Kad Caj Al-Rajhi dibekukan

bank_alrajhi copy

 

 

 

 

Kepada sesiapa yang ingin membuat kad caj al rajhi, nampaknya anda akan hampa seperti saya. Pada dua minggu lepas, saya ada membuka kembali akaun di al rajhi dengan harapan untuk membuat permohonan kad caj. Pada pengamatan saya, kad ini memenuhi kriteria saya iaitu:

  • ada 50 hari tanpa caj
  • bayar “lumpsump”, ini untuk mengelak amalan bayar minima seperti di kad kredit
  • mengikut shari’ah

 

Namun begitu, apabila bertanya kepada ahli bank untuk membuat permohonan. Kata-kata dari staf bank yang amat meruntuh jiwa “Emm..encik. Buat masa sekarang kad caj ini telah dibekukan”. Aisehman..kemudian saya bertanya mengapa kad caj ini dibekukan. jawapan staf bank tersebut lagi menghiris hati yang lara ini “Tak tahu laa encik”. Hahaha.. terlepas lagi peluang nak guna kad caj ni.

Pada pendapat saya, ada beberapa sebab yang mungkin menjadi kad caj ini dibekukan:

  • ada pembayar yang tidak baik iaitu tidak bayar mengikut masa yang ditetapkan
  • ada pembayar yang menyalahgunakan kad caj tersebut
  • kad caj ini tidak membawa keuntungan besar kepada pihak bank

Harapan saya biar kad caj ini dinyahbekukan, supaya saya leh mohon.. Hehe.

Berapa nilai dana kecemasan anda??

Apa itu dana kecemasan? Mungkin ada pembaca yang sudah tahu dan mungkin juga yang belum tahu. Dana kecemasan merupakan satu dana yang meliputi perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Sebagai contoh: Gaji anda ialah RM 1,100 tetapi perbelanjaan bulanan anda adalah RM900. Maka RM900 itu adalah sebagai tanda aras untuk anda membuat simpanan kecemasan. Dana kecemasan ini berbeza untuk anda sekiranya anda bekerja sendiri, bekerja swasta dan bekerja dalam sektor kerajaan. Adalah digalakkan anda mempunyai simpanan untuk dana kecemasan seperti:

  • Bekerja sendiri: 1 tahun @ 12 bulan perbelanjaan bulanan anda
  • Bekerja Swasta: 6 bulan perbelanjaan bulanan anda
  • Bekerja Kerajaan: 3 bulan perbelanjaan bulanan anda

Namun begitu, dana kecemasan yang berada dalam lingkungan 6 – 12 bulan adalah lebih baik. Ini untuk menjadi satu dana kecemasan sekiranya anda kehilangan pekerjaan. Lagi banyak anda ada dana kecemasan, maka adalah lebih baik.

Ok, sekarang anda tertanya pula ke mana harus di simpan dana kecemasan ini. Adakah di rumah, di bawah bantal atau di tanam di dalam tanah. Jawapannya ialah di mana-mana yang anda rasa selamat dan senang untuk dikeluarkan sekiranya terdapat hal kecemasan anda iaitu anda sudah tidak dapat gaji dari hasil pekerjaan. Mungkin Tabung Haji dan ASB boleh menjadi pilihan utama kerana kecairan untuk masuk dan keluar adalah mudah dan dengan tambahan dividen yang agak kompetitif. Kalau dalam akaun simpanan, dividen adalah amat sedikit. Tapi itu terpulang kepada anda..

Jadi sebelum anda membuat sebarang pelaburan, buat dana kecemasan anda dahulu. Ini untuk mengelakkan sekiranya anda tiada sumber pendapatan, maka pelaburan anda akan tergadai. Anda sanggup? Saya tidak sanggup untuk kehilangan aset pelaburan saya.

Mulakan dana kecemasan anda dari sekarang.. simpan sebaik yang mungkin. Selamat menyimpan.

Pembelian kereta mengguna teori 20/4/10

Semasa saya duduk membelek berkenaan isu-isu kewangan, saya terpandang dengan satu artikel berkenaan pembelian kereta dengan teori 20/4/10. Pada mulanya saya beranggapan ia adalah tarikh dan ternyata tekaan saya silap sama sekali. Sebenarnya teori ini ialah:

  1. Meletakkan sekurang-kurangnya 20% duit muka (downpayment)
  2. Membiayai kenderaan untuk tidak lebih daripada empat tahun
  3. Pastikan jumlah perbelanjaan bulanan kenderaan – termasuk prinsipal, faedah, dan insurans – di bawah 10% daripada pendapatan kasar

Mike Sante, managing editor dari Interest.com menyatakan “What this research indicates, more than anything, is that a lot of Americans are spending too much money on their cars.”

Car costs are one of the most controllable parts of a household’s budget. For example, if you live in New York City or San Francisco, you’re probably going to have to pay a lot for housing, but you don’t have to pay a lot for a car. You’re better off driving something more affordable and saving or investing the difference.”

Apa yang boleh saya simpulkan dari artikel ini, ia boleh dijadikan sebagai panduan untuk kita membeli kereta. Walaupun ia hanya digunapakai di negara USA, tapi tiada salahnya kita gunakan untuk diri sendiri. Ini untuk memberi gambaran yang lebih positif terhadapa tahap kewangan kita.

Selalunya apabila kita membeli kereta, kita akan melihat berapa banyak yang kita mampu bayar semaksimum yang mungkin dengan tangga gaji yang diperoleh. Namun, kadang-kadang kita lupa yang setiap kenderaan ada wear and tear, ada cukai yang harus di bayar dan ada sesuatu yang terjadi secara mengejut. Dan tidak lupa juga, kita nanti akan ingin membeli rumah, berkahwin dan memiliki cahaya mata. Jangan hanya disebabkan sebuah kereta, kita tersangkut untuk membuat keputusan di masa hadapan yang meliputi 7 – 9 tahun (tempoh pinjaman kenderaan).

Mengikut sumber dari – The Star online. Ia merupakan situasi yang terjadi di Malaysia iaitu individu yang bankrap dari hutang kereta melebihi dari hutang peribadi, rumah, bisnes, korporat, kad kredit, cukai pendapatan, pendidikan dan lain lain. Mungkin anda terkejut tapi itulah realiti yang harus kita telan apabila ada sumber yang dapat mengesahkannya.

29,338 orang bankrap disebabkan hutang kereta.

Kenyataan di Parlimen yang dibentangkan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Punca-punca individu di Malaysia muflis seterusya disebabkan oleh:

Hutang peribadi – 15,299

Hutang rumah – 14,327

Hutang bisnes – 14,327

Hutang korporat – 6,127

Manakala bankrap sebab kad kredit cuma sebanyak 5,735 kes.

Hutang cukai pendapatan (1,112), hutang pendidikan (196)  dan lain-lain (24,975).

Sehingga 2005 – April 2012 seramai 116,379 dan golongan berusia 35-44 tahun yang paling ramai melibatkan 37,493 orang.