Bank Koperasi Islam

Sudah tentu ada sesetengah orang tidak tahu akan wujudnya Bank Koperasi yang ketiga iaitu Bank Koperasi Islam. Sebenarnya agak lama saya tahu mengenai bank koperasi yang ketiga ini tapi memandangkan ia lebih menjurus kepada sektor kerajaan, maka saya acuh tak acuh skit. Maklum laa, saya ni penjawat swasta..hehe.

Saya cuba mencari beberapa artikel supaya para pembaca dapat mengetahui hal ini lebih mendalam namun hampa kerana masih belum menjumpai sebarang laman rasmi mengenai Bank Koperasi Islam.

 

Petikan ini di ambil dari Artikel berita Harian.

SHAH ALAM: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan mengubah statusnya menjadi Bank Koperasi Islam Malaysia (CIB) yang menumpukan perkhidmatannya kepada perbankan korporat pada Jun 2011.

 Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jika semua berjalan lancar, ia akan menjadi bank koperasi ketiga di negara ini selepas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dan Bank Persatuan Malaysia Bhd (Bank Persatuan).
 “Mereka (ANGKASA) memang dah ada modal yang cukup untuk membuka bank dan kita memang menyokong inisiatif itu. Ketika ini proses ke arah penubuhan bank koperasi ketiga itu sedang dilaksana.

“Saya yakin dengan penubuhan bank koperasi berkenaan, ia akan memberi lebih manfaat kepada semua pihak. Saya juga berharap penubuhannya akan menjadi kenyataan nanti,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Gabungan Koperasi Kredit Selangor di sini, semalam.

Pada majlis itu, lima koperasi kredit di negeri ini mengumumkan penggabungan iaitu Koperasi Koswip Malaysia Berhad; Koperasi Kakitangan Bernas Berhad; Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi Mara Berhad; Koperasi Kredit Pekerja Berhad dan Koperasi Guru Melayu Selangor Berhad.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri menyarankan koperasi di negara ini bergabung bagi membentuk konsortium bertujuan meningkatkan peranannya untuk kepentingan rakyat.
Beliau berkata, formula penggabungan adalah relevan kerana ia memberi nafas baru kepada koperasi sedia ada.

Sementara itu, katanya, semua ahli koperasi yang berjumlah kira-kira 7 juta diminta membuat kad koperasi yang dikenali sebagai Kad Setia bagi membolehkan ahlinya mendapat rebat setiap kali membuat pembelian.

Pautan asal : http://www.bharian.com.my/articles/ANGKASAjadibankkoperasiketiga2011/Article/

Dividen Bank Rakyat 2012 (15% + 5%)

Alhamdulillah, akhirnya apa yang di tunggu sudah diumumkan. Sebenarnya berita ni keluar semalam (26/03/2012), saya agak terlewat sehari kerana sibuk dengan tugas-tugas di pejabat. Rasanya pemegang-pemegang syer Bank Rakyat mendapat ‘durian runtuh’ semalam. Kadar dividen yang sama seperti tahun lepas cuma berbeza pertambahan 5% untuk syer saham. Ok, kenapa Bank Rakyat dapat memberi pulangan yang memberangsangkan dari pelaburan-pelaburan lain (pelaburan berisiko rendah). Saya telah dapatkan beberapa senarai berkenaan isu-isu yang terlibat:
– pembiayaan peribadi kekal sebagai penyumbang utama
– pertumbuhan dalam pendapatan Ar-Rahnu (pajak gadai Islam)
– kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) yang rendah iaitu sebanyak 2.8 peratus
– 75.7%adalah disumbangkan oleh pendapatan berasaskan wasiat, komisen takaful & yuran perkhidmatan ATM

Hala tuju di masa hadapan:
– memperbanyakkan pembiayaan komersil untuk mengimbangi kebergantungan pendapatan dari pembiayaan peribadi
– membuka 10 lagi cawangan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu X’change) melalui sistem francais di seluruh negara
– membuka 9 cawangan baru iaitu satu di Pahang, Johor, Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan dan masing-masing dua di Terengganu dan Sabah

Pembayaran dividen tunai 15% (RM330 juta) dan dividen bonus saham sebanyak 5.0% (RM105 juta).

Rasanya Bank Rakyat menjadi satu porfolio dalam pelaburan berisiko rendah saya namun kekangan untuk menambah pelaburan yang menjadi amat-amat sukar kepada pelabur-pelabur baru. Yang paling best dah patuh syariah (zakat dah tolak tau 2.5%). Saya mesti pilih! Yeah! Nasib baik saya ni dikategorikan sebagai pelabur lama. Hehe.

Sejarah Bank Rakyat

Bank Rakyat yang ditubuhkan pada tahun 1954 merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malysia dan memiliki aset berjumlah RM61.91 bilion pada akhir 2010.

Pada 2003, Lembaga Pengarah telah melakarkan detik bersejarah dengan mengumumkan transformasi utama Bank Rakyat bagi menggantikan Sistem Perbankan Konvensional kepada sistem berlandaskan prinsip Syariah. Kini semua cawangan Bank Rakyat menawarkan produk Perbankan Syariah kepada orang ramai. Bank Rakyat telah mencatatkan kenaikan keuntungan sebelum cukai dan zakat sejak tahun peralihan tersebut dengan keuntungan tertinggi berjumlah RM1.72 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Anugerah demi anugerah telah berjaya diraih oleh Bank Rakyat sebagai pengiktirafan kecemerlangan dan keunggulan Bank, baik di Malaysia mahupun di persada antarabangsa pada tahun lalu.Bank Rakyat gigih mengembangkan produk dan fasiliti pelanggan secara berterusan untuk membolehkan pelanggan menikmati kepelbagaian.

Pelbagai jenis produk perbankan dan fasiliti pelanggan ditawarkan seperti pembiayaan konsumer, komersil serta simpanan dan pelaburan dalam usaha untuk melengkapkan kemudahan perbankan kepada anggota dan pelanggan. Pengenalan produk yang berkualiti, berpelbagai dan berdaya inovatif yang memenuhi keperluan ramai pelanggan, peningkatan bilangan dan tahap kecekapan saluran penyampaian serta penampilan imej korporat yang mesra berjaya meletakkan Bank Rakyat di kedudukan yang sesuai untuk menjadi sebuah Bank Pilihan.

Sehingga hari ini, Bank Rakyat mempunyai 134 cawangan dengan lebih 500 mesin juruwang automatik (ATM – 435) dan mesin deposit tunai (CDM – 150) serta 23 Ar-Rahnu X’change di seluruh negara. Bank Rakyat juga mempunyai pusat panggilan, tele-Rakyat: 1-300-88-1BANK (12265) dan perbankan internet, irakyat.com.my.

Ini adalah laman sesawang rasmi Bank Rakyat. http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/home