E-Book Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan – Nurussalam Aziz

sample-3

Pasal asalnya, buku ini telah disiapkan pada tahun 2014 dan ingin diterbitkan kepada para pembaca sekalian. Atas dasar yang tidak diketahui, pihak penerbit menangguhkan untuk menerbitkan buku ini. Jadi, atas dasar ingin berkongsi.. saya memberi penulisan dalam bentuk e-book secara PERCUMA. Ya, secara percuma. Mungkin anda tanya, apa yang saya dapat dari hasil penulisan ini. Mudah sahaja, sekiranya ilmu di dalam ini membawa kebaikkan kepada anda dan anda mempraktikkannya maka secara automatik saham akhirat saya sudah dibina kat ‘sana’. Harap-harap ia bawa kebaikkan kepada anda semua.

Buku ini adalah perkongsian peribadi saya dari seorang yang melakukan kesilapan berhutang secara membuta tuli kepada seorang yang dapat menyelesaikan hutang yang tidak baik. Lain orang, lain cara penyelesaian mereka. Di dalam itu juga saya ada selitkan amalan-amalan menurut Islam yang saya lakukan iaitu usaha dan bertawakal dengan Alla SWT. Buku ini adalah lengkap dan bukannya dipecahkan seperti sebelum ini.

Saya membenarkan anda untuk mencetak (103 muka surat) untuk kegunaan anda sendiri tetapi saya melarang sekiranya anda membuat duit dari kandungan buku ini. Anda juga boleh ‘kongsi’kan pautan laman ini kepada sesiapa sahaja yang anda rasa bermanfaat kepada mereka. Anda boleh lihat pautan ini untuk memuat turun kandungan e-book lengkap ini.

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan_NurussalamAziz

Advertisements

Memilih kereta harian

Kali ini topik agak berlainan kerana saya tidak pernah menyentuh isu kenderaan di dalam blog ini. Bermula di penghujung tahun 2016, saya mula aktif ber’google’ dan ber’youtube’ untuk mencari kereta harian saya kerana ahli keluarga sudah semakin bertambah. (anak dah empat beb!) Jadi dari memiliki kereta, perlu beralih kepada sebuah mini mpv dan setentunya saya lebih mengemari bajet RM100,000. (dengan ekonomi Malaysia bak naik roket ni).

Selama 4 bulan saya melakukan research untuk membeli sebuah kenderaan, mungkin kedengaran agak gila tapi begitulah saya apabila ingin membeli sesuatu yang penting. Banding dan collect the information! Maka bermulalah pencarian dari pakcik goggle dan makcik youtube. Maka kereta-kereta mini mpv sudah disenarai pendek iaitu Nissan Grand Livina, Toyota Sienta (ni dah lebih skit dari RM100k), Nissan Serena, Honda BR-V dan Proton Ertiga. Kenapa Perodua Alza, Proton Exora Bold, Toyota Avanza dan Peugeot 3008 tidak masuk senarai? Ada alasan tersendiri yang sekiranya diceritakan, memungkinkan ada isu yang membawa kepada sesuatu yang tidak baik. Jadi biarlah 4 model ni memang saya tolak tepi awal-awal.

Jadi, setelah kereta disenarai pendek maka bermula pula dengan spesifikasi sebagai kenderaan harian. Ia harus memiliki eleman-eleman ini:

  • Jimat minyak petrol (ini penting dengan kos minyak berubah setiap minggu)
  • Kos selenggara yang rendah
  • Kebolehgantunggan (reliable)
  • Kurang teknologi elektronik (makin banyak sensor, maka makin tinggi kos wear n tear)
  • Keselesaan untuk sekeluarga

Maka hasil dari 4 bulan pembacaan dan kajian, akhirnya saya memilih 2 jenis kereta iaitu Proton Ertiga dan Honda BR-V. Selepas itu extend lagi pembacaan review dari pengguna dan membuat sesi test drive, akhirnya setelah berbincang dengan isteri. Keputusan telah dicapai.. Jeng Jeng Jeng!

Akhirnya kami memilih untuk membeli Proton Ertiga sebagai ahli keluarga baru dalam keluarga kenderaan kami. Kami memilih untuk mengambil highest specification dalam line up Ertiga iaitu Executive Plus. Warna.. blom decide lagi. Hehehe.. Kenapa kami memilih ertiga?

  • Kereta rebadge dari teknologi Jepun
  • Enjin menggunakan rantai (timing chain) dan bukannya tali sawat (timing belt) [kos penyelenggaraan menjadi rendah]
  • Mendapat anugerah kenderaan EEV (minyak lagi jimat dari Vios). Kalau bawak range 100 – 110km/h dikatakan dapat mencecah 30 – 26km / liter (review dari pengguna dan test drive).
  • Kerusi yang selesa dari barisan hadapan sehingga barisan paling belakang (3rd Row)
  • Kualiti yang sama seperti Suzuki Swift
  • Ruang kabin yang lebih senyap dari Honda BR-V (bunyi enjin kurang didengari berbanding honda)
  • Harga yang agak jauh dari high spec Honda BR-V
  • Rim 15 inch jadi harga tayar murah (sbg contoh tayar Michelin PS3 dapat harga RM268 sebiji, kalau 17 inch dah RM6++ sebiji)
  • Safety NCAP 4 bintang
  • Ada aircond blower untuk bahagian belakang (memang cepat sejuk.. dah diuji masa nak test drive kerana saya memilih untuk duduk di barisan paling belakang)
  • Ada ruang bawah di boot belakang (macam Toyota estima ACR55)
  • Ada arm rest pada 2nd Row
  • Handling yang lebih baik dari Toyota Sienta (review dari Thailand)
ERTIGA-ACCESSORIES-1

Bodykit dari Suzuki Ertiga Filipina (Highest Spec)

 

Apa lebihnya Executive Plus vs Executive?

  • Side mirror folding (auto lipat)
  • Lampu signal di side mirror
  • Kerusi pemandu yang boleh diubah kedudukkan tinggi rendah
  • Volume control, silent mode, aircond mode dan channel di stereng
  • Penambahan tweeter di dashboard hadapan
  • Kemasan krom pada bahagian bumper

Apa kekurangan Proton Ertiga

  • Interior warna krim cerah, seat memang kena balut awal-awal sebelum anak-anak rasmi
  • DVD player, tempat letak cawan di dashboard (sebelah kiri penumpang hadapan), auto start button, bonet insulation, reverse camera, jaring di bonet belakang dan full bodykit [eleman-eleman ini ada di high spec Suzuki ertiga di luar negara].
  • 2nd Row seat yang tidak terlipat seperti Honda BR-V. Ia hanya move ke depan sahaja.
  • Stereng yang tidak auto balas.
  • Tiada arm rest @ console box pada barisan hadapan

Legasi

Agak lama saya menyepi dengan tidak menulis sebarang artikel mengenai apa-apa isu yang berkaitan kewangan mahupun takaful. Kali ini saya terpanggil untuk menulis satu artikel mengenai legasi. Secara istilah, legasi adalah sesuatu yang diwarisi kepada orang selepasnya.

Dalam konteks kewangan, legasi boleh menjadi sesuatu yang positif atau negatif. Biar saya pecahkan kepada dua butiran iaitu:

  • Positive Legacy: sesuatu yang memberi manfaat dan kebaikkan kepada orang selepasnya. Ini mungkin berupa aset, tanah, kebun, wang simpanan dan ilmu yang bermanfaat. Apa kelebihan apabila sesuatu yang positif diwarisi? Sebagai contoh, anda mewarisi rumah yang tiada hutang atau wang simpanan. Dengan aset yang ada, adakah kehidupan pewaris akan menjadi lebih baik? Sudah tentu Ya sebab anda sudah memberi satu batu loncatan untuk pewaris menjadi lebih baik iaitu memiliki aset dan wang simpanan. Bagaimana pula dengan tanah? Sekiranya ia dijual akan memberi manfaat namun sekiranya tanah itu tidak dapat diusahakan, maka tanah ini akan menjadi liabiliti sementara (kos cukai tanah) sehingga tanah itu terjual atau diusahakan.
  • Negative Legacy: sesuatu yang membebankan dan menyusahkan kepada orang selepasnya. Ini mungkin berupa hutang, aset berhutang (tidak bertakaful), ilmu yang tidak bermanfaat dan kesan-kesan buruk kepada ekonomi negara. Ramai daripada kita tidak sedar bahawa kadangkala kita membina legasi negatif kepada pewaris secara sedar atau tidak. Sebagai contoh, hutang kereta, hutang pendidikan dan hutang peribadi. Ini merupakan keadaan biasa yang berlaku apabila penghutang meninggal dunia dan mewariskan hutang tersebut kepada isteri dan keluarga.

aia-signature

Sekiranya anda pernah membaca artikel-artikel saya sebelum ini, anda mesti masih mengingati saya pernah membina legasi positif berupa wang tunai minimum RM1,000,000 kepada isteri dan anak-anak saya. Bagaimana saya membinanya? Dengan menggunakan pelan takaful berupa hibah kepada ahli keluarga. Kenapa saya memilih pelan takaful dan bukannya simpanan?

  • Elemen takaful iaitu apabila seorang pemilik takaful meninggal dunia atau lumpuh kekal (TPD), pewaris akan mendapat hibah tersebut walaupun polisi baru aktif hanya 1 hari. Ini merupakan risiko yang pertama untuk mengelak keluarga saya mewarisi negative legacy dari saya.
  • Simpanan merupakan wang yang harus dimasukkan secara berterusan (akan ada pertambahan dengan penambahan dari dividen). Sekiranya saya meninggal dunia maka simpanan akan terhenti dan hanya mengharapkan dividen untuk menambahbaik jumlah simpanan tersebut.
  • Sekiranya saya ingin menyimpan RM1,000,000 dalam masa 20 tahun.. maka RM1,000,000/240 bulan = RM4,166.67 diperlukan untuk setiap bulan. Kalau anda mampu, bagus.. saya hanya mengambil pelan takaful yang jumlah kurang dari RM1,000 sebulan untuk menyediakan simpanan RM1 juta! (itupun kalau saya meninggal dunia). Malah, ia akan berganda sekiranya saya meninggal dunia ketika melakukan umrah, haji ataupun menggunakan pengangkutan awam (teksi/uber/grabcar tidak termasuk dalam pengangkutan awam). Dan sekiranya saya mampu dengan jumlah RM4,166.67 sebulan, adalah lebih baik RM1,000 pindah ke takaful dan RM3,166.67 disimpan (ASB, AHB ataupun tabung haji) yang dapat memberi jumlah kasar melebihi RM759,999.84. Secara kasar, RM1,000,000 (takaful – sekiranya terjadi kematian atau TPD) dan RM759,999.84 (simpanan secara kasar).

Mungkin anda bertanya, apa pentingnya legasi yang positif? Ia banyak memberi impak yang besar kepada orang-orang yang mewarisinya dengan cara yang bijak (bina legasi dari legasi yang diwarisi). Sebagai contoh, anda biasa dengar orang cakap “Alah, dier takpe lah.. duit banyak. Mak ayah dier orang kaya” atau “Engkau bestlah, mak ayah ngko wariskan ngko duit dan aset banyak”. Ini merupakan impak dari legasi yang positif. Mungkin anda biasa juga mendengar dialog ni “Ayah aku wariskan tanah tapi aku takde duit nak usaha”, “Aku minat nak buat business tapi aku takde modal” atau “Aku kena keje siang malam sebab nak langsaikan hutang yang mak ayah aku tinggalkan”.

Saya juga mewarisi legasi positif dari arwah ayah saya dan saya tahu arwah ayah saya dahulu bersusah payah untuk membina legasi ini. Namun, legasi itu hanya cukup untuk membina keperluan hidup dan saya tidak dapat membina legasi darinya. Oleh itu, saya membina legasi yang lebih baik kepada ahli keluarga secara mereka sedar atau tidak. Saya sudah, anda bagaimana? Tepuk akal, tanya poket.. Anda berhak mengawal kehidupan anda dan bukannya kehidupan mengawal anda.

Anda ingin tahu bagaimana saya membina legasi positif dari takaful? Anda boleh hubungi saya ditalian ini: Nurussalam Aziz (014-333 6369)