Sejarah Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB)

sejarah dividen asbKali ini saya membuat kira-kira untuk memudahkan anda yang melabur dalam Amanah Saham Bumiputera atau lebih dikenali dengan nama ASB. Semoga menjadi rujukan kepada para pelabur diluar sana apakah kiraan sebenar apabila zakat simpanan dikenakan ke atas duit pelaburan kita @ duit simpanan kita. Kiraan 2.5% setahun (apabila cukup haul) diletakkan sebagai benchmark supaya memudahkan umat islam khususnya memahami bahawa setiap pelaburan @ simpanan yang cukup nilainya haruslah dizakatkan.

Saya sering mengingatkan diri saya sendiri bahawa setiap wang yang diberi kepada kita, ada bahagiannya untuk orang lain. Dengan berzakat, semoga simpanan kita ini disucikan. Kita harus ingat bahawa hukum pelaburan ASB masih berada di tahap syubhah kerana ada pertelingkahan antara status Harus dan Haramnya. Rasanya tidak perlu saya perdebatkan atau menceritakan mengapa ada isu yang bertelingkah khususnya pelaburan ASB ini. Anda boleh lihat orang – orang yang cerdik pandai menceritakan secara panjang lebar mengenai isu ini. Anda hanya harus memilih adakah anda menggunakan konsep ‘darurat’ lalu mengambil pakai fatwa Harus atau anda mengambil pendekatan yang menolak pelaburan tidak berkonsepkan syariah maka anda boleh menggunakan fatwa Haram.

Apa yang ingin saya tekankan di sini bahawa pemberian dividen ASB dilihat semakin berkurangan. Saya merasakan sekiranya pelaburan oleh pihak PNB tidak dilakukan sebaiknya maka tidak mustahil lagi 10 tahun, dividen terkumpul setelah ditolak zakat akan berada di bawah paras 5 peratus. Setiap pelaburan ada baik dan buruknya dan pelaburan ASB tergolong dalam pelaburan berisiko rendah. Anda ingin bertukar ke pelaburan lain atau masih berpegang dengan ASB, itu terpulang kepada anda. Seeloknya, biarlah bakul pelaburan itu dalam sudut yang pelbagai supaya anda dapat membuat pecahan peratusan antara pelaburan berisiko rendah, sederhana dan tinggi.

Semoga berjumpa lagi.

Kawal atau dikawal oleh WANG

Nampaknya sudah lama saya tidak menulis artikel di dalam blog ini, boleh dikatakan masa banyak diisi dengan penyiapan buku pertama saya, menghadiri beberapa seminar dan di atas urusan peribadi. Terdetik di hati untuk berkongsi tips dengan para pembaca pada tengahari ini. Hmm.. rasanya tajuk yang ditulis sudah mengambarkan apa yang harus saya terangkan secara ringkas. Kebiasaannya ramai daripada golongan bawah dan pertengahan sering dikawal oleh kewangan. Ada yang dikawal secara total dan ada juga yang separa kawalan. Tetapi boleh dikatakan ramai yang dikawal oleh wang sehinggalah meninggal dunia. Mungkin anda tertanya-tanya, adakah tiada jalan keluar untuk dikawal oleh kewangan?

Setiap sesuatu ada penyelesaiannya! Terpulang kepada anda untuk mempelajari ilmu kewangan peribadi atau tidak. Ada sesetengah orang beruntung kerana mempunyai ahli keluarga yang mampu menurunkan ilmu kewangan kepada sesiapa yang dikehendaki. Saya belajar dari jatuh bangun untuk mencapai ketahap ini. Alhamdulillah, dengan gaji yang belum mencapai tahap belasan ribu mahupun melepasi angka lima ribu, saya sudah mampu membeli rumah yang mempunyai nilai melepasi setengah juta. Bukan ingin menunjukkan riak di hati, tetapi seperti saya beritahu bahawa setiap sesuatu ada penyelesaian mahupun jalannya. Insya’allah, sekiranya urusan bank selesai maka saya sudah mencapai target di dalam pelaburan pertama saya iaitu mengumpul hartanah (rumah) yang mempunyai nilai RM 1 juta. Saya akan cuba menjadikan poftfolio pelaburan saya mempunyai nilai RM 1 juta setiap satunya supaya saya dapat merealisasikan matlamat saya iaitu seorang multibilionaire. Meskipun nampak mustahil, saya cuba untuk mencapai matlamat saya. Lebih baik mencuba dari duduk mengeluh!

Berkat doa umi dan Allah permudahkan urusan, nampaknya matlamat saya tidak terlalu sukar. Cuma saya harus mendaki dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain untuk mencapai matlamat saya. Lain orang, lain matlamatnya. Di harap denga ilmu yang ada, akan saya perturunkan kepada anak – anak supaya mereka tahu untuk mengawal kewangan mereka. Saya bukanlah seorang yang tamak ilmu dan dengan itu saya memperturunkan sedikit ilmu kepada anda untuk menatapinya.

Untuk memberi berkenaan isu ini, saya boleh memberi ‘simple advise’ iaitu anda haruslah:
– tidak mempunyai ‘hutang negatif’
– mempunyai hutang positif yang boleh dikawal
– tahu selok belok ‘tools’ kewangan
– tahu formula untuk mengawal kewangan
– ada ilmu kewangan peribadi

Setakat ini sahaja tips kewangan untuk dikongsi pada kali ini. Insya’allah saya akan memberi sedikit tips lagi sekiranya diberi kelapangan oleh Allah swt. Harap ilmu ini bermanfaat kepada anda semua.