Kad Caj Al-Rajhi dibekukan

bank_alrajhi copy

 

 

 

 

Kepada sesiapa yang ingin membuat kad caj al rajhi, nampaknya anda akan hampa seperti saya. Pada dua minggu lepas, saya ada membuka kembali akaun di al rajhi dengan harapan untuk membuat permohonan kad caj. Pada pengamatan saya, kad ini memenuhi kriteria saya iaitu:

  • ada 50 hari tanpa caj
  • bayar “lumpsump”, ini untuk mengelak amalan bayar minima seperti di kad kredit
  • mengikut shari’ah

 

Namun begitu, apabila bertanya kepada ahli bank untuk membuat permohonan. Kata-kata dari staf bank yang amat meruntuh jiwa “Emm..encik. Buat masa sekarang kad caj ini telah dibekukan”. Aisehman..kemudian saya bertanya mengapa kad caj ini dibekukan. jawapan staf bank tersebut lagi menghiris hati yang lara ini “Tak tahu laa encik”. Hahaha.. terlepas lagi peluang nak guna kad caj ni.

Pada pendapat saya, ada beberapa sebab yang mungkin menjadi kad caj ini dibekukan:

  • ada pembayar yang tidak baik iaitu tidak bayar mengikut masa yang ditetapkan
  • ada pembayar yang menyalahgunakan kad caj tersebut
  • kad caj ini tidak membawa keuntungan besar kepada pihak bank

Harapan saya biar kad caj ini dinyahbekukan, supaya saya leh mohon.. Hehe.

Penutupan akaun Al-Rajhi Bank

Rasanya mungkin ramai yang tidak tahu dengan kewujudan Bank Al-Rajhi. Dahulu, memang nama bank ini cukup asing untuk diri saya. Tapi disebabkan ingin memohon pinjaman peribadi yang menyebabkan sesi suai kenal secara langsung.

Sebenarnya bank ini adalah sebuah bank yang datangnya dari Arab Saudi dan telah mula bertapak di Malaysia pada tarikh October 2006 (Jalan Ampang). Rasanya kalau nak diukur pada tahun operasi di Malaysia, bank in baru beroperasi sekitar 5 tahun lebih. Masih boleh dikatakan baru pada pandangan saya.

Ok, berbalik kepada proses suai kenal saya dengan bank ini. Ia bermula sekitar tahun 2008, saya telah memilih untuk mengambil pinjaman peribadi. Pada ketika itu saya tidak mempunyai pilihan lain untuk mengambil pinjaman peribadi kerana saya bekerja dengan syarikat swasta. Jadi pilihan untuk mendapat kadar ‘interest’ yang rendah adalah amat susah. Sekiranya anda ingin mengambil pinjaman peribadi dengan bank ini, anda akan melalui proses akad di mana ada transaksi akad antara anda (peminjam), bank dan penjual barang. Setelah proses akad jual beli ini selesai, maka duit akan dimasuk secara auto debit ke akaun debit anda. Rasanya pada waktu itu, proses hanya mengambil 2 minggu sahaja (Al-Rajhi TTDI). Di sini hanya mengamalkan transaksi secara shariah sahaja, tiada transaksi ‘konventional’. Kira ok laa tu kan. Rasanya dengan kemunculan bank-bank yang bersifat shariah dan mendapat sokongan dari pengguna, baru anda dapat lihat betapa bank-bank lain turut membangunkan cawangan-cawangan bank yang berkonspkan shariah.

Sekarang, pinjaman peribadi dengan bank ini pun telah selesai. Saya melangsaikan jumlah pinjaman secara ‘full settlement’. Maklumlah, dapat rezeki lebih jadi baik tolak untuk hutang-hutang lapuk. Maklumlah, penstrukturan semula rekod kewangan saya supaya menjadi lebih positif. Proses ‘full settlement’ juga agak berlainan dengan mana-mana bank pernah saya melakukan transaksi iaitu saya perlu mengisi borang untuk menyelesaikan baki pinjaman. Selepas itu, saya akan mendapat email tentang jumlah yang perlu saya bayar. Apabila sudah dapat email tersebut @ surat (akan di pos), saya harus masukkan wang pada akaun simpanan secukupnya atau berlebih dari jumlah ‘full settlement’. Kemudian saya membuat panggilan kepada pihak bank (selalunya person in charge akan bagi kad) yang menyatakan bahawa wang sudah berada di posisi ‘standby’. Keseluruhan urusan ini mengambil masa kurang dari 2 minggu untuk diselesaikan. Cukup efisen pada pengamatan saya.

Pada tarikh 03/04/2012, secara rasminya saya menutup akaun ini secara terhormat. Kad telah ditebuk pada bahagian-bahagian sensitif dan baki wang di dalam akaun dipulangkan secara tunai. Kaya kaya..hehe. Jadi selesailah proses penutupan akaun Al-Rajhi Bank di Shah Alam. Urusan memang kejap sangat sebab boleh dikatakan macam takde orang, tapi servis memang tip top.

Beberapa sebab saya menutup akaun Al-Rajhi:
– kad debit ini mengenakan caj RM 8 setiap tahun (bank-bank lain pun ada tau)
– ada memohon Caj Kad Al-Rajhi dahulu tapi reject tanpa sebab-sebab yang konkrit (kes merajuk laa ni..hehe)
– dah takde transaksi dengan bank ni, so tutup je laa.

Selepas ini, akan banyak bank-bank akan saya tutup satu persatu. Nanti saya akan bandingkan tahap kebagusan setiap bank yang saya akan lawati nanti. Hehe.

Sejarah Kuwait Bank

Ditubuhkan pada 1977 dan merupakan bank pertama yang mengamalkan operasi mengikut prinsip-prinsip yang mengikut Shariah, Kuwait Finance House K.S.C. (KFH) telah muncul sebagai sebuah bank yang menerajui bank-bank di dunia. KFH telah memulakan operasinya di Bahrain, Turkey, Jordan, Saudi Arabia, Malaysia, Singapore dan Australia, di samping itu juga ia menjadi gabungan dengan United Arab Emirates, Oman dan Bangladesh.

Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad

Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) merupakan satu-satunya bank luar negara yang berbentuk bank Islam dan diberikan lesen di bawah Islamic Banking Act (Malaysia) 1983. Sebuah anak syarikat milik penuh KFH, telah memulakan langkah untuk menubuhkan syarikat perbankan di Malaysia yang di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), keputusan untuk membuka industri perbankan Islam di negara ini kepada perbankan asing yang berkelayakan seperti yang disyorkan di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan. Sebagai ibu pejabat serantau KFH di rantau Asia Pasifik, peranan utama bank ini adalah untuk menyediakan penyelesaian kewangan berasaskan Syariah yang inovatif kepada pelanggan-pelanggan bank ini. Di samping itu juga, bank ini bertindak sebagai perantara dan fasilitator untuk menggalakkan pelaburan dan perdagangan dua hala antara Malaysia, Asia Pasifik dan Timur Tengah. Anak syarikat milik penuh bank ini, Kuwait Finance House (Labuan) Berhad mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan perbankan luar pesisir di Wilayah Persekutuan Labuan.

Bank ini menawarkan kewangan yang bersistemkan Shariah sepenuhnya dari segi operasi mahupun produk. Ia meliputi Perbankan Korporat dan Pelaburan, Perdagangan, dan Runcit dan Pengguna serta Perbendaharaan dan Perniagaan Antarabangsa. Di samping itu, bank ini telah menubuhkan KFH Asset Management Sdn Bhd untuk menyediakan aset dan aktiviti pengurusan dana, merangkumi ekuiti swasta, pelaburan alternatif dan unit amanah.

Ini adalah laman sesawang rasmi Kuwait Bank. http://www.kfh.com.my/kfhmb/ep/home.do?tabId=0