Dividen TH 2014 6.25% + 2% (bonus)

“KUALA LUMPUR, 22 JANUARI 2015 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah mengumumkan Bonus Bagi Tahun Kewangan 2014 kepada para pendeposit TH dengan kadar sebanyak 6.25% sebagai Bonus Tahunan dan tambahan Bonus Haji sebanyak 2.0%. Pemberian bonus tahun ini selain daripada menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan dana di TH, ianya juga memberi keutamaan kepada majoriti akaun para pendeposit yang belum menunaikan haji.” – petikan dari laman sesawang tabung haji.

Saya amat bersyukur apabila TH memberi pulangan yang kompetatif jika dibandingkan dengan ASB. Sekurang-kurangnya masyarakat Islam mempunyai alternatif kepada pelaburan yang patuh syariah + berisiko rendah. Namun begitu, pendeposit tidak mempunyai limit untuk meletakkan sejumlah wang sebagai simpanan.

Jika sebelum ini, jumlah bonus hanya dikira pada purata simpanan untuk bayaran haji (RM9,980). Nampaknya TH masih mengunapakai sistem itu pada pemberian bonus dividen (2%) untuk 2014. Kalau pemberian bonus dibuat seperti ASB, memang meletop TH ni. 🙂

Advertisements

Tips mengambil takaful yang bercirikan ‘medical card’

Di dalam pelan takaful, terdapat polisi yang memberi anda kemudahan kad perubatan @ lebih dikenali dengan ‘medical card’. Ia berfungsi sebagai lesen untuk mendaftar masuk ke hospital swasta dan seterusnya mendapatkan rawatan di hospital tersebut tanpa meletakkan sebarang deposit. Terdapat pelbagai syarikat takaful di Malaysia dan anda boleh memilih semudah ABC.

1. Secara mudahnya, masa muda adalah paling sesuai untuk mengambil polisi takaful kerana ketika itu anda membayar premium (bayaran bulanan) yang murah. Tetapi sekiranya anda tidak terlalu muda tetapi tidak mempunyai rekod perubatan yang tidak baik, anda masih dapat mengambil polisi takaful. Namun begitu, sekiranya anda sudah mempunyai rekod perubatan yang tidak baik dan pihak takaful menganggap anda merupakan liabiliti, maka ketika itu anda harus menanggung segala kos perubatan dengan poket anda sendiri. Ini merupakan satu kerugian kerana anda tidak dapat meletakkan risiko kos perubatan kepada pihak takaful. Anda dan saya tidak tahu bilakah musibah akan datang kepada diri sendiri mahupun keluarga. Jadi, bijaklah membuat keputusan sebelum ia tiba

2. Ada pihak takaful memperkenalkan ko-takaful dimana sebahagian kecil daripada kos rawatan perubatan di hospital perlu ditanggung oleh anda. Kebiasaannya dalam lingkungan 5% – 10% daripada jumlah bil perubatan di hospital. Jadi anda tidak memindahkan 100% kos perubatan kepada pihak takaful.

3. Memilih pihak takaful yang cepat mengeluarkan ‘Guarantee Letter’ (GL) kepada hospital. Tugas GL merupakan surat pelepasan daripada pihak takaful bahawa anda sudah memindahkan risiko kos perubatan kepada pihak takaful. Lagi lambat surat ini keluar maka makin lambatlah anda dapat masuk hospital.

4. Di dalam polisi takaful, anda boleh menambah beberapa ciri tambahan (rider) mengikut kehendak dan kemampuan anda. Perlu diingatkan bahawa selagi anda tidak pernah ditimpa sebarang penyakit atau kemalangan, pihak pengendali insurans atau takaful selalunya bersedia untuk memberikan perlindungan tambahan tanpa mengenakan syarat-syarat tambahan atau loading premium. Tetapi jika anda pernah ditimpa sakit atau kemalangan, proses untuk mendapatkan perlindungan tambahan akan menjadi lebih sukar. Dahulu, saya ingat rider ni untuk penunggang motosikal sahaja. Hahaha..kelakar pulak rasanya. Di antaranya ialah:

  •  Sekiranya anda merupakan pemberi pendapatan utama maka anda boleh menambah ciri pampasan sekiranya berlaku kehilangan nyawa kepada diri anda. Sekurang-kurangnya pihak takaful dapat membayar sejumlah pampasan kepada keluarga anda akibat kehilangan kepada pemberi pendapatan utama. Kematian boleh menjadi sesuatu yang tidak dijangka apabila melibatkan kemalangan. Ini untuk menolong dan memberi penyesuaian dari sesuatu yang tidak dapat dijangka.
  • Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah penyakit yang boleh diwarisi seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan lain-lain lagi. Anda harus menambahbaik jumlah perlindungan pada penyakit kritikal.
  • Membuat penambahbaikkan untuk kad perubatan yang memberi pendapatan sekiranya anda ditimpa penyakit kritikal kerana kemungkinan anda akan kehilangan pendapatan. Saya sarankan yang memberi kelebihan ini (penggantian pendapatan) selama 1 – 3 tahun.

5. Ketahui dengan terperinci polisi takaful anda. Ini untuk memudahkan anda memahami apa yang terkandung di dalam polisi takaful anda sendiri. Setiap polisi mempunyai perbezaan secara bertulis. Anda boleh bertanya kepada agen anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

6. Kepada anda yang mendapat manfaat perubatan daripada syarikat anda bekerja, fikirlah dengan bijak dan harus berfikir sejenak mengenai fakta ini:

  • Selepas bersara, syarikat anda masih memberi manfaat semasa anda bekerja? Tentu jawapannya Tidak.
  • Sekiranya anda dibuang kerja, anda masih mendapat manfaat seperti dahulu? Saya rasanya jawapannya masih Tidak.
  • Sekiranya syarikat anda ingin memansuhkan manfaat perubatan tersebut, adakah anda mempunyai kuasa untuk menghalangnya? Tentu jawapannya Tidak.

7. Pilih cara bayaran autodebit atau kad kredit. Elakkan membayar kepada agen kecuali anda mempercayai agen tersebut kerana terdapat beberapa kes agen yang mengunapakai wang anda untuk tujuan peribadi.

p/s: MEDICAL CARD hanya boleh diambil sebelum anda mempunyai rekod perubatan yang tidak baik. Jadi, lakukan sebelum terlambat.

AIA Takaful Logo

Anda boleh hubungi saya sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarikat takaful AIA. Saya merupakan advisory@penasihat anda untuk polisi takaful syarikat ini yang sah. Saya boleh dihubungi pada talian 014-333 6369.

Disebabkan Gaya Hidup Menjadikan Barton Hampir Muflis

keratan akhbar_lelaki obses

LONDON – Seorang lelaki di sini yang sanggup berbelanja mewah gara-gara ingin menikmati gaya hidup seperti selebriti terkenal Hollywood, Joey Essex kini disahkan hampir muflis.

Lelaki tersebut, Sam Barton, 22, telah melakukan pembedahan plastik pada bahagian wajahnya termasuk mendapat suntikan botox serta rawatan pemutihan gigi yang jumlah keseluruhannya mencecah £35,400 (RM191,000).

Barton yang memiliki 15 kad kredit telah berbelanja mewah selama empat tahun dengan membeli barangan perhiasan dan pakaian berjenama terkemuka yang ditempah khas selain menghabiskan masa dengan bercuti ke luar negara.

“Saya sangat obses untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna sehingga saya tidak pernah memikirkan tentang jumlah wang yang telah dibelanja.

“Saya turut akan pastikan sekiranya saya menginginkan sesuatu, saya pasti akan membeli,” kata Bortan.

Disebabkan cara hidupnya itu, Barton juga telah menghabiskan sekitar £100,000 (RM539,000) selain membuat overdraft bank sehingga hampir disahkan muflis apabila gagal melangsaikan hutang sebanyak £35,000 (RM188,500). – Agensi

Artikel Dari Kosmo