Cukupkah wang anda?

Hari ini dengan sedikit kelapangan ingin membuka minda anda tentang kewangan. Seperti yang sedia kita maklum, terdapat pelbagai istilah yang menyatakan tentang wang. Ada yang menyatakan:

  • tanpa wang kita tidak boleh hidup
  • jangan menjadi hamba wang
  • anak orang kaya bolehlah kaya
  • wang menyenangkan kehidupan dunia dan akhirat
  • wang membuat seseorang menjadi ego

Sebenarnya, pada pendapat saya.. wang tidak salah. Tapi yang salahnya adalah diri sendiri. Kita lihat ramai orang merungut perihal ketidakcukupan wang. Ada sahaja yang tidak cukup tapi pernahkah anda melihat apa hutang yang ‘perungut’ itu ada? Selalunya orang yang merungut itu mempunyai hutang yang menimbun. Dengan hutang yang tidak baik terlampau meninggi. macam mana ‘perungut’ itu hendak nampak pihak yang elok apabila adanya wang? Sebenarnya ‘perungut’ ini hanya bijak membuat hutang tapi tidak pandai membunuh hutang. Kalau banyak hutang yang tiada nilai naiknya (hutang positif), bagaimana anda mahu kehidupan yang lebih selesa. Saya tidak menyatakan bahawa anda seharusnya kaya baru boleh hidup, saya cuba menyatakan bagaimana anda mahu hidup “selesa” dari hari ke sehari anda.

Orang yang berjaya dalam kewangan (selesa, kaya dan amat kaya) mempunyai sifir yang mudah iaitu wang membina wang. Ia boleh dikatakan sebagai pendapatan pasif mereka untuk membeli sesuatu atau menambah kekayaan mereka. Manakala orang yang tidak berjaya dalam kewangan (menengah dan bawah) hanya akan bergantung kepada pendapatan aktif mereka. Jadi, apabila pendapatan aktif sudah tidak mampu dicari.. maka di situlah akan bermula masalah. Boleh dikatakan sifir yang digunakan ironinya adalah wang membakar wang. Saya tidak salahkan kepada orang kelas bawah kerana ada diantara mereka yang amat berjaya bermula dari bawah seperti Tan Boon Siew, Syed Mokhtar, Robert Kuok dan lain-lain lagi. Jadi tiada istilah sekiranya anda kaya barulah anda berjaya. Tidak semestinya, yang penting bagaimana anda ingin mencorak kehidupan anda, berapa kuatkah anda untuk berubah dan apakah ilmu yang anda cari.

Saya menceritakan kisah ini kerana saya ingin anda sedar dari lamunan. Tidak perlu marah, demo dan menceritakan masalah kepada dunia. Ini semua akan memudahkan anda mendapat sakit jantung dan darah tinggi. Anda harus mencari penyelesaian dan buang sifat alasan. Buang sifat salahkan orang lain sebaliknya tujukan jari itu kepada anda. Anda salah kerana anda selalu ingin berada dalam keadaan selesa @ selamat. Buat perubahan untuk diri dan lakukan pengorbanan. Insya’allah dengan usaha yang dilakukan, anda akan dapat melihat perubahan yang positif seawal 1 tahun. Memang anda akan rasa tertekan dipermulaannya, Namun persepsi dan mental anda akan berubah apabila melihat nilai yang positif. Usah berfikir apa orang fikir terhadap anda sebaliknya anda lakukan kerana inginkan perubahan.

Di dalam Islam, terdapat 2 kategori sahaja iaitu orang memberi atau orang yang menerima. Dan setentunya orang yang memberi adalah lebih baik dari orang yang menerima. Bagaimana anda mahu memberi sekiranya anda selalu ingin menerima. Mudah bukan? Ditambah pula Rasullah SAW amat mengemari orang Islam yang kuat (dalam pelbagai segi..dari konteks ini adalah kewangan) daripada orang Islam yang lemah. Ini menunjukkan pentingnya kualiti daripada kuantiti. Jadi, anda boleh fikirkan dipihak manakah anda? Saya tidak menilai anda tapi hanya anda yang boleh menilai diri sendiri. Saya dahulu seorang yang buta kewangan tapi disebabkan ingin perubahan, saya makin memahami apa itu kewangan. Malahan ia bermula daripada kewangan peribadi. Sekiranya kewangan peribadi tidak betul maka ia akan merantai aspek-aspek yang lain.

Ingat pesanan saya “Mengawal atau Dikawal”. Semoga membantu..

 

Advertisements

Sejarah Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Mungkin ramai di antara kita tidak pernah mengemaskini penyata KWSP untuk setiap tahun. Namun begitu, untuk kakitangan swasta seharusnya mengambil berat akan isu ini kerana penjawat swasta tidak memiliki skim pencen untuk hari tua. Di sini saya sertakan sejarah pemberian dividen kwsp kepada para pencarumnya. Ia merupakan satu senarai yang amat panjang untuk dilihat dan diteliti.

sejarah dividen kwsp

Harus diingat bahawa simpanan KWSP adalah belum ditolak zakat simpanan dan terdapat pelbagai perbezaan pendapat mengenai cara pembayaran zakat melalui KWSP ini. Ada yang beranggapan zakat hanya dikenakan kepada jumlah yang dikeluarkan untuk apa-apa urusan dan ada satu lagi pendapat yang menyatakan zakat perlu dibayar untuk jumlah simpanan setiap tahun.

Karakteristik orang yang bebas “mengawal” kewangan (debt-free)

orang kaya2014 baru sampai 1 bulan setengah telah berlalu, mungkin sudah ramai yang sudah mula merasa keperitan taraf hidup. Mungkin kurang di kampung-kampung, tapi di bandar adalah amat berlainan sekali. Mungkin di kampung-kampung, anda hanya terasa tempiasnya tetapi di bandar-bandar, anda akan mengalaminya secara terus. Tidak semestinya anda mempunyai gaji yang berbelas-belas ribu, anda adalah bijak dalam menguruskan kewangan. Mungkin anda bijak mencari wang tapi belum tentu anda pandai mengawal wang anda. Sifir saya cukup mudah, berapa peratus daripada wang gaji anda yang tersisa apabila hujung bulan menjelma? 100%, 50%, 30%, 10%, 1% atau tiada langsung? Atau mungkin wang gaji anda tidak cukup, jadi anda harus menambah nilai gaji tambahan dengan kad kredit.. hanya anda yang tahu. 🙂

Di sini saya ingin memberi panduan kepada anda sekiranya anda ingin mencari golongan manusia yang mengawal kewangan mereka @ seorang yang bebas hutang:

– Mereka mempunyai matlamat tentang kewangan mereka. Mereka tahu berapa jumlah yang perlu mereka ada dalam lingkungan jangka panjang, sederhana dan pendek. Sebagai contoh, dalam 20 tahun mereka mempunyai nilai wang sebanyak RM1 juta, 10 tahun mempunyai RM500 ribu dan 5 tahun mempunyai simpanan RM250 ribu. Matlamat mereka jelas, ini menjadikan mereka akan menyusun strategi dari langkah 1 dan langkah yang seterusnya.

– Mereka membuat ‘checklist’ dalam wang yang dimiliki setiap bulan. Setiap bulan, mereka sudah membuat beberapa pecahan simpanan, perbelanjaan, kecemasan dan lain-lain lagi. Jadi, mereka tidak risau kerana mereka sudah membuat pecahan. Sebagai contoh, 10% daripada gaji yang diterima..terus disimpan ke dalam akaun kecemasan (sekiranya belum mencukupi).

– Mereka ini selalunya hidup di bawah paras wang yang mereka perolehi. Ini menjadikan mereka selalu mempunyai wang untuk menyimpan, membuat pelaburan mahupun membayar hutang. Mungkin pada mulanya anda merasa kekok atau janggal, tapi apabila ia menjadi sesuatu yang rutin. Tiada masalah untuk anda! Sebagai contoh, anda mempunyai gaji bersih RM3000, maka anda boleh memilih untuk beranggapan anda berada diparas gaji yang mana. RM2500, RM2000 ataupun mungkin RM5000.

– Mereka selalu tahu apa yang mereka perlu tahu. Selalunya mereka boleh memberi pandangan kadar faedah yang selalu dikenakan oleh kad kredit, pinjaman peribadi dan lain-lain lagi. Dan mereka juga tahu berapa peratus pulangan kadar keuntungan apabila diletakkan didalam pelaburan A, B mahupun Z. Jadi mereka menjadi orang yang tahu dalam pelaburan yang mereka selami.

– Mereka tidak segan untuk bertanya kepada orang yang telah berjaya. Mereka akan cuba mencungkil rahsia orang yang lebih berjaya daripada mereka. Ini menjadi mereka selalu mempunyai cabang pilihan untuk di buat dan disebalik itu, ada daripada orang yang berjaya menjadi sumber inspirasi kepada mereka. Anda boleh dapatkan tips daripada orang yang telah berjaya.

– Mereka merupakan penyimpan wang dalam diam. Selalunya mereka jarang memakai pakaian yang mengikut fesyen, mempunyai pelbagai gadjet (sekiranya adapun, itu hanya untuk menjana wang) dan lain-lain lagi. Mereka ini sedaya upaya untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

– Bijak menjana wang. Anda pernah dengar menjana wang dari duit RM1? Biasa dengar Tony Fenandez, dia boleh mencipta pelbagai syarikat hanya bermula dengan syarikat yang bernilai RM2. Atau mungkin diwaktu kecil dahulu, ada kawan-kawan anda yang membeli satu plastik gula-gula dan dipaketkan kepada plastik yang lebih kecil untuk dijual kepada anda mahupun kawan-kawan yang lain. Itu dinamakan teknik menjana wang!

– Anda boleh melihat apa yang mereka baca, bercakap malahan menonton rancangan televisyen yang mereka minati. Sebagai contoh, orang yang meminati fesyen..akan sentiasa up to date dengan informasi fesyen. Ini dikatakan tidak mahu ketinggalan! 🙂

– Anda juga boleh melihat kawan-kawan mereka. Seorang penyimpan atau seorang ‘spender’? Orang yang menyimpan wang selalunya akan berada di dalam golongan yang menyimpan wang. Begitu juga orang yang selalu berbelanja, akan berada dikelompok orang yang berbelanja. Anda berada dikelompok mana yer?

Saya tidak nyatakan bahawa mereka yang bebas kewangan adalah seorang yang kedekut, tetapi mereka sudah membuat tabung dalam pelbagai bahagian. Jadi sekiranya untuk bulan itu mereka sudah menetapkan belanja RM1000, maka mereka akan menggunakan sekadarnya. Sebab mereka tahu nilai wang walaupun hanya RM1. Tanpa RM1, anda tidak akan digelar jutawan walaupun dalam simpanan anda ada RM999,999.99.