Sesi Buka Akaun Emas Junior

kuwait jrAlhamdulillah, akhirnya saya mampu untuk membuka akaun emas untuk anak – anak. Satu impian yang saya memang impikan untuk anak – anak semoga mendapat ‘modal permulaan’ apabila besar nanti.

Pada mulanya, memang terasa seakan masih rugi kerana harga emas masih belum berada pada kedudukan yang saya ingini kerana harga emas tengah menurun. Namun, memandangkan ini merupakan ‘very long investment‘, jadi saya beli juga. Lagipun pada ketika ini, harga emas sudah berada di bawah RM150 segram.

Ok, bercerita mengenai membuka akaun emas junior di Kuwait Finance, ia amat mudah iaitu harus membuka akaun simpanan dahulu dan kemudian membuka akaun emas. Oh, sebelum terlupa. Untuk membuka akaun emas junior, anda harus membeli sekurang-kurangnya 5 gram emas. Untuk 5 gram, anda akan mendapat cenderahati berupa alat tulis dan buku mewarna boboi boy, tapi untuk mendapat tabung pula.. anda harus membeli 10 gram emas. Selepas itu, anda boleh menambah beli seminima 1 gram sahaja. Memandangkan anak-anak masih di bawah umur maka akaun mereka akan menjadi akaun rangkaian kepada akaun utama. Setentunya saya mengunapakai akaun saya sebegai akaun utama, ini untuk memudahkan urusan jual beli di kemudian hari.

Di dalam keadaan hujan yang agak lebat, semua urusan dapat diselesaikan sebaiknya. Orang kata, ketika hujan rezeki pun turun bersama jadi setentunya diharap rezeki anak-anak saya diberkati dan halal seperti hujan yang turun ketika itu. Insya’allah..

Isteri saya juga mendapat pemberian emas di KFH ini tetapi memandangkan artikel ini berkisar tentang akaun emas junior, maka bab pembelian emas untuk isteri..saya abaikan. Hehe..

Advertisements

Penyelesaian Hutang PTPTN dapat diskaun 20%

ptptnDengan berita daripada Perdana Menteri kita yang akan memberi diskaun sebanyak 20% kepada pemimjam yang membayar secara penuh dan 10% kepada pemimjam yang membayar secara ansuran tetapi tetap. Ini merupakan satu berita baik kepada pemimjam seperti saya.

Namun begitu, saya agak teragak-agak untuk membuat pembayaran memandangkan parti pembangkang ingin memansuhkan yuran ptptn sekiranya mereka menjadi parti pemerintah. Satu godaan yang amat tinggi pada pengamatan saya. Jadi akhirnya saya mengambil keputusan untuk ‘tunggu dan lihat’ sehinggalah pilihanraya yang ke-13 ini selesai.

Akhirnya keputusan yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia akhirnya diketahui iaitu parti pemerintah yang lama masih menerajui kerajaan Malaysia. Jadi setentunya formula 20% menjadi idaman saya. Pada saya, bagus juga memberi diskaun kepada pembayar sekiranya pemimjam membayar awal. Ini mendidik pemimjam supaya memansuhkan hutang secepat yang mungkin. Ia memberi satu kesan yang positif daripada mengguna pakai terma-terma menghukum kepada pemimjam.

Daripada sibuk dengan “mega sale” di pasaraya, baik saya capai “mega sale” di ptptn. Sudah tentu, semakin besar hutang anda, lagi banyak anda dapat jimat. Sebagai contoh: sekiranya baki pinjaman anda adalah RM10,000, tentulah penjimatan anda adalah RM2,000. Sekiranya baki pinjaman anda adalah RM60,000, setentunya penjimatan anda adalah RM12,000. Banyak bukan!!

Memandangkan ketika itu saya sudah bercuti, maka langkah pertama iaitu mendapat penyata untuk menyelesaikan hutang. Ini mudah sahaja, ambil nombor, tunggu giliran dan mintak penyata untuk menyelesaikan hutang secara penuh. Dari situ, satu penyata akan diberikan kepada anda dan yang paling bagus ia adalah PERCUMA. Setelah dapat penyata tersebut saya pulang ke rumah dan membuat kira-kira adakah berbaloi atau tidak untuk membuat pembayaran penuh. Sebelum ini pun, saya buat pembayaran lebih dari yang sepatutnya. Setelah di tilik dan di kira, akhirnya kata putus di buat iaitu membuat pembayaran penuh. Beberapa keputusan di ambil berdasarkan hutang adalah wajib di bayar, penjimatan yang wujud, memberi kebebasan berhutang lebih awal kepada saya dan memberi ruang saya untuk berada di posisi ‘menyerang’ kewangan yang lebih agresif.

Keesokkan hari, saya terus ke pejabat ptptn dan menyelesaikan hutang ptptn yang selama ini membelenggu untuk beberapa tahun ke belakangan ini. Daripada jimat 10 tahun hutang ptptn, kini saya sudah jimat sehingga 15 tahun secara kasarnya. Pembayaran sudah di buat dan saya mendapat surat pelepasan hutang dari pihak ptptn dan macam-macam surat lagi. Kalau tidak silap saya, ada 3 dokumen semuanya. Maka dengan adanya diskaun-diskaun begini, ia memberi impak positif kepada poket kewangan saya.

Sekiranya anda ingin tahu bagaimana perasaan menyelesaikan hutang, anda boleh mulakan dari sekecil-kecil hutang hinggalah sebesar-besar hutang. Perasaan saya ketika itu, priceless dan bersyukur.

“Selamat membayar apa jua hutang kepada anda.”

Tips: Panjatkan doa kepada Pencipta anda agar dipermudahkan untuk membayar hutang dan mengelak dari mengambil hutang yang tidak berfaedah.