Bab 1: Tiada Kehendak, Tiada Kemajuan

Hmm… Di dalam bab 1 ini saya akan menceritakan serba sedikit kisah silam saya sebelum saya menceritakan perkembangan demi perkembangan di dalam bab-bab yang lain. Biar saya membawa anda kembali ke zaman kanak-kanak dan remaja saya. Boleh dikatakan pada waktu itu saya tidak tahu langsung apa itu ASB, pelaburan dan lain-lain yang untuk mengembangkan duit. Bagi saya, ‘enjoy the day’. Jadi pada waktu ini, tiada sebarang mentor mahupun ilmu yang saya dapat untuk melaburkan duit untuk sebarang pelaburan.

Boleh dikatakan saya suka melepak-lepak di rumah kerana pada wakti kecil, ummi saya amat melarang saya untuk bertandang ke rumah kawan-kawan sekolah. Lama kelamaan, fenomena ini sudah menjadi kebiasaan. Memang saya boleh melepak dalam rumah selama seminggu, takde masalah. Apabila membawa ke remaja dan masih bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, saya hanya tahu bermain bola sepak dan permainan arked. Pada waktu itu, permainan arked amat murah. Sekadar 20 sen untuk satu ‘nyawa’. Pada waktu itu, permainan “Street Fighter” dan “Snow Ball” adalah permainan kegemaran anak-anak muda. Boleh dikatakan saya akan bermain permainan ini dengan baku duit sekolah. Menabung memang takde laa dalam kamus hidup. Tarikan permainan arked memang tinggi pada waktu itu. Tabung DIY memang ada, tapi selalunya tidak berisi dengan duit lebihan belanja makan di sekolah hari-hari.

Semasa saya mendapat keputusan PMR yang agak baik, saya mula ingin keluar dari negeri kelahiran dan meninjau negeri-negeri di semenanjung. Pada asalnya saya memilih Sekolah Menengah Teknik Alor Setar (Kedah) sebagai pilihan pertama. Pada waktu itu, keputusan yang saya dapat tidak memungkinkan saya dapat belajar di MRSM (pada waktu ni amat tau). Sudah tentu Sekolah Menengah Teknik menjadi pilihan dan saya memilih untuk mengambil Mechanical Engineering (berangan-angan untuk jadi engineer sebenarnya). Saya takde laa mengharap sangat tapi sekadar mencuba untuk belajar di sekolah yang berlainan jenis. Tiba-tiba masa saya balik, dapat surat tertulis nama saya. Pada mulanya memang pelik sebab saya ni bukannya ada apa-apa urusan yang formal pun. Sekali bukak surat yang bersaiz A4 ni, yahuuuu…tawaran belajar sudah sampai. Bersorak laa kejap kat rumah dan setentunya ummi saya yang menerima khabar gembira yang pertama ini. Bila dibelek-belek, saya perlu mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Teknik Arau (Perlis). Hmm…betul-betul hujung Malaysia dier kasi ni. Takde masalah pun, janji leh belajar di sekolah lain.

Memandangkan abang sulung saya sudah tahun akhir di ITM (sekarang dikenali dengan UiTM) dalam jurusan business, jadi abang saya lah yang menguruskan urusan pendaftaran di sekolah baru ni. Tapi kalau di ingat kembali, agak lucu cara pemakaian saya pada hari pendaftaran. Pelajar-pelajar baru lain, semuanya kemas berbaju sekolah. Saya pulak, hanya pakai seluar hijau gelap dan berbaju t-shirt polo made in thailand saja. Ohh.. lupa, t-shirt ni berwarna coklat gelap dan berbelang halus hijau. Tapi saya tetap kemas kerana baju tu, saya ‘tuck in‘. Setelah selesai segala urusan pendaftaran, maka bermulalah hidup saya di asrama yang hanya ada kaum lelaki sahaja. Pada waktu ni, takde pun nak fikir sangat hal-hal pompuan tapi lebih kepada main bola dan hang out ngan kawan-kawan je. Rasanya itu je laa lebih kurang kehidupan saya dari zaman kanak-kanak hinggalah tingkatan lima. Tiada kemajuan dari segi menyimpan dan membuat sebarang pelaburan long investment.

Tapi seingat saya, ada satu sahaja sifat positif saya. Jika saya mahukan sesuatu, saya akan kumpul duit dari perbelanjaan bulanan saya. Boleh dikatakan saya ada membeli barangan berjenama adidas dalam beberapa koleksi topi dan beg. Kali ni original punya, takde made in Thailand. Hehe. Lesen motosikal pun, adalah hasil menyimpan juga. Kira ok la, tak nyusahkan ayah dan ummi. Boleh dikatakan saya ni jenis ‘independant‘. Di umur muda belia ni, saya meminati jentera dua roda. Amat meminati…walaupun pada waktu saya menaip perihal artikel ini. Bukan calang-calang kehendak saya ni, sebuah motor replika racing dari MotoGP. Rasanya ramai yang tahu motor, “aprilia 125 extrema“. Memang motor idaman saya pada waktu itu, sekarang pun ada lagi perasaan teringin tu. Itulah kehendak saya yang paling mahal pada waktu tu. Bukannya murah, sudah mencecah RM2x,xxx. Kalau motor kapcai ni, saya rasa biasa-biasa je. Takde la teringin atau berangan-angan.

Itulah angan-angan yang menjadi kehendak saya untuk beberapa tahun. Nak tahu adakah saya dapat mengapai kehendak ni, saya akan ceritakan lagi di artikel yang lain. Pada permulaan ni, saya kasi anda baca ringan-ringan dulu sebab ni cuma sejarah hidup saya. Tak boleh lah cerita semuanya, kang panjang lak citernya. Hehehe…

Advertisements

Pembuka Lembaran “Road to Millionaire”

NurussalamAzizTerlebih dahulu, saya ingin ucapkan terima kasih bebanyak kepada para pembaca yang sudi membaca beberapa artikel di dalam blog ini. Ok, ini hanyalah berkisar tentang hidup saya menuju ke jalan jutawan. Ini bukanlah satu jalan yang wajib anda ikuti tetapi saya hanya memberi petunjuk bagaimana saya cuba untuk menjadi salah seorang jutawan senyap di Malaysia. Bak kata pepatah : nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Boleh dikatakan saya cuba menggunakan pelaburan dan kewangan yang mengikut shariah. Memang boleh dikatakan banyak pelaburan-pelaburan yang bersifat tidak patuh shariah, tetapi saya cuba sebaik-baiknya untuk mengelak dari terlibat dengan pelaburan-pelaburan yang tidak patuh shariah. Dahulu boleh dikatakan pelaburan-pelaburan yang mengikut shariah adalah terlalu limited tetapi alhamdulillah, sekarang sudah banyak pelaburan-pelaburan patuh shariah yang kompetitif.

Sekiranya anda ingin tahu mengenai sejarah kewangan keluarga saya. Saya bukanlah bermula sebagai anak orang kaya atau mendapat harta dari keluarga yang mencurah-curah, saya belajar dari bawah. Boleh dikatakan amat bawah kerana dahulu hidup saya terbelenggu dengan bebanan hutang setiap bulan. Boleh dikatakan dahulu saya bekerja untuk membayar hutang semata-mata. Kalau saya di buang kerja pada waktu itu, saya boleh dikategorikan sebaga muflis. Dalam poket adalah kosong pada setiap bulan. Alhamdullillah, berkat belajar dengan cara yang perit tahun demi tahun, nampaknya saya sudah berada di landasan yang betul untuk menuju ke jalan jutawan. Saya ingin perubahan dalam hidup saya sendiri. Itu tekad saya pada waktu itu,

Saya akan pecahkan kepada beberapa bahagian seperti sebuah buku supaya memudahkan anda membaca artikel-artikel ini pada bahagian yang tertentu. Ini memungkinkan anda ingin membaca pada bahagian yang sukar dalam hidup saya atau anda ingin melompat terus kepada bagaimana jalan-jalan menuju jutawan yang saya pilih. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya anda gagal setelah mengikut cara saya kerana mungkin cara ini adalah sesuai untuk saya sahaja. Ini kerana setiap orang akan tahu kedudukan kewangan tersendiri dan setiap orang mempunyai keinginan atau kekuatan yang tersendiri.

Sebelum saya meneruskan perjalan “road to millionaire“, izinkan saya mengucapkan bebanyak terima kasih kepada keluarga saya yang menjadi pendorong untuk saya lebih maju di dalam faktor kewangan dan memberi keyakinan untuk terus berusaha. Tidak lupa juga kepada Allahyarham Wan Abdul Aziz (ayah saya), ummi, abang-abang, kakak dan adik-adik saya yang menjadi contoh untuk saya lebih maju ke hadapan. Tidak lupa juga kepada bekas kawan sekerja saya yang memperkenalkan atau membuka ‘suis’ tentang dunia kewangan iaitu saudara Farizal Hassan. Tidak terlepas pada kawan-kawan yang juga menjadi kawan ‘sparing‘ untuk berkongsi idea secara fizikal mahupun maya. Terakhir sekali, kepada mentor saya iaitu Robert Kiyosaki, Ustaz Zaharuddin dan Azizi Ali yang banyak memberi idea-idea yang bernas di dalam buku-buku penulisan yang terdapat di pasaran. Tidak terlupa juga kepada penulis-penulis buku yang saya tida sebutkan di dalam ini. Terima kasih untuk semua!!

Kesibukkan yang melanda dengan 3D HD view scene (freelance job) part 2

Alhamdulillah, nampaknya kesibukkan yang melanda dengan 3D HD view ini, telah berada di penghujung. Sebenarnya kerja ni dah selesai, tapi ada penambahbaikkan sikit yang di ‘request‘ oleh klien. Lagipun kerja-kerja penambahbaikkan ni melibatkan software yang belum pernah saya guna, jadi takde masalah bagi saya sebenarnya. Sambil-sambil belajar benda baru, dalam masa yang sama boleh kasi pandangan positif kepada klien (mana laa tahu kot-kot ada kerja freelance lagi) dan dapat polish kembali kerja-kerja 3d ni. Dah lama tak pegang software ni sebenarnya..hehe.

Bayaran pun dah dapat. So bagi saya dah ok laa. Klien ok dari segala segi (payment dan task). Lupa pulak nak ambil sample kerja, kalau tak boleh laa kasi anda tengoh hasilnya. Tapi kena guna 3d spectacle aa. Kalau tak, memang berbayang imej tu. Adios..