E-Book Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan – Nurussalam Aziz

sample-3

Pasal asalnya, buku ini telah disiapkan pada tahun 2014 dan ingin diterbitkan kepada para pembaca sekalian. Atas dasar yang tidak diketahui, pihak penerbit menangguhkan untuk menerbitkan buku ini. Jadi, atas dasar ingin berkongsi.. saya memberi penulisan dalam bentuk e-book secara PERCUMA. Ya, secara percuma. Mungkin anda tanya, apa yang saya dapat dari hasil penulisan ini. Mudah sahaja, sekiranya ilmu di dalam ini membawa kebaikkan kepada anda dan anda mempraktikkannya maka secara automatik saham akhirat saya sudah dibina kat ‘sana’. Harap-harap ia bawa kebaikkan kepada anda semua.

Buku ini adalah perkongsian peribadi saya dari seorang yang melakukan kesilapan berhutang secara membuta tuli kepada seorang yang dapat menyelesaikan hutang yang tidak baik. Lain orang, lain cara penyelesaian mereka. Di dalam itu juga saya ada selitkan amalan-amalan menurut Islam yang saya lakukan iaitu usaha dan bertawakal dengan Alla SWT. Buku ini adalah lengkap dan bukannya dipecahkan seperti sebelum ini.

Saya membenarkan anda untuk mencetak (103 muka surat) untuk kegunaan anda sendiri tetapi saya melarang sekiranya anda membuat duit dari kandungan buku ini. Anda juga boleh ‘kongsi’kan pautan laman ini kepada sesiapa sahaja yang anda rasa bermanfaat kepada mereka. Anda boleh lihat pautan ini untuk memuat turun kandungan e-book lengkap ini.

Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan_NurussalamAziz

Advertisements

Cover Note: Bebas Hutang Hidup Senang

sample-3

Pada asalnya, nukilan ini ditulis dan ingin dibukukan kepada para pembaca. Ia ditulis oleh saya sendiri hampir 2 tahun dan seterusnya dihantar kepada ‘publisher‘ yang berminat. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Akhirnya untuk menerbitkan buku ini secara fizikal tidak kesampaian. Apabila dilihat, ia disebabkan kekangan wang yang berlaku kepada publisher tersebut. Pada mulanya, saya ingin mencari lagi publisher yang ingin mengambil manuskrip lengkap ini.. apabila difikir kembali alangkah baiknya perkongsian ilmu ini diberi secara atas talian. Ya.. semoga ilmu yang bermanfaat memberi pahala kepada saya selagi ilmu ini digunakan.

Tajuk asal buku ini adalah ‘Daripada Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan’, namun atas kehendak publisher.. ia telah ditukar kepada ‘Bebas Hutang Hidup Senang’. Namun begitu, kandungan asal (mungkin ada kesilapan ejaan) akan saya kongsikan minggu demi minggu sehinggalah 92 muka surat ini habis di pindah ke atas talian. Namun begitu, hak cipta ini masih terpelihara kepada Nurussalam Aziz iaitu saya sendiri. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara-cara lain sebelum mendapat izin daripada saya.

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi setiap individu dan tiada jaminan dikeluarkan dalam menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, tips, idea dan cadangan untuk dijadikan panduan asas sahaja kerana ia di tulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Penulis buku ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan.

Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang terkandung dalam buku ini. Penulis secara khusus tidak bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian atau risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi daripada apa juga kandungan daripada buku ini.

Selamat membaca!

 

(Nukilan 1: Bebas Hutang Hidup Senang)

Sila lihat pada side bar sebelah kanan untuk membaca keseluruhan buku ini atau klik pada link di atas.

Kisah buku kewangan peribadi dari Nurussalam Aziz

cover

Alhamdulillah, berkat usaha dan sabar selama ini. Akhirnya impian saya untuk menerbitkan sebuah buku perihal kewangan peribadi telah tercapai. Hampir tiga tahun diambil untuk menyiapkan buku ini dari proses rangka kasar, gaya bahasa, mengarang, proses penerbitan dan sebagainya. Kini, buku ini dalam proses akhir suntingan (sudah selesai) sebelum proses mencetak akan dilakukan oleh pihak penerbitan iaitu Truewealth Sdn. Bhd. Terima kasih diucapkan kepada pihak penerbit kerana sudi untuk menerima manuskrip saya dahulu. memberi tunjuk ajar (maklum laa.. kali pertama mengarang, banyak yang silap) dan mencetak untuk diterbitkan kepada orang ramai (jika dilihat pada gambar..akan diterbitkan pada Oktober 2015).

Mungkin anda tertanya-tanya apakah isi kandungan buku ini dan adakah ia menepati citarasa anda? Hmm..sebetulnya, buku ini berkisah tentang kesalahan-kesalahan kewangan yang saya lakukan sebelum ini hingga mengongkong kehidupan dan bagaimana saya bangkit untuk menyelesaian masalah kewangan yang menghantui saya selama ini dengan teknik-teknik yang wujud di Malaysia. Hutang-hutang yang melingkari dan menyesakkan sebelum ini, dapat saya selesaikan dengan pelbagai cara (ada saya kongsikan di dalam buku ini). Tips-tips yang dikongsi merupakan cara saya menyelesaikan masalah kewangan peribadi saya dahulu jadi berkemungkinan ia bersesuaian dengan anda juga. Sebagai umat Islam, saya kongsikan juga apakah amalan-amalan yang saya lakukan (setelah gigih berusaha..selebihnya tawakal kepada Allah) dari sudut Islam. Sejujurnya, telah lama saya ingin berkongsi tips kewangan peribadi yang memungkinkan anda boleh praktikkan dalam kehidupan kewangan peribadi atau keluarga anda. Seboleh-bolehnya, saya ingin menolong anda dan ramai orang diluar sana dengan merujuk kepada betapa pentingnya merancang kewangan peribadi kerana ia mempunyai kesan yang amat panjang kepada anda. Saya menggunakan gaya bahasa yang santai dan ringkas supaya anda tidak terasa seperti anda membaca sebuah buku teks sekolah. Disebabkan itulah, hampir setahun saya mencuba pelbagai lenggok bahasa sehinggalah saya menemui gaya bahasa yang sesuai dengan gaya penulisan saya sendiri. Alhamdulillah, pihak penerbit tidak terlalu terikat dengan gaya bahasa (sebenarnya.. saya sendiri pun tak minat kalau baca buku yang terlalu skema gaya bahasanya).

Pada asalnya, buku ini bertajuk ‘Dari Kepompong Hutang Kepada Bebas Kewangan’. Namun begitu, pihak penerbit menyatakan tajuk itu terlalu panjang lalu pihak penerbit menyarankan menukar tajuk buku kepada ‘Bebas Hutang Hidup Senang’. Setelah berfikir seketika, saya mempunyai idea untuk menukar tajuk yang lebih niche dari pandangan akal fikiran saya ni iaitu ‘Dahulu Dikawal Sekarang Mengawal’. Jadi terpulanglah kepada pihak penerbit untuk mengekalkan tajuk ‘Bebas Hutang Hidup Senang’ atau menukar kepada ‘Dahulu Dikawal Sekarang Mengawal’ disebabkan belum menerima maklumbalas dari pihak penerbit (Truewealth Sdn. Bhd.). Ini kerana syarikat penerbit bercuti selama 2 minggu untuk menyambut Eidul Fitri.

Insya’allah, pihak penerbit berbesar hati dengan memberi diskaun kepada para pembaca yang membeli secara terus dari penulis iaitu saya sendiri. Saya ada nyatakan dalam artikel sebelum ini tetapi harga akhir akan saya war-warkan nanti. (GST punya hal laa ni.. hehe). Salam akhir dari saya..Nurussalam Aziz.