Imej

Life without worries with AIA Takaful

life

Advertisements

Review/Revise Your Takaful Policy

Policy Review

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca blog Nurussalam Aziz. Adakah anda pernah membuat revise/review polisi takaful anda? Sepatutnya, setiap 3 tahun polisi anda akan di’review’ oleh agen anda untuk memastikan polisi anda sentiasa selari dengan kos-kos perubatan mengikut keadaan semasa.Kali ini saya tunjukkan bagaimana saya membuat policy revise atau perbandingan polisi. Anda boleh baca dan nilai quotation dari saya.

Pertama: pada bahagian ‘existing’ merupakan polisi yang asal/sedia ada. Informasi ini merupakan ringkasan kepada angka-angka atau jumlah yang ada didalam polisi asal/sedia ada. Sekiranya anda mempunyai polisi asal maka lebih mudah saya membuat revision polisi asal anda. Ia menceritakan bahawa polisi ini hanya memiliki Life (RM10,000), Critical Illness (tiada), pampasan kemalangan (RM20,000) dan Medical Card (Bilik RM300 sehari + had tahunan RM100,000).

Kedua: pada bahagian ‘new policy’ merupakan perbandingan yang anda akan dapat dari AIA Takaful (setentunya dari saya) berdasarkan amaun yang dibayar setara (sama) dengan polisi asal/sedia ada. Ia merupakan satu perbandingan ‘what you get from what you contribute‘ iaitu menjurus apa yang anda akan dapat dengan jumlah sumbangan yang sama, cuma ia berbeza syarikat takaful dan agen. Ia menceritakan bahawa polisi ini hanya memiliki Life (RM20,000), Critical Illness (RM13,000), pampasan kemalangan (RM20,000) dan Medical Card (Bilik RM300 sehari + had tahunan RM180,000).

**Perbandingan pada Bahagian Pertama dan Kedua berdasarkan amaun sumbangan yang sama iaitu RM230 sebulan. Terdapat perbezaan pada Life, Critical Illness dan had tahunan.

Ketiga: pada bahagian ‘add on to existing’ merupakan tambahan benefit/rider sekiranya anda ingin kekalkan medical card asal tetapi ingin membuat penambahbaikkan polisi. Ia boleh dilakukan dengan dua cara iaitu penambahbaikkan polisi asal (anda merujuk kembali kepada agen anda yang asal) atau menambah polisi baru (saya akan menjadi agen anda). Ia menceritakan penambahbaikkan yang boleh dilakukan iaitu polisi ini memiliki Life (RM200,000 – asal hanya RM10,000), Critical Illness [pampasan untuk 36 C.I pada stage 3 & 4] (RM40,000 – asal tiada), Multi Critical Illness [pampasan lebih dari satu kali untuk 36 C.I pada stage 3 & 4] (RM40,000 – asal tiada) dan Early Critical Illness [pampasan untuk Early C.I pada stage 1 & 2]. Tidak diletakkan sebarang medical card kerana polisi asal/sedia ada sudah memadai. Ini merupakan penambahan polisi dengan amaun yang sama iaitu RM230.

Keempat: pada bahagian ‘medical card comparison’ merupakan perbandingan medical card polisi asal/sedia ada dengan AIA Takaful. Setentunya anda akan nampak saya sedikit berat sebelah di sini kerana setentunya saya akan menunjukkan kelebihan yang ada pada AIA Takaful. ia merupakan perbandingan yang merangkumi:

  1. Pra-hospital (sebelum anda dimasukkan ke dalam wad). Ia menunjukkan anda boleh ‘claim‘ kembali bil-bil yang berkaitan dengan kes anda dimasukkan ke hospital. Sebagai contoh demam (check up di klinik) disebabkan denggi (dimasukkan ke hospital). [Polisi asal 30 hari vs AIA Takaful 60 hari]
  2. Selepas hospital (rawatan susulan selepas anda keluar daripada hospital. [Polisi asal 90 hari vs AIA Takaful 120 hari]
  3. Rawatan akibat kemalangan (jatuh, tergelicir, kena cakap kucing..etc). [Polisi asal RM3,000 vs AIA Takaful RM3,500 setiap kemalangan]
  4. Had claim terkumpul yang wujud seumur hidup. [Polisi asal RM1,000,000 vs AIA Takaful tiada had]
  5. **Ada manfaat yang sama tetapi saya tidak nyatakan di dalam ini.

**Quotation dan jumlah sumbangan ini berbeza mengikut jantina, umur, jenis pekerjaan dan cara hidup.

Jadi, anda boleh melihat saya terjemahkan secara ringkas tetapi terperinci antara polisi asal dan polisi baru dari AIA Takaful. Saya boleh dihubungi pada talian 014-333 6369 untuk mengetahui lebih lanjut. Terima kasih.

Medical Card.. mana satu nak pilih?

 

bilik RM200

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, diharap semua masih sifat wal’afiat dan mencari alternatif untuk mengimbangi kos hidup akibat daripada Good Service Tax (GST). Saya tidak membandingkan produk daripada pengendali takaful lain kerana ia merupakan professionalism dalam industi ini, saya hanya membuat perbandingan produk-produk atau pelan yang ada di dalam AIA Takaful.

Seperti yang anda ketahui, AIA Takaful mempunyai dua pelan Medical Card iaitu standalone without saving (MedRegular-i) dan rider with saving (LifeLink-i). Kedua-dua medical card ini boleh diambil sebagai individu atau bergabung sebagai pasangan @ satu keluarga @ ayah/ibu + anak (sehingga 4 orang anak) tanpa berkongsi had tahunan.

Rajah diatas menunjukkan berapakah jumlah sumbangan yang harus anda bayar sekiranya anda ingin mengambil medical card. Rujukan itu dibuat berdasarkan medical card standalone (MedRegular-i). Di sini saya akan senaraikan kelebihan dan kekurangan untuk kedua-dua produk:

MedRegular-i
Kelebihan:
jumlah caruman murah ketika muda, hanya puluhan ringgit sebulan
– sesuai untuk short term coverage (tidak sarankan)

Kekurangan:
– jumlah caruman akan meningkat setiap beberapa tahun
– jumlah caruman tinggi ketika tua, mencapai ribuan ringgit sebulan
– hanya menjurus kepada perlindungan daripada bil-bil hospital
– kurang manfaat.

LifeLink-i
Kelebihan:
– boleh membuat penambahan manfaat (rider) untuk pampasan kepada penyakit-penyakit kritikal dari peringkat pertama dan seterusnya, kemalangan, peningkatan had tahunan kepada medical card (mencecah sehingga rm1.5 juta setahun), elaun tunai harian dan lain-lain lagi.
– boleh memilih kadar harian bilik sehingga RM500.
– jumlah sumbangan sama dari permulaan polisi hingga penutupan polisi.
– mempunyai jumlah simpanan dan pengeluaran simpanan boleh dilakukan (baki simpanan tidak boleh kurang dari RM1,000)

Kekurangan:
– bayaran sedikit tinggi daripada MedRegular-i pada awalnya (ketika muda) tetapi akan murah apabila mencapai pada umur-umur tertentu.

Sekiranya anda bertanya kepada saya untuk membuat pilihan antara keduanya, saya akan memilih plan LifeLink-i kerana:
– terdapat pelbagai manfaat yang boleh disesuaikan dengan kehendak
– bayaran yang tetap dari awal polisi sehingga tamat
saya boleh membuat amal jariah @ sedekah untuk anda. Nak tahu, kena jumpa saya..
– saya boleh customise mengikut kehendak klien

Saya tidak mahu menulis terlampau  terperinci dan panjang yang akan menyebabkan artikel ini seperti menjual produk semata-mata. Sekiranya anda ingin tahu secara terperinci, saya boleh dihubungi (whatsapp, call atau sms) pada talian:

Nurussalam Aziz 014-333 6369