Platinum Hospital

fb1

Sebenarnya dah lama AIA memberi kelebihan kepada pelanggan AIA dengan menyediakan hospital yang ‘waive’ (admission deposit @ admission fee @ registration fee @ admission kit) kepada pelanggannya. Kita memang akui, menyediakan RM500 dalam keadaan terdesak agar sukar sebenarnya walaupun ia hanya ‘wang cagaran’ kepada pihak hospital. Jadi, AIA mengambil initiatif dengan menyenaraikan hospital-hospital tanpa deposit ini. Ini merupakan senarai-senarai hospital yang AIA gelarkan sebagai PLATINUM HOSPITAL:

  1. Columbia Asia Hospital
    (Petaling Jaya, Setapak, Puchong, Bukit Rimau, Seremban, Taiping, Iskandar Puteri [Nusajaya], Bintulu, Miri)
  2. Beacon Hospital (Petaling Jaya)
  3. Prince Court Medical Centre (Kuala Lumpur)
  4. Pantai Hospital (Cheras, Ipoh, Batu Pahat, Penang, Sungai Petani)
  5. Sunway Medical Centre (Petaling Jaya)
  6. Tropicana Medical Centre (Petaling Jaya)
  7. Sri Kota Specialist Medical Centre (Klang)
  8. Salam Senawang Specialist Hospital (Senawang)
  9. Mahkota Medical Centre (Melaka)
  10. Kempas Medical Centre (Johor Bharu)
  11. Island Hospital (Pulau Pinang)
  12. Normah Medical Specialist Centre (Kuching)
  13. ~senarai ini akan bersambung nanti~

Selain dari kelebihan tidak mengambil deposit (waive), ada satu kelebihan hospital-hospital ini ialah masa menunggu Guarantee Letter (GL) adalah lebih cepat. GL anda menjadi Top Piority.. tetapi hanya kepada anda yang mempunyai Medical Card AIA sahaja. Dengan kata lain.. GL anda selalu berada dalam mode fast track dalam hospital-hospital platinum AIA.

Hah.. lagi satu, terdapat Harga Ekslusif iaitu diskaun untuk pakej health screening dan servis2 yang lain (pihak hospital akan menentukan).

AIA mengambil initiatif lagi untuk memudahkan pelanggan-pelanggannya dengan memuatnaik (upload) satu aplikasi iaitu AIA Locator. Ya, ianya percuma.. anda boleh memuatturun (download) dari Apps Store (iOS) dan Play Store (android) . Apa maklumat yang anda dapat apabila memuatturun aplikasi ini? Jarak hospital dari tempat anda berada, senarai klinik-klinik panel AIA (Kad Korporat), senarai hospital-hospital panel AIA, senarai hospital-hospital Platinum AIA, Informasi Hospital (Alamat, Telefon, Faks, Website), Harga bilik (Single bed, 2 bedded @ 4 bedded), GPS Map dan Talian Hotline. Banyak manfaatnya bukan?

Tapi semua ini tidak bermakna tanpa anda memiliki Medical Card ekslusif dengan AIA (konventional @ Takaful) sahaja. Jadi, anda boleh menghubungi saya sekiranya berminat dengan AIA Public Takaful : Nurussalam Aziz (014 – 333 6369)

Advertisements

Lain-lain Perangkap: 4. Memberi Hutang Kepada Orang Lain

Anda biasa memberi hutang kepada orang lain? Sekiranya ada, maka berapa mudahkan anda mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan? Boleh dikatakan amat mudah untuk meminjam tetapi amat berat untuk membayar apa yang dipinjam. Ini merupakan kebiasaan manusia yang suka meminjam. Antara anda sedar atau tidak.

Saya tidak terkecuali dari menghadapi situasi sebegini. Kadangkala ada yang membayar tanpa perlu diminta, ada yang perlu diminta baru dibayar, ada yang perlu dipujuk untuk dibayar malahan ada yang dimarah apabila ingin mengambil kembali wang yang pernah dipinjamkan. Itulah lumrah yang saya selalu hadapi sebelum-sebelum ini. Bagaimana peminjam ini berjaya mendapatkan wang daripada saya? Mudah sahaja, mereka akan menceritakan masalah yang mereka hadapi dan dengan penuh bersungguh-sungguh akan cuba melangsaikan hutang itu secepat yang mungkin. Selalunya akan menceritakan akan mendapat gaji atau mendapat pendapatan yang lain dalam masa terdekat. Nasihat saya, kebarangkalian anda tidak akan dapat wang yang dipinjam dalam masa yang diberitahu. Malahan ada sesetengahnya akan mencipta berjuta alasan apabila sampai waktunya.

Mereka tidak akan memahami masalah yang anda hadapi. Pada pemikiran mereka, hanya mereka yang bermasalah. Saya akui pada satu-satu ketika itulah duit yang saya perlukan tetapi saya berikan kepada orang lain kerana saya beranggapan mereka lebih memerlukan. Tetapi apabila diselidik kembali, mereka sebenarnya menjadikan anda sebagai bank yang bergerak. Jadi, disini saya menyarankan kepada anda beberapa tips untuk mengelakkan anda dari terjebak dari perangkap peminta hutang tegar. Antaranya ialah:

  • lihat rekod sejarah penghutang (ini boleh bertanya kepada kawan-kawan pejabat atau sanak saudara). Sekiranya rekod sejarah pembayaran adalah bagus maka risiko untuk pinjaman tidak dibayar adalah rendah.
  • memberi sejumlah wang yang anda ikhlas tanpa mengharapkan bayaran itu dikembalikan. Walaupun jumlah yang dipohon adalah jauh berbeza dari yang jumlah anda berikan kepada mereka.
  • tidak memberi langsung kepada peminjam wang sekiranya anda khuatirkan risiko bayaran tidak dikembalikan.
  • membuat perjanjian hitam putih dan besertakan saksi. Dalam Islam ada menyarankan perjanjian hutang atau pembelian tangguh yang sebegini. Sila lihat pada bahagian Lampiran berkenaan contoh Perjanjian Hutang yang saya praktikkan. Saya bersandarkan kepada terjemahan al-Quran di dalam surah Al-Baqarah iaitu:

“Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah waktu sehingga dia mampu. Dan bersedekah (sebahagian atau semua hutang) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” Surah al-Baqarah, ayat 280

“Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk masa yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (apa yang di tulis itu), dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah dia mengurangkan sedikit pun dari hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu merencanakan, maka hendaklah walinya merencanakan dengan jujur, dan disaksikan dengan dua orang saksi dari orang lelaki (di antaramu). Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa, maka seorang lagi mengingatinya. Jangan saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar, sampai tempoh masa pembayarannya. Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan penyaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (tulislah mu’amalah itu) kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu (jika) kamu tidak menuliskannya. Dan saksikanlah apabila kamu berjual beli dan janganlah penulis dan saksi saling menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah dari kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah, Allah mengajarmu dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” Surah al-Baqarah, ayat 282 

“Jika kamu dalam perjalanan(dan bermuamalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Akan tetapi, jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan penyaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Surah al-Baqarah, ayat 283

Sekarang saya ingin memberi tips tambahan kepada anda. Sekiranya ada peminjam ingin meminjam dalam jumlah wang yang banyak, saya sarankan anda membuat satu perjanjian dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak didepan peguam. Ini menjadikan penjanjian itu lebih profesional malahan boleh digunakan ke muka pengadilan sekiranya perlu. Harus diingat, ini memberi satu kuasa mutlak kepada anda di samping memberi satu komitmen yang bukan boleh dibuat main-main kepada para peminjam anda. Ingin saya nyatakan juga bahawa pinjaman terhadap seseorang yang sudah melebihi 5 tahun, adalah tidak boleh dituntut secara mahkamah. Disebabkan itulah saya menyarankan anda membuat perjanjian hitam putih dan disokong oleh bukti-bukti yang berkait.

Lain-lain Perangkap: 3. Bitcoin dan Phishing Scams

Dengan peredaran sistem maklumat yang semakin pesat, terdapat juga individu, syarikat malahan program yang berada di dalam kategori berhati-hati. Pelbagai program baru akan dipaparkan bersandarkan kepada isu semasa seperti emas, kejatuhan matawang dan saham. Mungkin anda terdengar tentang isu baru iaitu matawang digital iaitu Bitcoin. Pada 2 Januari 2014, Bank Negara Malaysia ada mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini. Sehingga kini, BNM masih belum mengiktiraf matawang Bitcoin untuk digunakan di Malaysia. BNM juga menyatakan bahawa urusniaga Bitcoin tidak akan dikawal selia dan diurusniagakan di Malaysia. Oleh itu, saya mengharapkan anda tidak mencuba untuk menggunakan matawang digital ini kerana terdapat banyak lagi pilihan yang ada di dalam Malaysia sendiri.

Terdapat satu kegiatan yang dinamakan sebagai mencuri maklumat kewangan atau lebih dikenali dengan nama Phishing Scams. Ia merupakan kegiatan mencuri maklumat kewangan yang menggunakan medium e-mel, telefon, laman sosial dan pelbagai lagi. Oleh itu, elakkan memberi, mendedahkan atau menulis secara terperinci tanpa melihat orang yang memintanya.

Kegiatan ini akan menghantar e-mel bahawa akaun bank anda mempunyai masalah dan memerlukan anda memberi maklumat terperinci sehingga kata kunci rahsia anda. Ada yang menghantar surat melalui emel yang menyatakan bahawa mereka mempunyai banyak wang dan ingin menggunakan akaun bank anda sebagai perantara. Ada juga yang menyatakan anda telah memenangi sejumlah wang dari peraduan-peraduan yang ditawarkan malahan ada sesetengahnya anda tidak pernah mengambil bahagian dalam peraduan tersebut. Pelik bukan?

Kegiatan ini juga ada membuat panggilan dengan bertanya secara terperinci mengenai kad kredit anda. Secara jujurnya, lebih baik anda tidak mendedahkan kepada orang yang membuat panggilan tersebut. Adakah anda tahu bahawa nombor didepan kad kredit adalah nombor standard untuk kad kredit sesuatu bank. Dengan memperolehi nombor sekuriti dibelakang kad kredit anda, maka mereka mempunyai kuasa untuk menggunakan kad kredit anda sesuka hati.

**Adakah anda tahu bahawa pautan https://… adalah lebih baik tahap sekuritinya daripada http://… Ini adalah amat bersesuaian sekiranya anda melakukan sebarang transaksi pindahan wang.