Harga Emas Merudum Jatuh.. apa yang anda hendak lakukan?

goldAssalamualaikum dan selamat membaca,
Hari ini dikejutkan dengan kejatuhan emas yang merudum sehingga ke paras RM13+ untuk satu gram. Mungkin ada yang tak sedar, sebelum ini harga emas mengalami zaman kegemilangan iaitu pada kadar RM19+ untuk satu gram (tahun 2012). Jadi pada pemerhatian saya, tahun ini harga emas akan merudum. Kalau di kaji kenapa harga emas kian menurun, adakah tiada permintaan ataupun hanya spekulasi sahaja?

Di sini saya nyatakan serba sedikit yang mempengaruhi harga emas semasa:
– ekonomi US dan kesatuan Eropah yang terumbang ambing
– GDP China tidak mencapai target
– struktur ekonomi dunia yang perlahan (eksport dan import)
– nilai matawang dunia yang terumbang ambing
– penjualan oleh spekulasi emas

Berbalik kepada tujuan asal, kepada sesiapa yang tidak memiliki sebarang barangan yang berasaskan emas, seharusnya mempunyai sedikit kerana emas adalah sesuatu yang menguntungan sekiranya ada ilmu mengenainya. Agihkan sedikit wang simpanan kepada emas kerana ia sudah terbukti mempunyai nilai walaupun beribu-ribu tahun dahulu lagi.  Carilah emas fizikal kerana mengelak dari berlakunya penipuan tetapi haruslah membeli dari sumber yang anda percayai.

Anda boleh membeli peringkat demi peringkat, ini kerana harga emas masih dalam keadaan “correction” jadi kita tidak tahu berapa cepat harga ini akan lebih menurun ataupun kembali naik. Nasihat saya, harga sudah boleh diterima pakai untuk menjadikan emas sebagai satu porfolio investment mahupun simpanan. Ini kerana harga yang saya nyatakan tadi merupakan harga yang hanya anda dapat pada 2 tahun yang lepas. Terima kasih..

Bab 3: Menjumpai Cahaya di dalam kegelapan hutang

Mintak maaf kepada para pembaca yang ingin mengikuti sambungan saya dalam isu hutang saya ni. Ok.. biarlah saya mulakan dengan kehendak saya ingin berubah untuk menjadi yang lebih baik dalam isu hutang yang membalut diri ni. Mula-mula sekali, saya berjumpa dengan seorang kawan yang sebelum ini bergelumang dengan hutang kad kredit. Alhamdulillah, katanya hutang kad kredit sudah lesap dalam kamus hidupnya. Jadi di sini saya tanya kepada orang yang tepat dan belajar dari pengalaman kawan saya. Dia ceritakan pengalamannya dan mana-mana jalan penyelesaian yang sesuai dengan saya, saya gunakan untuk menimbus hutang-hutang yang wujud nanti. Kemudian, saya ajukan soalan cepu emas.. “Apakah panduan yang membuka untuk dia berubah?” Jawapannya mudah sahaja iaitu membaca. Kemudian saya sambung lagi solan saya “Buku apa yang dia baca?” Jawapannya juga mudah “Tulisan dari Azizi Ali (Jutawan dari Planet Jupiter) dan tulisan dari Robert Kiyosaki (Ayah Kaya, Ayah Miskin – Rich Dad, Poor Dad). Pada ketika itu, saya masih belum berpuas hati, saya kemudian lontarkan soalan lagi “Anda ada buku itu sebab saya ingin lihat isi kandungannya?”. Lalu kawan saya membalas “Ada tetapi kalau nak pinjam, jaga buku ini sebaiknya semasa dalam jagaan”. Umpama sudah bersusah payah mendaki, tiba-tiba ada insan yang hulurkan tali untuk di panjat. Rasanya anda tahu kesudahan dari perbualan ini..pada hari itu juga, buku itu berada di tangan saya untuk di tatap isi kandungannya.

Pada permulaan, saya baca buku tulisan Robert Kiyosaki kerana ia agak nipis. Walaupun ada sesetengah tips yang tidak boleh digunapakai dalam kehidupan MALAYSIA, yang penting.. apa yang boleh saya cedok dari ilmu penulis ini. Memang betul, apabila kita banyak membaca makin banyak ilmu yang kita dapat.. dan yang paling penting, buku boleh di baca berulang kali jika hendak dibandingkan dengan penceritaan orang. Dalam masa satu hari, sudah selesai buku ini di baca. Dari permulaan ini, saya mula dahagakan ilmu tentang penyelesaian hutang dan menjadikan wang bekerja untuk kita. Tapi apa yang dahulu, harus didahulukan iaitu penyelesaian hutang. Saya banyak membeli buku tulisan Azizi Ali kerana tulisan yang ringkas dan padat serta buku-buku lain yang saya rasa sesuai untuk tatapan. Bermula dari satu buku…maka bermula lah pencari harta ilmu iaitu buku. Sekiranya pergi ke pasaraya, bukan kedai baju yang dilawati tetapi kedai buku. Yup.. sekali lagi. Kedai buku. Yang lagi best.. buku ni boleh digunakan sebagai penolakkan dalam cukai pendapatan. hehe.. Ini sudah bagus!! Yeahhh!

Jadi dengan pembacaan dari buku-buku yang saya miliki, saya mula mengorak langkah untuk menyelesaikan hutang yang menjadi beban saya selama ini. Hmmm.. anda ingin tahu, mulakan dari membaca. Yup.. membaca dan membaca. Kemudian gunapakai, jangan hanya membaca tapi tak implemen. Rugi ilmu tu.. Saya sambung di posting yang seterusnya. Tungguuuu…