TripAdvisor Make Me Shock..

tripadvisor_april

Pada awalnya, saya hanya suka-suka untuk review 4 tempat yang saya lawati sekitar Pahang (masa tu jumpa klien yang nak ambil polisi takaful). Rasanya sekitar bulan 2 dan 3 rasanya. Sebelum ini saya hanya membaca review-review yang ditulis oleh orang lain tentang tempat-tempat penginapan¬†yang mereka lawati. Dengan sekadar suka-suka dan untuk memberi kebaikkan kepada kedua-dua pihak (owner penginapan dan pelancong-pelancong yang datang dari tempatan ataupun luar negara), ia mendapat bacaan dari 1,560 pembaca tentang tempat tersebut. Review pendek je cuma saya ada memberi pro dan kontra nya. Ia sememangnya dari pengalaman saya sekeluarga. Maknanya ramai juga orang berminat untuk pergi ke tempat yang saya lawati. Sebenarnya hanya dua tempat yang saya menginap iaitu di De Rhu Resort dan Bukit Gambang Resort (Caribbean Bay), lagi 2 tempat saya bawa anak-anak lawati di Bukit Gambang Theme Park iaitu Water Park dan Safari Park. Jadi kesemuanya 4 review.. ūüôā

Sememangnya saya bukan seorang yang cerewet tentang tempat penginapan jadi kalau anda seorang yang cerewet, mungkin review anda amat berlainan dengan saya. Kalau ada benda yang saya boleh pejam sebelah mata, saya pejamkan. Kalau ada yang boleh saya bersihkan, saya bersihkan. Itu memang cara saya.. taknak bila banyak komplen, nanti spoil mood bercuti.

Terima kasih kepada tripadvisor kerana memberi kemudahan kepada sesiapa yang nak baca review dahulu sesuatu tempat sebelum membuat keputusan untuk bercuti di satu-satu tempat.

Advertisements

Luaskan Pengaruhmu…

territory2

Haha.. kali ni agak kelakar tajuknya. Bila diperhatikan kembali senarai-senarai klien, nampaknya saya sudah bertapak di 4 negeri dalam memperluaskan jangkauan untuk menolong sesiapa sahaja yang berkeinginan menggunakan khidmat saya sebagai Life Planner AIA Takaful. Pada permulaan saya dalam bidang takaful ini, saya hanya bermula dalam kawasan Selangor sahaja (memandangkan rumah dan pejabat di Selangor). Selepas itu di beri kepercayaan oleh klien-klien di Kuala Lumpur untuk saya memanjangkan langkah ke sana. Pada mulanya, rasa agak jauh antara Selangor dan Kuala Lumpur. Tetapi setelah biasa berjumpa dengan klien-klien di Kuala Lumpur, maka perjalanan yang selama ini rasa jauh kini sudah amat dekat. Ini biasa apabila anda telah menjadikan perjalanan yang kurang dari 100km sebagai rutin.

Selepas itu, saya mendapat perkhabaran untuk berjalan lebih jauh iaitu ke Johor Bharu. Dengan membawa anak-anak isteri ke sana, nampaknya rezeki saya belum ada di sana.¬†Bakal klien¬†menyatakan bahawa memandangkan saya jauh (walhal saya sudah beritahu saya bertempat di Selangor), maka¬†bakal klien¬†tersebut akan memilih agen yang lebih dekat. Pada mulanya agak terkilan disebabkan perjalanan, masa, keringat dan kos rasa dibuang begitu sahaja. Dengan menarik nafas yang dalam dan menghembuskan secara perlahan-lahan, saya memberitahu kepada hati dan akal bahawa selepas pertemuan ini saya ‘niatkan’ membawa anak-anak dan isteri bercuti terlebih dahulu dan selepas itu akan berjumpa klien (kalau klien yang tidak pasti untuk memilih saya sebagai Life Planner kepada mereka).

Alhamdulillah, dengar kesabaran dari kes tersebut maka Allah memberi ganjaran dengan memberi bakal-bakal klien yang tidak terlampau jauh seperti Johor. Allah luaskan rezeki saya ke Negeri Sembilan dan Pahang. Betullah, apabila kita sabar.. Allah akan memberi ganjaran ke atas kesabaran yang kita lakukan. Malahan, anak-anak kini asyik bertanya ke mana hala tuju saya apabila berjumpa bakal-bakal klien kerana mereka tahu bahawa mereka akan mendapat ganjaran iaitu bercuti bersama keluarga. Taman tema, hotel, resort, pasaraya, taman permainan dan lain-lain lagi akan berlegar-legar di dalam pemikiran mereka. Jadi disebabkan itu mereka amat gembira apabila saya menyatakan bahawa saya akan keluar berjumpa klien (memberi polisi) atau bakal klien (untuk berjumpa). Lagi jauh lagi mereka suka sebab mereka tahu saya akan bermalam di sana.

Dengan teknologi yang wujud sekarang, amat mudah untuk melakukan apa jua transaksi. Namun begitu, saya masih percaya perjumpaan secara bertentang mata (physical) ada nilainya di sisi klien. Polisi akan saya beri secara by hand kerana pendapat saya, itu adalah kewajipan saya sebagai agen. Saya ingin memastikan polisi tersebut sampai dengan selamat dan menjawab kemungkinan klien ada pertanyaan-pertanyaan sambil sembang-sembang. Sambil merapatkan hubungan antara klien dan saya, ia dapat mengubah dari stranger to friend. Saja-saja je nulis ni.. mengisi masa lapang. ūüôā

Terima kasih kepada klien-klien yang selama ini percaya walaupun jarak memisahkan dekat atau jauh. Tanpa anda semua, saya tidak akan dapat melangkah sejauh ini dan mencapai cita-cita saya untuk menolong orang lain dalam defensive your saving.

Tips Takaful Untuk Anda

my medical card

Apabila telah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya mendapat pelbagai persoalan yang hampir sama dari prospek mahupun klien. Untuk memudahkan anda mengetahui secara mudah, biar saya senaraikan beberapa persoalan itu iaitu:

Had Tahunan vs Had Seumur Hidup
– Had tahunan: merupakan had yang dikenakan pada setiap tahun dan sekiranya had untuk membayar bil-bil sudah melepasi had tahunan maka anda perlu mengeluarkan wang dari poket anda sendiri. Ia akan diperbaharui setiap tahun. Sebagai contoh: had tahunan @ annual limit anda adalah RM100,000 maka pihak takaful hanya menanggung bil perubatan anda sebanyak RM100,000 sahaja. Selebihnya anda perlu guna duit dari poket anda sendiri.
Had seumur hidup: Ia hampir sama seperti had tahunan tetapi had ini merupakan had untuk  seumur hidup  dan ia tidak akan diperbaharui. Saya gelarkan ini sebagai had prepaid iaitu ada had untuk claim anda. Apabila claim ini habis maka medical card anda sudah tidak berguna lagi dan anda juga amat sukar untuk bertukar ke syarikat takaful yang lain kerana faktor umur dan kesihatan. Sebagai contoh: had seumur hidup anda adalah RM1,000,000 maka sekiranya tahun selama 5 tahun anda sudah membuat tuntutan kepada pihak takaful sebanyak RM150,000 maka had seumur anda akan berkurangan menjadi RM850,000. Maka had ini akan semakin turun apabila semakin banyak anda membuat tuntutan.

Co-Takaful vs Tanpa Co-Takaful
– Co-takaful: merupakan cooperation @ kerjasama antara pihak takaful dan anda dalam perkongsian pembayaran bil-bil hospital. Sebagai contoh: Bil rawatan anda adalah RM10,000. Memandangkan pecahan co-takaful seperti ini (10% anda dan 90% takaful) maka anda harus membayar RM1,000 dari poket anda sendiri.
– Tanpa Co-Takaful: anda tidak perlu berkongsi tentang pembayaran bil hospital dan semua bil anda akan dituntut oleh pihak hospital 100% kepada syarikat takaful anda. Takde pening kepala dan poket rabak.

Takaful vs Insurans
– Takaful: merupakan satu tabung yang di bina dan semua pemegang polisi akan memberi contribution kepada tabung tersebut secara bulanan, semi quarter, half quarter atau setahun. Ia merupakan patuh syariah kerana tidak terlibat dengan riba, gharar dan maisir serta ada badan yang mengawalselia instrumen takaful ini.
– Insurans: merupakan syarikat yang akan wujud dan menjadi orang tengah untuk melindungi, mengembangkan simpanan anda dan membayar tunturan. Ia tidak patuh syariah dan setentunya anda akan terlibat dengan riba, gharar dan maisir.

Pampasan Life vs Pampasan Critical Illness
– Pampasan life: merupakan pembayaran tunai¬†secara hibah @ wasi kepada penama yang telah anda tulis sekiranya anda telah menemui ajal (kematian). Sekiranya anda tidak berupaya untuk bekerja (Total Permanent Disable) seperti lumpuh, maka anda akan memperolehi wang tunai tersebut. Dengan kata lain, pampasan life hanya untuk¬†kematian pembayar polisi¬†(hibah atau wasi’) dan untuk berlaku TPD kepada pembayar polisi.
– Pampasan Critical Illness: pembayaran tunai secara hibah atau wasi kepada anda atau penama (sekiranya anda meninggal dunia) disebabkan penyakit-penyakit kritikal seperti sakit jantung atau kanser. Ada critical illness yang hanya cover stage 3 & 4 sahaja dan ada juga yang bermula dari stage 1 sampai 4 (terpulang kepada polisi produk syarikat takaful).

Tuntutan vs Waiver
– Tuntutan: merupakan jumlah yang dituntut kepada pihak takaful sekiranya pemegang polisi ada membayar bil-bil hospital @ klinik dengan duit sendiri. Selalunya ia berlaku kepada paid and claim policy.
Waiver: merupakan satu rider atau manfaat tambahan yang akan berlaku pelepasan kepada polisi anda atau polisi keluarga sekiranya terjadi kematian atau TPD terhadap pemberi sumbangan @ payor.  Dengan kata lain, sekiranya payor TPD atau meninggal dunia, polisi itu kan dibayar oleh syarikat takaful secara 100% mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan.

Pre-Hospitalization vs Post-Hospitalization
Pre-Hospitalization: bil-bil hospital @ klinik yang boleh dituntut sebelum anda ditahan kat hospital. Sebagai contoh: pada hari ini anda ditahan disebabkan denggi, maka anda boleh membuat tuntutan bil-bil hospital @ klinik yang terdahulu tetapi haruslah berkaitan dengan penyakit yang anda ditahan kat hospital (demam @ ubatan). Tempoh hari bergantung kepada syarikat takaful, AIA takaful 60 hari.
Post-Hospitalization: bil-bil hospital atau klinik yang boleh dituntut selepas anda keluar dari hospital (discharge) dari hospital.Tempoh hari bergantung kepada syarikat takaful, AIA Takaful 120 hari.

Harap ini membantu untuk menjelaskan sedikit kekusutan anda.