LifeLink-i vs Signature-i. Mana yang lebih baik?

Maaf saya katakan bahawa dari segi logik, cukup susah anda ingin meninggalkan wang RM1,000,000 malahan mungkin lebih untuk keluarga mahupun orang yang tersayang. Ini kerana sekiranya umur anda 31 tahun dan anda ingin mempunyai simpanan RM1,000,000 pada umur 80 tahun, anda perlu menyimpan sebanyak RM1,700.68 sebulan tanpa henti (49 tahun). Ini merujuk kepada simpanan secara biasa tanpa terlibat dengan produk-produk pelaburan. Jadi, saya melihat bagaimana orang-orang kaya memberi kepada legasi mereka yang bukan sahaja aset tetapi juga wang ringgit. Ini menjadikan legasi mereka semakin kaya dan semakin kaya (ini kalau legasi yang menganti bukan kaki pelingkup duit lerr). Ok.. saya melihat dengan takaful, ada juga instrumen yang boleh menjadikan legasi anda lebih baik dari sudut wang. Legasi dan anda haruslah belajar dengan dunia wang supaya lebih terurus. Ya betul.. jangan jadi hamba wang tetapi menjadi tuan kepada wang. Di zaman Rasullah pernah sahabat-sahabat yang miskin merasa kekurangan dalam amal ibadat kerana orang yang kaya dapat melakukan banyak benda yang baik dengan wang seperti wakaf, sedekah dan sebagainya. Alhamdulillah, Rasullah bijak menenangkan sahabat-sahabat yang miskin tadi dengan memberi nasihat supaya Zikrullah iaitu berzikir kepada Allah. Hinggakan sahabat-sahabat yang miskin ini ingin menyembunyikan kekuasaan zikir supaya tidak diketahui oleh orang-orang yang kaya. Jadi, wang menjadi jambatan yang baik sekiranya anda menjadi tuannya tetapi bukanlah bertuankan wang ringgit.

Berbalik kepada isu simpanan untuk legasi yang boleh diagihkan sebanyak RM1,000,000 kepada pewaris, saya melihat AIA Takaful memberi dua jenis takaful yang memenuhi kriteria ini tanpa memberi impak contribution dalam jumlah yang tidak melebihi RM1,000 sebulan. Saya membuat perbandingan ini apabila existing client nak saya review tentang dua produk ini iaitu Lifelink-i dan Signature-i tetapi memfokuskan kepada jumlah simpanan kepada legasi RM1,000,000 dengan cara yang komitmen kurang dari RM1,000. Ok, dengan mudahnya saya telah membuat ringkasan supaya memudahkan anda memahaminya. Ia bermula dengan begini…

Kajian Kes: Umur 31 tahun
Jumlah Pampasan Life: RM 1,000,000
Jantina: Lelaki
Kehidupan Sosial: Perokok
Jangkamasa Perlindungan: 80 Tahun
Risiko Pekerjaan: 1

Jenis Polisi (Faedah Kematian):

LifeLink-i
Caruman Bulanan: RM675
Faedah Kematian: Sehingga 100 tahun

Signature-i
Caruman Bulanan: RM924.17
Faedah Kematian:
– Haji/Umrah (sehingga umur 70 tahun): Jumlah Pampasan dinaikkan kepada 200%. Jumlah pampasan life menjadi RM2,000,000
– Kematian menaiki kenderaan awam (sehingga umur 70 tahun): Jumlah Pampasan dinaikkan kepada 300%. Jumlah pampasan life menjadi RM3,000,000

Ringkasan Simpanan
LifeLink-i 
– Bonus ulangtahun: RM100,000
– Simpanan terjamin: RM1,000,000
– Simpanan tidak terjamin (bergantung kepada pencapaian dana): RM229,400 (kiraan kasar tertinggi) & RM88,300 (kiraan kasar terendah)

Signature-i
– Simpanan terjamin: RM1,000,000
– Simpanan tidak terjamin (bergantung kepada pencapaian dana): RM529,000 (kiraan kasar tertinggi) & RM245,800 (kiraan kasar terendah)

Ringkasan Wakalah Fee (kiraan tahun)
LifeLink-i
– tahun 1: 60%, tahun2: 60%, tahun 3: 50%, tahun 4: 30%, tahun 5: 20%, tahun 6: 20% dan tahun 7: 0% dan seterusnya.

Signature-i
– tahun 1: 60%, tahun2: 60%, tahun 3: 30%, tahun 4: 25%, tahun 5: 10%, tahun 6: 10% dan tahun 7: 0% dan seterusnya.

Ringkasan Pecahan Caruman Kepada Pelaburan (kiraan peratusan)
LifeLink-i
– tahun 1: 40%, tahun2: 40%, tahun 3: 50%, tahun 4: 70%, tahun 5: 80%, tahun 6: 80% dan tahun 7: 100% dan seterusnya.

Signature-i
– tahun 1: 40%, tahun2: 40%, tahun 3: 70%, tahun 4: 75%, tahun 5: 90%, tahun 6: 90% dan tahun 7: 100% dan seterusnya.

Ringkasan Perbandingan Polisi

LifeLink-i
Kelebihan:
– Perlindungan polisi sehingga 100 tahun
– Bayaran caruman rendah
– Ada bonus ulangtahun

Kekurangan:

– Simpanan tidak terjamin (kiraan kasar tertinggi yang paling rendah)
– Jumlah pampasan bermula dari RM1,000,000 perlu perlu membuat ‘full medical check up’
– Penilaian melalui penyata gaji akan digunakan

Signature-i
Kelebihan:
– Kenaikkan peratusan pampasan apabila melakukan umrah/haji (200%) dan kematian akibat menaiki pengangkutan awam (300%)
– Yuran wakalah lebih rendah (tahun ke-3 sehingga ke-6)
– Pembahagian pelaburan lebih tinggi (tahun ke-3 sehingga ke-6)
– Simpanan tidak terjamin yang lebih tinggi
Jumlah pampasan sehingga RM1,500,000 tanpa perlu membuat ‘full medical check up’
– Penilaian melalui penyata gaji tidak digunakan

Kekurangan:
– Bayaran caruman paling tinggi
– Perlindungan polisi sehingga 80 tahun (bergantung kepada jangkamasa polisi yang di ambil)
– Tiada bonus ulangtahun

Apa yang lebih baik? tepuk poket, tanya akal.. 🙂

Tips gandakan pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera?

logo ahb

Terlalu lama saya tidak menulis tips-tips atau artikel berkaitan pelaburan berisiko rendah. Isu kali ini berkaitan dengan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang pada masa kini masih memberi pulangan melebihi 6% – 7% setahun. Pada saya masih melebihi garis panduan yang dijanjikan oleh PNB iaitu 6% setahun. Sudah di kira ok untuk sesiapa yang menginginkan pelaburan yang berisiko rendah dan patuh syariah (tiada was-was @ khilaf). Saya tidak mahu membandingkan dengan pelaburan ASB kerana kedua-dua portfolio ini agak ‘panas’ malahan tidak bagus kalau nak bandingkan sesuatu yang tidak sama tarafnya (syariah dan tidak patuh syariah sepenuhnya).

Pada pengamatan saya, memandangkan AHB memberi pulangan dividen sebanyak 2 kali setahun.. mungkin anda boleh mengaplikasikan tips ini untuk mengoptimumkan pulangan dividen.
– dividen pada 6 bulan sekali (fasa 1 dan fasa 2) dimasukkan kembali di dalam akaun AHB

Sebagai contoh (kiraan kasar sahaja):

  1. Anda mempunyai simpanan AHB sebanyak RM10,000 dan pulangan fasa 1 pertama adalah 3.3% bermakna bayaran dividen untuk fasa 1 adalah RM165 (masukkan kembali ke AHB). Maka RM10,000 + RM330 = RM10,330. Jadi pengiraan untuk fasa 2 akan mendapat lebihan akan dikira pada RM10,330 (ini belum dikira anda masukkan wang secara bulanan).
  2. Jadi ia memberi perbezaan kepada cara pengiraan dividen kerana anda dapat melabur dengan jumlah yang berlainan hanya hasil dari pemberian dividen (fasa 1 atau 2). Begitulah untuk tahun hadapan dan seterusnya.

Memandangkan banyak pelaburan berisiko rendah yang memberi pulangan dividen secara tahunan, eloklah anda mengambil kelebihan dari AHB yang memberi pulangan dividen secara 6 bulan sekali. Yang best, patuh syariah dan zakat sudah dipotong. Feel free with your soul right?

Ingat.. Kawallah wang anda dan bukanlah wang yang mengawal anda. Kawal @ Di Kawal… Nurussalam Aziz.

** Saya bukanlah pekerja yang bekerja di Amanah Hartanah Bumiputera tetapi pelabur seperti anda juga!

Hospital dan Klinik dihujung jari anda

AIA LOCATOR

Saya amat berbesar hati untuk menyatakan bahawa AIA telah mengikut peredaran zaman dengan memperkenalkan AIA Locator. Mungkin sebelum ini anda akan tercari-cari hospital apakah yang ada di sekitar anda malahan menjadi lebih rumit apabila kejadian berlaku di luar kawasan kediaman anda (tempat yang anda tidak biasa). Jadi, dengan AIA Locator ini, segala senarai hospital dan klinik panel AIA kini dihujung jari anda sahaja. Dengan ringkasnya, saya akan menyatakan kepada anda apakah kelebihan applikasi AIA Locator ini.

  1. Ada menyatakan jenis-jenis kad anda iaitu:
    Merah untuk Corporate Member Card (korporat), Kelabu Gelap untuk Corporate Privilege Card (korporat) dan Emas untuk Individual Medical Card (individu)
  2. Ada menyatakan senarai Klinik, Klinik 24 jam, Hospital malahan Bengkel kereta. Anda hanya perlu klik pada jenis senarai yang anda mahukan maka dengan “Pling”, semua senarai sudah ada. Mudah bukan? Jadi di sini saya ingin senaraikan sekiranya anda memilih untuk melihat senarai hospital iaitu:
    – apabila anda membuka GPS (location) di telefon anda, applikasi ini akan menyenaraikan hospital-hospital yang berdekatan dengan lokasi anda berada pada waktu itu. Ia menyatakan jarak, peta lokasi hospital tersebut, alamat, telefon, harga bilik dan boleh menjadi penunjuk arah kepada hospital tersebut.
  3. Ada juga bantuan berbentuk Auto Assist Hotline (untuk bantuan towing atau breakdown kenderaan), Guarantee Letter Hotline (mendapatkan status GL – lebih cepat dan senang) untuk korporat mahupun individu, AIAS Alarm Centre untuk bantuan individu ataupun melancong dan General Hotline untuk lain-lain punya bantuan.
  4. Aplikasi ini selalu dikemaskini dengan senarai hospital dan klinik. Dengan kata lain, sentiasa Up To Date bak kata ala ala Mak Datin gitu.
  5. Ia adalah percuma. Ya, memang percuma dan boleh di download pada Apps Store (iOS) dan Play Store (android) ke peranti yang anda mahukan.

    * imej adalah hakmilik Nurussalam Aziz. Kalau nak guna, dipersilakan.. 🙂