Sejarah dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

logo ahbNampaknya agak lama saya tidak memberi tips atau artikel hasil nurkilan saya di sini. Maklumlah dengan kekangan kerja yang meningkat dan beberapa polisi hidup yang berubah, seharusnya memberi saya kekangan masa yang amat ketara.

Ok, kali ini ingin saya ceritakan mengenai Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) iaitu sebuah unit amanah saham yang berlandaskan syariah dan membuat pelaburan yang lebih tertumpu kepada hartanah-hartanah komersial yang terletak di pelbagai lokasi utama di Malaysia.

Memandangkan saya belum menjumpai sesiapa pun yang ringkaskan mengenai dividen AHB ini, biar saya sertakan di dalam artikel ini. PNB ada menyatakan bahawa is akan cuba mengekalkan dividen terjangka iaitu 6 peratus setahun. Ini memberikan satu ‘benchmark‘ kepada para pelabur berisiko rendah (seperti saya..hehe) untuk memantau dana AHB ini. Pada pengamatan saya, AHB lebih sesuai kepada orang yang ingin mencapai purata pembahagian dividen yang lebih daripada ‘fixed deposit’. Sebelum saya terlupa, dividen akan dimasukkan ke akaun Maybank terus. Dalam setahun, 2 kali dividen akan dimasukkan ke akaun maybank anda.

Untuk permulaan membuka akaun, RM500 akan dijadikan sandaran. Tambahan dana minima ialah RM100 bersamaan 100 unit saham. Pengeluaran hanya sekali sahaja dalam sebulan. Tiada buku diberikan (ni yang tak best), hanya slip kemasukkan dijadikan bukti kemasukkan. Boleh memasukkan dana secara tunai (ini pilihan lebih baik) atau secara pinjaman (saya cari dalam maybank punya website, tiada pula pinjaman ini..mungkin tak dikemaskini atau sudah dilupuskan).

sejarah dividen ahb

Biar saya cerita sedikit latarbelakang Amanah Hartanah Bumiputera (AHB):

  • dilancarkan pada 29 November 2010 oleh Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.
  • mempunyai saiz dana permulaan sebanyak RM 1 billion unit dan unit sedia ada ini adalah untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur Bumiputera dengan harga RM1.00 melalui mana-mana cawangan Maybank.
  • ada masa ini, disandarkan oleh lima hartanah-hartanah komersial perdana yang disewakan iaitu CP Tower di Petaling Jaya, 26 Boulevard di Putrajaya, Wisma Consplant di Subang Jaya, Tesco Setia Alam dan Kompleks Industri Shah Alam.
  • dana pelaburan oleh Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan Pengurus dana adalah Maybank Investment Management Sdn. Bhd.

Kalau anda berminat, silalah pergi ke cawangan Maybank. Saham akan dijual selagi dana belum penuh. Pada pendapat saya, dana ini masih baru. Tidak ada salahnya kalau memasukkan dana ini secara tetap, orang kata lebihan duit tu dari dihabiskan kepada perkara yang sia-sia baik ditanam sebagai “tunas pelaburan” dalam AHB ini. Sekurang-kurangnya, setahun anda dapat 2 kali dividen. Kalau anda buat sedikit kira-kira kasar, anda akan dapat RM150 setiap setengah tahun @ RM300 setahun sekiranya kadar keuntungan 6 % setahun dan dana yang disimpan adalah RM 5,000. Boleh lah di buat sebagai dana kecemasan. 😀 . Saya sudah buat, anda bila lagi? Hehe.