanah dan lain-lain lagi.

Terima kasih.