Nampaknya saya agak terlewat untuk menwar-warkan kepada anda tentang dividen AHB untuk kali ini. Dari sumber menyatakan bahawa dividen untuk 6 bulan kali ini adalah 3.3% per unit yang dimasukkan ke akaun Maybank pada pertengahan April 2014.
Untuk makluman kepada anda, CEO PHB (Datuk Kamalul Arifin Othman) menyatakan bahawa bangunan Menara 1 Sentrum (27 tingkat) sudah siap di bina pada penghujung 2013. Ia akan memberi reaksi yang positif kepada dividen AHB pada 2015. PHB mengambil pendekatan yang aktif apabila memberi tanah-tanah baru untuk dibangunkan pada masa hadapan.
Nampaknya ada ribut secara diam-diam berlaku kerana banyak ahli baru ataupun lama sudah menghadapi kekecewaan kerana banyak cawangan yang menyatakan dana ini sudah penuh. Walaupun dana ini agak baru tapi memberi dividen yang baik dan positif lalu boleh bersaing dengan Tabung Haji dan ASB (kalau zakat simpanan diaplikasikan). Lupa untuk beritahu bahawa AHB adalah dana patuh syariah dan sudah membuat potongan zakat secara automatik. Jadi tidak perlu risau dengan dividen yang diperolehi…