Life takaful takleh claim? Ini klien saya punya claim untuk bulan 1 dan 2 (2019)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Biasa dengar isu-isu viral pasal takleh claim? Saya taknak ulas isu-isu yang ada di media sosial sebab nanti ia menjadi artikel yang panjang lebar. Selalunya ia berkisar tentang ‘waiting period yang sebenar’, fraud declaration dan beberapa sebab lagi. Ini merupakan skrin shot dari claim klien saya sendiri. Saya tunjuk keseluruhan claim pada Januari dan Februari 2019 kemudian saya akan pecahkan untuk beberapa bahagian iaitu:

Claim klien pada January dan February 2019

 

Claim Pra-Penghospitalan (Sebelum) atau Selepas Penghospitalan
Claim-claim sebegini apabila anak-anak, isteri, suami atau polisi owner telah mendapatkan rawatan dihospital (kena masuk wad aa), selepas itu ada claim-claim terdahulu (pra-penghospitalan) yang ingin di claim atau claim-claim selepasnya (selepas penghospitalan). Dengan AIA Public Takaful, Pra-penghospitalan adalah 60 hari manakala selepas penghospitalan adalah 120 hari. Ini beberapa claim yang sama isu tetapi berlainan orang.

 

Claim untuk Sebelum dan Selepas penghospitalan

Claim untuk Sebelum dan Selepas penghospitalan

Claim untuk Sebelum dan Selepas penghospitalan lagi (anak sendiri masuk hospital)

Claim untuk Sebelum penghospitalan (sebenarnya banyak lagi claim ni tapi klien terlupa nak mintak resit.. punya laa banyak klinik dan hospital pergi sebab anak muntah-muntah)

 

Claim disebabkan accident
Anak klien saya ini jatuh lalu gigi anaknya patah. Klien saya pergi ke hospital untuk membuat rawatan (pay & claim ye).

Claim akibat anak patah gigi ketika jatuh (dikira sebagai accident)

 

Claim akibat polisi syarikat tidak mencukupi had tahunannya
Saya ada ceritakan dalam artikel sebelum ini. Secara amat ringkas.. claim lebih RM30 ribu. Jadi had tahunan tak cukup, lalunya bakinya AIA Public Takaful tanggung.

Claim lebihan baki yang klien bayar sendiri sebab polisi syarikat tak cukup

 

Claim dari hospital bukan panel AIA Public Takaful
Klien saya ni membuat rawatan bukan di hospital panel aia public takaful. Boleh je claim tapi kena bayar dulu aa.. hihi. Reason dari klien sebab klien ni dah biasa dengan doktor kanak-kanak kat hospital ini.

Claim dari membuat rawatan di hospital yang bukan panel

 

**Kalau dari segi rekod claim, klien saya yang pertama adalah pada September 2015. Memang saya menjadi agen bermula dari Januari 2015. Hihi. Ada lagi claim nak masuk ni.. klien jauh pun boleh je claim je.

Advertisements

Syarikat saya dah ada Medical Coverage! Apa risikonya kepada anda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca,

Sila skip artikel ini sekiranya anda berminat dengan hospital kerajaan dan syarikat anda menanggung medical coverage sehingga anda meninggal dunia (masih sambung kepada anak-anak dan isteri anda).

Sebenarnya saya terpanggil untuk menulis artikel ini apabila seorang klien saya mempunyai kes sebegini. Klien saya (Ahmad – bukan nama sebenar) mempunyai medical coverage dengan polisi syarikat (AIA Berhad) dan polisi individu (AIA Public Takaful). Dier merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta. Pada satu masa, Ahmad disahkan menerima rawatan di hospital swasta di Kuala Lumpur. Jadi, Ahmad menggunakan medical card dari syarikat dengan berpendapat, takde isu apa-apa kot. Jadi, semasa nak discharge, bahagian billing kata ” Encik kena bayar baki RM3,+++ ni sebab coverage syarikat hanya RM30,000 je setahun. Limit dah lebih”. Uik, mana nak cekau kan dengan amaun yang bermain dengan 4 angka ni. Jadi Ahmad pun swipe card credit.Nasib baik lepas.. Jadi Ahmad pun telefon saya untuk bertanya isu balance RM3,+++, claimable or not. Secara ringkasnya saya kata “Bole je, nanti kita submit form dan tunggu apa dokumen bahagian claim nak lagi”. So, urusan ni berlaku seterusnya sehingga baki claim RM3,+++ dilunaskan oleh AIA Public Takaful. Kesimpulannya, walaupun dah claim dengan syarikat tapi masih boleh claim dengan polisi individu dengan beberapa dokumen (medical report..etc).

Ok, selesai isu ini dan saya bangkitkan pula isu yang hampir serupa. Apa masalahnya apabila diri sendiri mahupun keluarga mempunyai medical coverage HANYA dengan syarikat.
1. Perjanjian ini adalah tidak kekal. Anda setuju atau tidak, anda wajib pencen bila tiba masanya. Apa masalahnya? Syarikat masih beri medical coverage kepada anda sekeluarga? Dari pengamatan saya, banyak syarikat GLC yang memberikan limit atau sudah tidak memberi medical coverage ini. Kalau dah pencen.. agak-agak rekod kesihatan tip top? Saya pun berharap seperti itu.
2. Tukar keja atau ditukarkan kerja. Kalau anda dalam syarikat swasta, kemungkinan untuk anda menukar kerja adalah tinggi berbanding GLC. Tanya diri anda, ini adalah syarikat anda yang kali ke berapa? Industri anda kukuh? Semua benda tidak kukuh, industri ‘oil and gas’ pernah kecundang buat seketika (industri ini pernah dikatakan ‘untouchable’/tidak akan tergugat) maka bersepahlah pekerja-pekerja yang terpaksa ditukarkan kerja. Jadi, kemungkinan untuk anda berpindah ke syarikat lain ada kemungkinannya.
3. Probability pre-existing ilness. Berbalik kepada no. 1.. apabila anda pencen baru nak ambil medical coverage. Anda pasti ketika itu rekod kesihatan bersih dari segala penyakit? Mengikut kajian dari industry-industry kesihatan.. risiko akan tinggi apabila umur anda mencecah 30an (perempuan) dan 40an (lelaki). Namun, disebabkan pemakanan dan gaya hidup, ia menjadikan risiko menjadi lebih awal. Pernah dengar budak lelaki umur 20an terkena sakit jantung dan meninggal dunia? Ya, saya pernah mendengarnya. Sekiranya anda sudah pencen dan rekod kesihatan terbaik, agak-agak berapalah harga polisi itu walaupun hanya basic plan? Jadi, baik ambil ketika muda dan sihat.
4. Polisi adalah hak syarikat bukannya anda. Jadi, syarikat berhak menukar syarikat dan jenis polisi yang dirasakan perlu. Kalau syarikat rasa ini satu bebanan, syarikat boleh tutup apa jua polisi yang ada dan jadikan anda terkontang kanting. Tambah-tambah dalam zaman syarikat-syarikat banyak buat restructuring.
5. Had tahunan adalah rendah berbanding polisi individu. Berbalik kepada kes Ahmad (seorang engineer) pun tak cukup. Inikan pula kalau anda hanya pekerja yang bukannya bergaji RM7,+++ ke atas. Lain laa kalau anda owner syarikat, board of director, manager-manager dsb.

** remark: akta buruh ada menyatakan syarikat berhak untuk menamatkan khidmat anda (dgn bahasa mudah – PECAT) sekiranya anda tidak mampu bekerja selama 3 bulan berturut-turut. Ada kes camni? Ada! Selalunya yang mempunyai penyakit-penyakit kritikal.

Peringatan: Kos caruman medical coverage bergantung kepada Umur, Jantina, Jenis Pekerjaan dan Cara Hidup. Dan selalunya KESIHATAN adalah taruhan untuk menjadikan application anda adalah Approve Normally, Approve with Loading (penamban jumlah caruman), Approve with Exclusion (pengecualian) atau DECLINE. Yang selalunya dalam kelompok decline, dari pengalaman.. selalunya bebanan hutang dan rawatan adalah tinggi. Sekadar perkongsian..