Senarai matawang pernah yang gagal di era moden

Di sini saya senaraikan beberapa matawang moden yang gagal disebabkan hiperinflasi. Ini untuk berkongsi kepada pembaca tentang bahayanya ‘currency’. Dari laman web Forbes ada menyatakan bahawa “Semakin Banyak Wang Di Cetak, Maka Makin Kurang Nilainya”. Jadi anda boleh menilai kembali wang yang anda pegang sekarang..apakah yang anda dapat beli dengan nilai sebegitu 5 tahun akan datang.

Germany Weimer Republic 1922-1923
Sebab:
Pihak German gagal untuk membayar kepada ahli pakatan selepas Perang Dunia Pertama.
Kesan:
Pada November 1923, kadar inflasi tahunan sebanyak 325,000,000%.

Hungary 1945-1946
Sebab:
Kesan daripada Perang Dunia Ke-2.
Kesan:
Nilai Wang (1944) 1,000 << (1945) 10,000,000 << (Pertengahan 1946) 100,000,000,000,000,000,000.

Chile 1971-1981
Sebab: Menjadi negara industri dan mempertingkatkan perbelanjaan sosial untuk mengagihkan kepada golongan miskin. Bank Pusat Chile mencetak matawang pada kadar amaran.
Kesan: 1972 kadar inflasi 600%, penghujung 1973 kadar inflasi adalah 1200%.

Argentina 1975-1992
Sebab:
Enggan meminjam untuk menampung defisit bajet dan perdagangan itu.
Kesan: Nilai Wang (1975) 1,000 << (1976) 5,000 << (1977) 10,000 << (1981) 1,000,000

Peru 1988-1991
Sebab: memperkenalkan beberapa dasar liberalisasi perdagangan. Pada masa yang sama, kerajaan peningkatan perbelanjaan awam, perusahaan yang diswastakan dan mengabaikan membayar hutang luar negara.
Kesan: September 1988 kadar inflasi 132%, September 1990 kadar inflasi adalah 400%.

Angola 1991 – 1999
Sebab: perang saudara 1975-2002, tetapi kini Angola adalah sebuah negara yang mempunyai ekonomi paling pesat berkembang di dunia.
Kesan: Nilai wang yang menurun, 1,000,000 (1999) mata wang baru ini adalah sama dengan satu bilion daripada pra-91 Kwanzas.

Zimbabwe 2000-2009
Sebab: Rasuah, salah urus ekonomi, sekatan dan rampasan tanah berasaskan kaum menyumbang kepada kemerosotan ekonomi. Masalah itu diburukkan lagi oleh cubaan rampasan kuasa tentera yang mewujudkan lebih banyak ketidakstabilan dan kekurangan keyakinan dalam sistem kewangan.
Kesan: 2004 kadar inflasi 624%, 2006 kadar inflasi adalah 1730%, 2007 kadar inflasi adalah 11,000%.
** 1980 Dolar Zimbabwe bernilai kira-kira 25% lebih tinggi berbanding dolar AS bersamaan 1 dolar US = 1.25 dolar zimbabwe. Kini 500 juta bil dolar zimbabwe = kira-kira 2.5 dolar US.

Rasanya itulah serba ringkas untuk mendapat gambaran kasar bagaimana hyperinflasi berlaku dan mungkin boleh dilihat pada kacamata Malaysia. Malaysia pernah mempunyai not RM500 dan RM1000 dahulu, namun pada penghujung tahun 90-an, nilai tersebut sudah hilang nilainya. Mungkin ada daripada pembaca yang pernah melihat dan memegang not ini.

Advertisements

Dividen Bank Rakyat 2013

Image

Alhamdulillah, nampaknya ramai yang sudah mengeluarkan hasil dividen bank rakyat. Rasanya belum terlambat untuk saya menyatakan bahawa pada penutupan akaun 2013, pulangan yang diterima oleh 950,00 orang para pelabur sebanyak 15% (cukai simpanan sudah ditolak). Sepertimana wang yang diterima, haruslah anda membuat sedikit tabungan sebagai pelaburan jangka panjang, pendek dan pelbagai lagi.

Simpan Sedikit daripada Tiada Langsung. Harus diingat, anda yang mengawal wang dan bukannya wang mengawal anda.

Seminar Millionaire Mind Intensive – Kuala Lumpur

Pada minggu lepas, saya dan isteri menghadirkan diri ke seminar Millionaire Mind Intensive yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 14 – 16/03/2014. Alhamdulillah, boleh dikatakan suasana amat meriah dengan kehadiran 800 orang peserta dari Malaysia, Indonesia, India, Perancis, Kanada, Maldives dan pelbagai lagi (maafkan saya kerana tidak dapat mengingati semuanya). Saya dan isteri amat bergembira dengan informasi yang memerlukan kami berada pada waktu pagi sehingga malam hari. Kekuatan isteri yang sarat mengandung (7 bulan) dari anak ketiga merupakan satu keazaman dari isteri tercinta untuk menjadikan kami sekeluarga mempunyai cukup ilmu untuk diperturunkan kepada anak-anak kami nanti.

Millionaire Mind IntensiveBoleh dikatakan kami hanya mengemaskini sebahagian infomasi yang sememangnya kami sudah tahu sebelum ini. Ini kerana kami pernah menghadirkan diri di dalam Seminar IMKK anjuran Dr. Azizan. Untuk pengetahuan anda, T. Harv Eker merupakan salah seorang guru kepada Dr. Azizan kerana saya mendapati informasi dan sistem produk adalah hampir sama (boleh dikatakan 90%), pecahan setiap bahagian hampir sama dan program yang ditawarkan juga hampir sama. (Maafkan saya sekiranya tanggapan saya silap kerana  saya sudah menghadiri kedua-dua seminar MMI dan IMKK). Apa yang membezakan adalah Dr. Azizan mengajar dalam bahasa melayu dan ditambah dengan sudut keagamaan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada isteri kerana menjumpai salah seorang guru Dr. Azizan iaitu T. Harv. Eker. Saya lebih gemar berguru dengan original source (pembuat sistem) kerana bagi saya mereka membuat sistem dari jatuh bangunnya terdahulu.

Walaupun T. Harv Eker tidak dapat menghadirkan diri pada seminar ini (agak kecewa sebenarnya) , ia dapat disampai oleh Robert Riopel dengan baik sekali. Dialek dan bahasa yang digunakan amat mudah difahami dan cara penyampaian yang santai. Beberapa kesimpulan yang boleh dikatakan berkisar tentang pemikiran diri, bermain dengan wang, tanggapan diri, tanggapan diri tentang wang, bagaimana untuk maju, cara menguruskan kewangan dan pelbagai lagi. Ada beberapa program yang setiap satunya mencecah 4 angka (RM x.xxx), harus saya batalkan untuk tahun ini kerana memberi ruang untuk menyambut anak ketiga kami yang akan lahir di dunia tidak lama lagi. Sungguh kental hati isteri duduk berjam-jam dengan pergerakkan bayi yang aktif di dalam perut (rasanya orang yang biasa mengandung faham keadaan camni). Tahun hadapan nampaknya terpaksa agihkan banyak cuti untuk menghadirkan program lengkap dari T. Harv Eker ini dengan kos 5 angka (RM xx.xxx).

With Robert Riopel

Untuk kelas pengurusan kewangan yang dianjurkan oleh saya, akan mendapat hadiah berupa tiket untuk menghadirkan diri ke seminar Millionaire Mind Intensive yang akan datang bersama Nurussalam Aziz (saya laa tu…hehe) atau pergi sendiri. Ya, tiket ini saya beri secara PERCUMA kepada anda untuk kelas yang akan saya war-warkan tarikhnya nanti. Harus diingat, tiket tersebut adalah HIGHLY LIMITED dan kelas saya juga adalah LIMITED SEAT.

Salam bebas kewangan dari saya untuk anda.