Memilih kereta harian

Kali ini topik agak berlainan kerana saya tidak pernah menyentuh isu kenderaan di dalam blog ini. Bermula di penghujung tahun 2016, saya mula aktif ber’google’ dan ber’youtube’ untuk mencari kereta harian saya kerana ahli keluarga sudah semakin bertambah. (anak dah empat beb!) Jadi dari memiliki kereta, perlu beralih kepada sebuah mini mpv dan setentunya saya lebih mengemari bajet RM100,000. (dengan ekonomi Malaysia bak naik roket ni).

Selama 4 bulan saya melakukan research untuk membeli sebuah kenderaan, mungkin kedengaran agak gila tapi begitulah saya apabila ingin membeli sesuatu yang penting. Banding dan collect the information! Maka bermulalah pencarian dari pakcik goggle dan makcik youtube. Maka kereta-kereta mini mpv sudah disenarai pendek iaitu Nissan Grand Livina, Toyota Sienta (ni dah lebih skit dari RM100k), Nissan Serena, Honda BR-V dan Proton Ertiga. Kenapa Perodua Alza, Proton Exora Bold, Toyota Avanza dan Peugeot 3008 tidak masuk senarai? Ada alasan tersendiri yang sekiranya diceritakan, memungkinkan ada isu yang membawa kepada sesuatu yang tidak baik. Jadi biarlah 4 model ni memang saya tolak tepi awal-awal.

Jadi, setelah kereta disenarai pendek maka bermula pula dengan spesifikasi sebagai kenderaan harian. Ia harus memiliki eleman-eleman ini:

  • Jimat minyak petrol (ini penting dengan kos minyak berubah setiap minggu)
  • Kos selenggara yang rendah
  • Kebolehgantunggan (reliable)
  • Kurang teknologi elektronik (makin banyak sensor, maka makin tinggi kos wear n tear)
  • Keselesaan untuk sekeluarga

Maka hasil dari 4 bulan pembacaan dan kajian, akhirnya saya memilih 2 jenis kereta iaitu Proton Ertiga dan Honda BR-V. Selepas itu extend lagi pembacaan review dari pengguna dan membuat sesi test drive, akhirnya setelah berbincang dengan isteri. Keputusan telah dicapai.. Jeng Jeng Jeng!

Akhirnya kami memilih untuk membeli Proton Ertiga sebagai ahli keluarga baru dalam keluarga kenderaan kami. Kami memilih untuk mengambil highest specification dalam line up Ertiga iaitu Executive Plus. Warna.. blom decide lagi. Hehehe.. Kenapa kami memilih ertiga?

  • Kereta rebadge dari teknologi Jepun
  • Enjin menggunakan rantai (timing chain) dan bukannya tali sawat (timing belt) [kos penyelenggaraan menjadi rendah]
  • Mendapat anugerah kenderaan EEV (minyak lagi jimat dari Vios). Kalau bawak range 100 – 110km/h dikatakan dapat mencecah 30 – 26km / liter (review dari pengguna dan test drive).
  • Kerusi yang selesa dari barisan hadapan sehingga barisan paling belakang (3rd Row)
  • Kualiti yang sama seperti Suzuki Swift
  • Ruang kabin yang lebih senyap dari Honda BR-V (bunyi enjin kurang didengari berbanding honda)
  • Harga yang agak jauh dari high spec Honda BR-V
  • Rim 15 inch jadi harga tayar murah (sbg contoh tayar Michelin PS3 dapat harga RM268 sebiji, kalau 17 inch dah RM6++ sebiji)
  • Safety NCAP 4 bintang
  • Ada aircond blower untuk bahagian belakang (memang cepat sejuk.. dah diuji masa nak test drive kerana saya memilih untuk duduk di barisan paling belakang)
  • Ada ruang bawah di boot belakang (macam Toyota estima ACR55)
  • Ada arm rest pada 2nd Row
  • Handling yang lebih baik dari Toyota Sienta (review dari Thailand)
ERTIGA-ACCESSORIES-1

Bodykit dari Suzuki Ertiga Filipina (Highest Spec)

 

Apa lebihnya Executive Plus vs Executive?

  • Side mirror folding (auto lipat)
  • Lampu signal di side mirror
  • Kerusi pemandu yang boleh diubah kedudukkan tinggi rendah
  • Volume control, silent mode, aircond mode dan channel di stereng
  • Penambahan tweeter di dashboard hadapan
  • Kemasan krom pada bahagian bumper

Apa kekurangan Proton Ertiga

  • Interior warna krim cerah, seat memang kena balut awal-awal sebelum anak-anak rasmi
  • DVD player, tempat letak cawan di dashboard (sebelah kiri penumpang hadapan), auto start button, bonet insulation, reverse camera, jaring di bonet belakang dan full bodykit [eleman-eleman ini ada di high spec Suzuki ertiga di luar negara].
  • 2nd Row seat yang tidak terlipat seperti Honda BR-V. Ia hanya move ke depan sahaja.
  • Stereng yang tidak auto balas.
  • Tiada arm rest @ console box pada barisan hadapan

TripAdvisor Make Me Shock..

tripadvisor_april

Pada awalnya, saya hanya suka-suka untuk review 4 tempat yang saya lawati sekitar Pahang (masa tu jumpa klien yang nak ambil polisi takaful). Rasanya sekitar bulan 2 dan 3 rasanya. Sebelum ini saya hanya membaca review-review yang ditulis oleh orang lain tentang tempat-tempat penginapan yang mereka lawati. Dengan sekadar suka-suka dan untuk memberi kebaikkan kepada kedua-dua pihak (owner penginapan dan pelancong-pelancong yang datang dari tempatan ataupun luar negara), ia mendapat bacaan dari 1,560 pembaca tentang tempat tersebut. Review pendek je cuma saya ada memberi pro dan kontra nya. Ia sememangnya dari pengalaman saya sekeluarga. Maknanya ramai juga orang berminat untuk pergi ke tempat yang saya lawati. Sebenarnya hanya dua tempat yang saya menginap iaitu di De Rhu Resort dan Bukit Gambang Resort (Caribbean Bay), lagi 2 tempat saya bawa anak-anak lawati di Bukit Gambang Theme Park iaitu Water Park dan Safari Park. Jadi kesemuanya 4 review.. 🙂

Sememangnya saya bukan seorang yang cerewet tentang tempat penginapan jadi kalau anda seorang yang cerewet, mungkin review anda amat berlainan dengan saya. Kalau ada benda yang saya boleh pejam sebelah mata, saya pejamkan. Kalau ada yang boleh saya bersihkan, saya bersihkan. Itu memang cara saya.. taknak bila banyak komplen, nanti spoil mood bercuti.

Terima kasih kepada tripadvisor kerana memberi kemudahan kepada sesiapa yang nak baca review dahulu sesuatu tempat sebelum membuat keputusan untuk bercuti di satu-satu tempat.

Kisah buku kewangan peribadi dari Nurussalam Aziz

cover

Alhamdulillah, berkat usaha dan sabar selama ini. Akhirnya impian saya untuk menerbitkan sebuah buku perihal kewangan peribadi telah tercapai. Hampir tiga tahun diambil untuk menyiapkan buku ini dari proses rangka kasar, gaya bahasa, mengarang, proses penerbitan dan sebagainya. Kini, buku ini dalam proses akhir suntingan (sudah selesai) sebelum proses mencetak akan dilakukan oleh pihak penerbitan iaitu Truewealth Sdn. Bhd. Terima kasih diucapkan kepada pihak penerbit kerana sudi untuk menerima manuskrip saya dahulu. memberi tunjuk ajar (maklum laa.. kali pertama mengarang, banyak yang silap) dan mencetak untuk diterbitkan kepada orang ramai (jika dilihat pada gambar..akan diterbitkan pada Oktober 2015).

Mungkin anda tertanya-tanya apakah isi kandungan buku ini dan adakah ia menepati citarasa anda? Hmm..sebetulnya, buku ini berkisah tentang kesalahan-kesalahan kewangan yang saya lakukan sebelum ini hingga mengongkong kehidupan dan bagaimana saya bangkit untuk menyelesaian masalah kewangan yang menghantui saya selama ini dengan teknik-teknik yang wujud di Malaysia. Hutang-hutang yang melingkari dan menyesakkan sebelum ini, dapat saya selesaikan dengan pelbagai cara (ada saya kongsikan di dalam buku ini). Tips-tips yang dikongsi merupakan cara saya menyelesaikan masalah kewangan peribadi saya dahulu jadi berkemungkinan ia bersesuaian dengan anda juga. Sebagai umat Islam, saya kongsikan juga apakah amalan-amalan yang saya lakukan (setelah gigih berusaha..selebihnya tawakal kepada Allah) dari sudut Islam. Sejujurnya, telah lama saya ingin berkongsi tips kewangan peribadi yang memungkinkan anda boleh praktikkan dalam kehidupan kewangan peribadi atau keluarga anda. Seboleh-bolehnya, saya ingin menolong anda dan ramai orang diluar sana dengan merujuk kepada betapa pentingnya merancang kewangan peribadi kerana ia mempunyai kesan yang amat panjang kepada anda. Saya menggunakan gaya bahasa yang santai dan ringkas supaya anda tidak terasa seperti anda membaca sebuah buku teks sekolah. Disebabkan itulah, hampir setahun saya mencuba pelbagai lenggok bahasa sehinggalah saya menemui gaya bahasa yang sesuai dengan gaya penulisan saya sendiri. Alhamdulillah, pihak penerbit tidak terlalu terikat dengan gaya bahasa (sebenarnya.. saya sendiri pun tak minat kalau baca buku yang terlalu skema gaya bahasanya).

Pada asalnya, buku ini bertajuk ‘Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan’. Namun begitu, pihak penerbit menyatakan tajuk itu terlalu panjang lalu pihak penerbit menyarankan menukar tajuk buku kepada ‘Bebas Hutang Hidup Senang’. Setelah berfikir seketika, saya mempunyai idea untuk menukar tajuk yang lebih niche dari pandangan akal fikiran saya ni iaitu ‘Dahulu Dikawal Sekarang Mengawal’. Jadi terpulanglah kepada pihak penerbit untuk mengekalkan tajuk ‘Bebas Hutang Hidup Senang’ atau menukar kepada ‘Dahulu Dikawal Sekarang Mengawal’ disebabkan belum menerima maklumbalas dari pihak penerbit (Truewealth Sdn. Bhd.). Ini kerana syarikat penerbit bercuti selama 2 minggu untuk menyambut Eidul Fitri.

Insya’allah, pihak penerbit berbesar hati dengan memberi diskaun kepada para pembaca yang membeli secara terus dari penulis iaitu saya sendiri. Saya ada nyatakan dalam artikel sebelum ini tetapi harga akhir akan saya war-warkan nanti. (GST punya hal laa ni.. hehe). Salam akhir dari saya..Nurussalam Aziz.