Perihal Diri Ku

NurussalamAzizBiar aku mulakan dengan nama singkatan aku sahaja, panggil sahaja aku sebagai NurussalamAziz. Ia merupakan gabungan dari nama aku dan ayahku. Lebih singkat tetapi bererti. Pada mulanya aku gemar membaca blog-blog dan forum-forum yang ada di internet tetapi lama-kelamaan, aku rasa tidak ada salahnya kalau aku ingin berkongsi pengalaman aku yang lebih berkisar atas apa yang aku buat. Mungkin ada sesetengahnya boleh menjadi sumber rujukan kepada orang lain. Apa sahaja yang aku rasa ingin berkongsi, aku akan letakkan di sini dan di harap para pembaca dapat manfaat dari nya. Insya’allah.

Aku berasal dari negeri di timur semenanjung dan aku merasakan para pembaca tahu di mana tempat itu. Aku juga berasal dari ahli keluarga yang ramai, ada yang masih menetap di negeri kelahiran aku dan ada juga yang merantau seperti aku. Boleh dikatakan sudah 17 tahun aku merantau dari negeri kelahiran ku. Pelbagai rintangan dan pengalaman yang aku perolehi dari sesi perjalanan hidup ku ini. Tapi alhamdulillah, segala kesilapan yang negatif telah di ubah menjadi kejayaan yang positif.

Aku tidak ada mengambil sebarang penulisan yang formal untuk membentuk penulisan ku ini, biar sekadar dapat di baca dan di kongsi oleh pembaca-pembaca yang ingin mengetahui sebarang informasi yang ingin aku beri. Itulah tujuan asal kenapa aku membina blog yang tak seberapa ini. Atas dasar ingin “berkongsi” semata-mata. Sebenarnya aku lebih menjurus kepada bidang kewangan dan di samping itu juga aku akan selitkan perihal topik-topik lain yang ingin aku kongsi.

Kalau para pembaca ingin mengetahui serba sedikit mengenai akademik aku, biarlah aku cerita serba sedikit secara ringkasnya. Aku merupakan lulusan diploma dan ijazah (kepujian) dari universiti swasta di Malaysia dan major pembelajaran aku di sana adalah multimedia semata-mata. Dari segulung diploma dan ijazah yang aku miliki, aku dapat bekerja selari dengan kebolehan yang aku miliki. Alhamdullillah, aku rasa mungkin sebab minat aku mendorong untuk aku bermain-main dengan bidang multimedia. Sekarang, aku sedang bekerja di sebuah universiti antarabangsa yang bermasutatin di Malaysia. Rasanya sudah 5 tahun aku telah mencurahkan bakti aku di sini.

Kalau diceritakan mengenai perjalanan kewangan ku ini, aku bukanlah berasal dari golongan yang kaya mahupun berada. Setentunya di zaman muda belia aku, aku banyak melakukan kesilapan-kesilapan kewangan yang telah menghantui aku selama beberapa tahun. tapi aku masih bernasib baik kerana belum mencapai tahap ‘blacklist’ mahupun muflis muda. Dari berkat pembacaan selama ini, aku dapat menghapuskan beberapa sejarah hutang hitam kepada yang lebih baik. Ini yang aku ingin kongsi supaya para pembaca tidak melakukan kesilapan yang sama seperti aku dahulu. Sekarang, aku merasakan aku berada di landasan yang betul untuk menuju kepada seorang yang lebih baik tahap kewangannya. Aku tidak mahu aku seorang sahaja yang berjaya tetapi aku mahu juga para pembaca berjaya seperti aku. Insya’allah, sekiranya ilmu ku ini boleh di bukukan.. akan aku bukukan suatu hari nanti.

“Sekiranya langkah pertama dapat diatasi, langkah seterusnya lebih mudah” Nurussalam Aziz

6 comments on “Perihal Diri Ku

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s