Seminar Private Retirement Scheme (PRS)

Pada 20/06/2015 (Sabtu) saya dan isteri menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Invest Smart. Ia merupakan seminar yang berkisar tentang unit trust atau unit amanah. Tempatnya pula di Suruhanjaya Sekuriti (Malaysia) di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Sebenarnya, saya mendapat undangan ini melalui isteri tersayang yang menyatakan ia berkisar tentang Skim Pencen Persendirian (PRS). Memandangkan saya pun masih kabur tentang skim ini, jadi saya menghadirkan diri untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan dalam masa yang sama dapat berkongsi kepada para pembaca blog ini.

PRS2

Walaupun acara bermula pada pukul 9.00 pagi, kami datang agak awal memandangkan kami tidak biasa dengan kawasan Bukit Kiara dan paten trafik di sini. Nasib baik dengan bantuan Pak Waze, kami selamat sampai 30 minit lebih awal. Seperti biasa, mendaftarkan diri dan akan mendapat ‘goodies’ yang berupa pen, buku nota dan buku keterangan tentang PRS.

PRS1

Tanpa sembang melalut sangat, biar saya kongsikan apa isi kandungan seminar tersebut. Boleh dikatakan apabila berjumpa para peserta di dalam seminar tersebut, kebanyakkan daripada para peserta adalah ‘unit trust planner’. Beberapa perincian yang boleh saya kongsi:

– untuk anda hidup dengan keadaan sekarang, anda seharusnya menyimpan 1/3 daripada gaji anda kepada ‘long term investment’. Ia bertujuan untuk anda boleh menjalani hidup seperti biasa (bukannya lebih)..kurang mungkin selepas anda pencen atau tidak bekerja lagi. Jadi jumlah yang harus anda ada adalah 33.3% daripada gaji anda sekarang. Untuk pekerja swasta yang mencarum dengan KWSP, ada berita baik untuk anda! KWSP sudah merangkumi 23% daripada 33.3% yang harus anda sediakan untuk hari tua anda. Jadi, anda harus mencari platform 10.3% untuk baki simpanan jangka panjang anda. Jadi, disinilah tujuan PRS iaitu untuk mencukupkan 10.3% baki tersebut. Simpanan tersebut haruslah secara tetap walaupun PRS memberi pilihan kepada anda untuk menyimpan secara tetap atau sesuka hati anda nak simpan ke idak.

– bagaimana PRS ini berfungsi? Ia dipecahkan kepada dua dana iaitu dana unit amanah yang anda boleh pilih jenis risiko yang diingini (tinggi, sederhana atau tinggi) dari penyedia PRS dan dana tunai iaitu dividen yang diberikan adalah tetap iaitu 4%. Dana unit amanah merupakan sepertimana anda membeli unit trust yang lain iaitu ada kadar caj yang dikenakan. Untuk dana tunai, tidak dinyatakan kadar caj dikenakan.

– Penyedia PRS adalah Affin Hwang Asset Management Bhd., AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd., AMInvestment Services Berhad, CIMB-Principal Asset Management Berhad, Kenanga Investors Berhad, Manulife Asset Management Services Berhad, Public Mutual Berhad dan RHB Asset Management Berhad.

Pada pendapat saya, skim PRS ini belum cukup kuat untuk men’goda’ saya untuk memilih skim ini. Mungkin anda berminat.. saya tidak tahu. Method yang saya gunakan sekarang dan akan gunakan nanti lebih menarik pada pandangan peribadi.

 

 

Kenali manfaat tambahan (rider) AIA Takaful

Kenali manfaat tambahan (rider) yang ada dalam pelan A-LifeLink (Medical Card+Investment)

1.A-Plus CriticalCare-i (APCC) – Faedah Penyakit Kritikal
Sekiranya orang yang dlindungi menghidap mana-mana daripada 36 jenis Penyakit Kritikal (stage 3 dan 4), pampasan akan diberikan. Ia melindungi sehingga umur 100 tahun atau sehingga penamatan sijil asas yang mana terlebih dahulu.

2.A-Plus Multi CriticalCare-I (APMC) – Faedah Penyakit Kritikal
Sekiranya orang yang dlindungi menghidap mana-mana daripada 36 jenis Penyakit Kritikal (stage 3 dan 4) yang dikategorikan kepada 6 kumpulan, pampasan akan diberikan. Ia melindungi sehingga umur 85 tahun atau sehingga penamatan sijil asas, yang mana terlebih dahulu.

3.A-Plus Early CriticalCare-i (APECC) – Faedah Penyakit Kritikal
Sekiranya orang yang dlindungi menghidap mana-mana daripada 92 jenis Penyakit Kritikal (stage 1, 2, 3 dan 4) yang dikategorikan kepada keparahan ringan, sederhana atau parah. Ia juga meliputi peristiwa Penyakit Kritikal dalam bentuk Angioplasti dan Rawatan pembedahan lain untuk Pernyakit Arteri Koronari Utama. Ia melindungi sehingga umur 85 tahun atau sehingga penamatan sijil asas, yang mana terlebih dahulu.

4.A-Plus WaiverExtra-i (APWE) – Faedah Penyakit Kritikal
Sekiranya orang yang dlindungi menghidap mana-mana daripada 35 jenis Penyakit Kritikal (stage 3 dan 4) atau sebenarnya sebenarnya menjalani pembedahan bagi penyakit (35 jenis penyakit) sebelum umur 100 tahun atau mengalami Hilang Upaya (Menyeluruh dan Kekal / Presumtif) sebelum umur 70 tahun.

5.A-Plus GenNext-i (APGN) – Faedah Penyakit Kritikal
Sekiranya Orang Dilindungi didiagnosiskan mengalami sebarang kerugian atau memenuhi takrifan-takrifan bagi faedah-faedah seperti Faedah Cabaran Kesihatan (kemalangan atau penyakit) atau Faedah Cabaran Perubahan Hidup (kanser peringkat awal / penyakit jantung peringkat awal) atau Faedah Perlindungan Tambahan (kehilangan anggota akibat kemalangan / didiagnosis dengan 35 jenis Penyakit Kritikal. Elaun atau pampasan akan diberikan.

6.A-Plus Venuz-i (APV) – Faedah Penyakit Kritikal (Perempuan sahaja)
Sekiranya Orang Dilindungi (Perempuan sahaja) didiagnos mengalami mana-mana satu kehilangan atau memenuhi takrifan faedah-faedah yang disenaraikan dalam Sijil Takaful. Faedah merangkumi Penyakit Wanita (kanser organ wanita, karsinoma-in.situ, lupus eritematosus sistematik), Faedah Rawatan (lumpektomi / mastektomi / pembentukan semula payu dara, pembedahan organ, pembentukan semula wajah akibat kemalangan, pemindahan kulit, retakan osteoporotik) dan Rawatan Kesejahteraan (ragut, penggantian hormon akibat putus haid, hilang upaya sementara, psikoterapi). Ia melindungi sehingga umur 70 tahun atau sehingga penamatan sijil asas, yang mana terlebih dahulu.

7.A-Plus Venuz-i Extra (APVX) – Faedah Penyakit Kritikal (Perempuan sahaja)
Sekiranya Orang Dilindungi (Perempuan sahaja) didiagnos mengalami mana-mana satu kehilangan atau memenuhi takrifan faedah-faedah yang disenaraikan dalam Sijil Takaful semasa rider ini berkuatkuasa, Pengendali Takaful akan membayar pampasan terhadap Penyakit Wanita, Faedah Rawatan, Rawatan Kesejahteraan dan Faedah Kehamilan (komplikasi kehamilan, anomali kongenital dan kematian fetus / kematian anak).

8.A-Plus Med-i (APM) – Faedah Hospital dan Pembedahan
Orang /Ahli Dilindungi dimasukkan ke dalam hospital, mengalami Pembedahan dan / atau rawatan kecemasan akibat Kemalangan Pesakit Luar disebabkan oleh Hilang Upaya tertakluk kepada pelan faedah yang berkenaan dan terma-terma dan syarat-syarat. Perlindungan ini juga tertakluk kepada pasangan dan anak-anak (maksimum 4 orang anak) dengan had faedah yang sama tanpa berkongsi. Kad perubatan (medical card) akan diberikan kepada orang yang dilindungi. Ia melindungi sehingga umur 100 tahun atau sehingga penamatan sijil asas yang mana terlebih dahulu.

9.A-Plus MedBooster-i (APMB) – Faedah Hospital dan Pembedahan
Manfaat sama seperti A-Plus Med-I (APM) tetapi menawarkan had tahunan yang lebih tinggi dan faedah tambahan yang dipertingkatkan. Harus diambil bersama dengan rider A-Plus Med-I (APM). Ia melindungi sehingga umur 100 tahun atau sehingga penamatan sijil asas yang mana terlebih dahulu.

10.A-Plus Total AccidentShield-i (APTAS) – Faedah Kemalangan
Berlaku kematian akibat kemalangan semasa rider berkuatkuasa dan sebelum tamat tempoh rider, pampasan akan dibayar selain daripada Jumlah Faedah Kematian. Sekiranya anda mengalami kecederaan akibat kemalangan seperti tersenarai dalam sijil Takaful rider, anda layak untuk menerima faedah-faedahnya seperti yang termaktub dalam sijil Takaful rider. Selain Faedah Kematian Kemalangan dan Kecacatan, rider ini juga menyediakan Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (PTD), Faedah Hilang Upaya Sementara dan Faedah Pembayaran Balik Perubatan.

11.A-Plus AccidentShield-i (APAS) – Faedah Kemalangan
Berlaku kematian akibat kemalangan semasa rider berkuatkuasa dan sebelum tamat tempoh rider, pampasan akan dibayar selain daripada Jumlah Faedah Kematian. Sekiranya anda mengalami kecederaan akibat kemalangan seperti tersenarai dalam sijil Takaful rider, anda layak untuk menerima faedah-faedahnya seperti yang termaktub dalam sijil Takaful rider.

12.Faedah Keganasan dan Rusuhan Awam (RCC) – Faedah Kemalangan
Melindungi kemalangan akibat serangan, pembunuhan, rusuhan dan kekecohan awam.

13.A-Plus HospitalIncome Extra-I (APHIE) – Faedah Pendapatan Hospital
Apabila dimasukkan ke hospital akibat Hilang Upaya, akan menerima pendapatan harian. Pendapatan harian akan digandakan sebanyak tiga kali jika kemasukkan meliputi ICU. Pendapatan harian hospital yang tersebut tanpa mengira perbelanjaan hospital sebenar yang dicaj. Kadar harian bermula dari RM50 sehingga RM400 sehari.

14.A-Plus DisabilityCash-i (APDH) – Faedah Kematian
Jumlah pampasan yang akan dibayar apabila berlakunya yang mana lebih awal kejadian-kejadian seperti Kematian Orang Dilindungi atau Orang Dilindungi tidak lagi menderita daripada Hilang Upaya Secara menyeluruh & Kekal (PTD) atau Orang Dilindungi mencapai umur 75 tahun.

Ini merupakan penerangan secara ringkas. Untuk mengetahui secara lebih terperinci, boleh hubungi saya di talian 014-333 6369 (Nurussalam Aziz)

Ambil tahu tentang kad perubatan anda?

Apa yang ada di dalam Kad Perubatan saya?

my medical card

Ramai orang memiliki kad perubatan (medical card) dan ada juga yang belum memiliki kad perubatan. Seperti yang saya selalu tekankan bahawa kad perubatan merupakan pemindahan caj perubatan kepada tabung takaful tanpa menggunakan wang simpanan anda (terdapat juga yang perlu keluar sedikit jumlah simpanan). Dengan kata lain, sekiranya terjadi sesuatu yang menimpa kepada anda, pasangan mahupun keluarga.. anda tidak perlu bersusah payah untuk mengorek duit simpanan, tabung, meminjam malah ada yang terpaksa meminta pertolongan orang lain. Sebab itu kita tengok orang kaya akan mempunyai polisi takaful/insuran untuk memindahkan caj perubatan kepada pihak lain tanpa perlu mengurangkan simpanan yang telah dibuat.

Memandangkan saya tidak ingin simpanan saya berkurangan maka saya telah mengambil kad perubatan (terpulanglah kepada anda jenis syarikat takaful yang mana menjadi pilihan anda). Mungkin ramai beranggapan bahawa menjadi satu komitmen untuk membayar setiap bulan tetapi tidak nampak apa yang telah dibayar. Ya, ini banyak berlaku kepada orang ramai diluar sana. Saya memiliki pemikiran yang berlainan iaitu:

  • Menganggap ia sebagai simpanan. Sebagai contoh, sekiranya saya disahkan terkena penyakit-penyakit, kemalangan atau pembedahan.. kad perubatan saya menjadi cagaran tanpa perlu mengusik simpanan yang telah dibuat. Tentu anda akan hilang semangat kalau simpanan yang dibuat bertahun-tahun, hilang disebabkan menanggung kos perubatan.
  • Boleh memilih jenis simpanan. Saya menganggap pilihan had tahunan sebagai jenis simpanan. Dengan bayaran yang mengikut kemampuan, saya mempunyai simpanan yang tidak luput dan akan diperbaharui had simpanan itu setiap tahun.
  • Sekiranya saya ditakdirkan meninggal dunia, keluarga saya akan mendapat sedikit sumbangan dari saya (hasil dari sum covered) untuk menjalani kehidupan akibat kehilangan punca pendapatan utama (sekiranya pasangan bekerja) / tunggal (sekiranya hanya anda bekerja).
  • Sekiranya saya mendapat penyakit kritikal, pihak takaful akan memberi sumbangan berdasarkan jumlah yang telah saya pilih semasa pemilihan jenis manfaat (rider).
  • Ada lagi nak tulis tapi nanti jadi buku karangan @ anda terasa muak nak baca pula sebab macam promosi.

Ok, dalam kad AIA Takaful (contoh macam kad perubatan saya).. mempunyai informasi seperti Nama, No. I/c, Jenis Polisi Anda dan ‘Preloaded Amount’ (RM2,000 standby amount). Jadi, jagalah bahagian magnetik kad anda supaya tidak bercalar atau rosak disebabkan terdapat informasi di simpan dalam itu. Apa itu Preloaded Amount? Macam kad kredit, dah ready RM2,000. Ia mempercepatkan anda mendapatkan rawatan ‘check up stage 1’ sebelum anda membuat rawatan peringkat yang lebih tinggi atau dipindahkan kepada rawatan di wad. Ia merupakan proses anda mendapatkan rawatan tanpa memerlukan menunggu Guarantee Letter keluar. Apabila Guarantee Letter telah keluar, rawatan dari stage 2 dan seterusnya boleh dilakukan.

Jenis Kad Perubatan saya?

Lain orang lain keutamaan dalam kad perubatan. Akan saya terangkan kenapa saya mengambil spesifikasi kad ini. Saya memilih rider A-Plus MedBooster-I kerana saya ingin menaikkan had di dalam kad perubatan saya. Kenapa saya menaikkan had, biar saya ceritakan satu persatu. Saya mengambil jalan tengah iaitu memilih:

  • RM250 Room Board (Bilik): ini disebabkan kos bilik sudah makin meningkat. Dahulu, bilik RM150 anda akan memperolehi bilik ‘single’ tetapi kini adalah mustahil untuk memiliki bilik single dengan amaun sebegitu. Kenapa saya memilih bilik single dan bukannya share? Sebab tidak ingin menganggu orang lain dengan kedatangan orang melawat, lebih privasi dan aurat boleh dijaga dengan lebih baik. (A-Plus Med-I atau A-Plus MedBooster-I)
  • Had Tahunan Keseluruhan (setiap tahun polisi-gerenti diperbaharui): sebanyak RM1.5 juta. Anda mungkin melihat kenapa perlunya had tahunan yang besar, biar saya ceritakan kepada anda. Kita tahu bahawa setiap tahun wang akan kehilangan nilainya. RM1.5 juta kini tak sama nilainya untuk RM1.5 juta dalam jangkamasa 20 ke 30 tahun ke hadapan. Dahulu, anda rasa amaun RM50 begitu besarnya nilainya (anda boleh membeli pelbagai barangan) tetapi RM50 kini adalah kecil nilainya. Ini disebabkan inflasi dan susut nilai wang. (hanya A-Plus MedBooster-I)
  • Had Seumur Hidup Keseluruhan yang tiada had (AIA Takaful): Ada sesetengah syarikat takaful yang memberi kekangan dalam had seumur hidup. Ia merupakan had yang boleh digunakan seumur hidup, sekiranya had sudah habis..maka kad perubatan anda sudah habis prepaidnya (sudah tidak boleh digunakan). (A-Plus Med-I atau A-Plus MedBooster-I)
  • Ada rawatan sebelum (pra penghospitalan): Rawatan pra penghospitalan (60 hari sebelum) yang merangkumi Ujian Diagnostik Pra-Penghospitalan, Rundingan Doktor Pakar Pra-Penghospitalan dan Perubatan dan Rawatan Pra-Penghospitalan. (A-Plus Med-I atau A-Plus MedBooster-I)
  • Lain-lain Rawatan: rawatan akibat kemalangan, dialisis buah pinggang & kanser (pesakit luar), penghospitalan di Singapura, fisioterapi dan akupuntur (pesakit luar). (A-Plus Med-I atau A-Plus MedBooster-I)

Saya bermula dengan pakej pertengahan kerana kad perubatan hanya boleh dibeli ketika sihat sahaja. Sekiranya saya didiagnos dengan penyakit, saya tidak boleh penambahbaikkan polisi takaful. Sekiranya saya melakukan sedemikian, borang permohonan saya akan berada dalam status loading (penambahan caj sumbangan), exclusion (pengecualian dari penyakit yang dihidapi – penyakit tersebut tidak dilindungi) atau decline (ditolak secara 100%). Sekiranya perkara itu terjadi, polisi yang saya sudah miliki akan diteruskan sehingga saya meninggal dunia. Jadi, saya ambil langkah-langkah awal. Saya harap anda sudah memilikinya.

Apakah manfaat (rider) yang saya miliki? Akan saya ceritakan pada artikel yang lain. Diharap anda tahu apa yang terkandung didalam kad medical anda. Jangan apabila ingin menggunakan kad perubatan, barulah anda sedar bahawa kad perubatan anda terdapat pelbagai sekatan-sekatan dan caj-caj yang tidak diketahui. Kenapa saya mengambil kad perubatan? Jawapannya mudah.. saya tidak akan sihat atau hidup selamanya tetapi apabila dua keadaan itu berlaku, saya sudah bersedia untuk diri sendiri dan keluarga.