Bab 4: Mencari Guru

tugu negaraNampaknya terlalu lama saya tidak menulis artikel di dalam bahagian Road to Millionaire. Bukannya cita – cita sudah hilang, tapi sebenarnya saya dalam proses untuk pembikinan buku “Dari Kepompong Hutang kepada Terbang Bebas Tanpa Hutang”. Agar sukar untuk saya menulis buku kerana kekangan masa yang harus dibahagikan antara keluarga, kerja, perniagaan dan lain – lain lagi. Bak kata pepatah mat salleh ” No Pain, No Gain”.

Boleh dikatakan selepas saya banyak membaca buku, keterbukaan kepada hutang, pelaburan dan mengelak dari banyak kesilapan tentang kewangan semakin meninggi. Alhamdulillah, nampaknya sesuatu yang positif sedang berlaku. Selain buku – buku yang di beli, blog dan forum menjadi minat dalam menambah ilmu tentang kewangan dan selok belok kewangan. Ada info – info yang diupdate dari semasa ke semasa membolehkan saya mengetahui perihal pelaburan dan lain – lain lagi. Boleh dikatakan pada ketika itu, saya mula berkira – kira untuk mengeluarkan duit untuk mendapatkan Guru dalam kewangan. Sedaya upaya, saya akan mencari yang percuma.. dengan alasan “Jimat Duit”. Hehehe.. Namun begitu, lama kelamaan.. info tesebut akan menjadi tepu atau dengan kata lain, limit dalam pengetahuan kewangan sudah sampai di kemuncaknya. Apabila mencari info yang percuma ni, akan hanya berkisar di tempat yang sama. Hmm.. dalam hati mula terdetik, nampaknya saya harus berbuat sesuatu supaya pengetahuan ini berada di landasan yang betul dan di kongsi oleh orang yang betul. Maka bermulalah pencarian Guru Kewangan saya..

Setelah diteliti latarbelakang Guru @ Mentor saya, ada beberapa orang calon yang saya berminat untuk saya ‘gajikan’. Mungkin pembaca pelik, kenapa saya guna perkataan ‘gajikan’ dalam pencarian mentor @ guru kewangan saya. Ini kerana Guru Kewangan saya adalah berbayar dan sekiranya saya tidak berminat, saya boleh menarik diri dari terus menggunakan khidmat Guru Kewangan saya ini. Tapi saya tidak mengambil seorang guru tapi dua orang. Hmm.. nampak macam tamak bukan? Bukanlah saya nak berbangga diri dengan adanya dua guru kewangan (yang ada Financial Certificate Planner), namun dua guru mempunyai karakter, ilmu, tools yang digunakan, bidang2 kewangan yang mereka pakar walaupun kedua-dua guru ini berada dalam bidang yang sama iaitu KEWANGAN. Nampaknya pembaca ingin tahu siapakah gerangan guru-guru saya bukan? Saya haruslah rahsiakan dahulu dan akan diceritakan di dalam buku saya nanti. Dan akan diceritakan kekuatan mereka di dalam bidang kewangan. Namun harus di ingat, tidak semestinya guru yang sesuai dengan saya akan bersesuaian dengan para pembaca. Lain orang, lain citarasa gurunya.. 🙂

Alhamdulillah, semasa sesi pertama berjalan amat mudah diantara kedua-dua guru saya. Ini kerana asas-asas kewangan dan cara-cara penyelesaian hutang, banyak yang sudah saya lakukan semasa saya banyak membaca buku, forum dan blog. Seperti yang para pembaca ketahui, saya mengadap guru-guru saya dalam keadaan SATU HUTANG sahaja iaitu Pinjaman Perumahan. Hutang-hutang dahulu sudah saya selesaikan dan akan menjadi satu pengajaran yang bermakna untuk saya (ini juga akan saya ceritakan di dalam buku saya nanti). Buat masa sekarang, semuanya berjalan lancar dan kehidupan saya lebih kepada positif cashflow. Kalau di kira aset – liabiliti, saya sudah mencapai dan melebihi tahap suku Jutawan. Insya’allah..next target menjadikan saya Separuh Jutawan dan seterusnya seorang Jutawan Senyap di Malaysia. Amin..

Mungkin para pembaca ingin bertanyakan perbezaan Guru Percuma dan Guru Berbayar dari sudut pandangan saya. Boleh dikatakan kedua-duanya bagus, namun begitu Guru Berbayar adalah lebih baik kerana kita akan mengetahui apa yang di buat itu adalah betul atau tidak. Dalam Islam juga menyarankan kita mencari guru supaya kita tidak sesat jalan @ disesatkan. Boleh dikatakan, apabila saya berguru.. banyak info dan tips kewangan, pelaburan dan kesilapan – kesilapan yang harus dielakkan. Harus di ingat, kewangan anda akan dipantau 100% oleh guru anda..Hehe.

Perihal Hutang

orang kayaWahai orang yang beriman! Apabila kamu bermu’amalah (berjual beli, berhutang piutang, sewa menyewa dan sebagainya) tidak secara tunai untuk masa yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (apa yang ditulis itu), dan hendaklah dia bertakwa kepada AllahTuhannya, dan janganlah dia mengurangkansedikit pun dari hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu merencanakan, maka hendaklah walinya merencanakan dengan jujur, dan disaksikan dengan dua orang saksi dari orang lelaki (di antaramu). Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi – saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa, maka seorang lagi mengingatinya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar, sampai tempoh masa pembayarannya. Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan penyaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan keraguanmu. (Tulislah mu’amalah itu) kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu (jika) kamu tidak menuliskannya. Dan saksikanlah apabila kamu berjualbeli dan janganlah penulis dan saksi saling menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian) maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah, Allah mengajarmu dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Jika kamu dalam perjalanan (dan bermu’amalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungan (gadaian) yang dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Akan tetapi, jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan penyaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang ynag berdosa hatinya dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah, Ayat 282 – 283)

Dalam petikan ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa perlunya ada perjanjian hitam putih dan saksi di antara penghutang dan pemberi hutang. Di samping itu juga, di dalam petikan ayat terdahulu ada menyatakan tentang tolak ansur dalam mengutip hutang.

Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah waktu sehingga dia mampu. Dan bersedekah (sebahagian atau semua hutang) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Surah Al-Baqarah, Ayat 280)

Nampaknya saya sudah perlu membuat hitam putih dalam transaksi hutang yang di beri supaya memudahkan saya dan penghutang-penghutang saya. Saya harap anda juga boleh melakukannya. 🙂

Helah Matematik

orang kayaArtikel kali ini agak berlainan dari apa yang saya tulis sebelum ini iaitu helah yang terjadi dalam kiraan matematik. Ini sebenarnya diceritakan oleh kawan sepejabat saya. Biar saya nyatakan situasi yang terjadi:

Amar ingin membeli baju dia tidak ada duit, lalu ia meminjam daripada kakak dan adiknya iaitu RM 50 (kakak) dan RM 50 (adik). Setelah Amar mendapat wang tersebut, dia terjumpa satu baju yang amat berkenan di hati dan nilai baju tersebut ialah RM 97. Maka dengan sepantas kilat, Amar mengeluarkan RM 100 untuk membayar nilai baju tersebut. Lalu tokei kedai tersebut memulangkan RM 3 sebagai baki pembelian.

Setelah Amar mendapat baki RM 3, maka dia membayar hutang RM 1 (kakak) dan RM 1 (adik). Amar masih memegang RM 1. Jadi hutang kakak dan adiknya makin berkurangan iaitu RM 49 (kakak) dan RM 49 (adik). Maka setelah hutang kakak dan adik di campur RM 49 + RM 49 + RM 1 (baki yang ada pada Amar) = RM 99. Jadi di mana hilangnya RM 1 lagi?? Biar saya ringkaskan di sini:

Hutang RM 50 (kakak)
RM 50 (adik)

Baju yang di beli
RM 97
Kiraan:
RM 100 (cash) – RM97 (baju) = RM 3 (baki)

RM 3 di bahagi kepada 3 iaitu RM 1 (kakak), RM 1 (adik) dan RM 1 (Amar)

Baki hutang
RM 50 – RM 1 = RM 49 (kakak)
RM 50 – RM 1 = RM 49 (adik)
RM 1 (baki pada Amar)

Setelah di hitung hutang yang harus dilangsaikan Amar nanti, jumlah akan menjadi seperti ini:

RM 49 (kakak) + RM 49 (adik) + RM 1 (baki pada Amar) + RM 1 (bayaran pada kakak) + RM 1 (bayaran pada adik) = RM101.

Jadi mana datangnya RM 1 tersebut sedangkan Amar tidak memiliki sebarang duit semasa pembelian tersebut??