Sejarah dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

logo ahbNampaknya agak lama saya tidak memberi tips atau artikel hasil nurkilan saya di sini. Maklumlah dengan kekangan kerja yang meningkat dan beberapa polisi hidup yang berubah, seharusnya memberi saya kekangan masa yang amat ketara.

Ok, kali ini ingin saya ceritakan mengenai Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) iaitu sebuah unit amanah saham yang berlandaskan syariah dan membuat pelaburan yang lebih tertumpu kepada hartanah-hartanah komersial yang terletak di pelbagai lokasi utama di Malaysia.

Memandangkan saya belum menjumpai sesiapa pun yang ringkaskan mengenai dividen AHB ini, biar saya sertakan di dalam artikel ini. PNB ada menyatakan bahawa is akan cuba mengekalkan dividen terjangka iaitu 6 peratus setahun. Ini memberikan satu ‘benchmark‘ kepada para pelabur berisiko rendah (seperti saya..hehe) untuk memantau dana AHB ini. Pada pengamatan saya, AHB lebih sesuai kepada orang yang ingin mencapai purata pembahagian dividen yang lebih daripada ‘fixed deposit’. Sebelum saya terlupa, dividen akan dimasukkan ke akaun Maybank terus. Dalam setahun, 2 kali dividen akan dimasukkan ke akaun maybank anda.

Untuk permulaan membuka akaun, RM500 akan dijadikan sandaran. Tambahan dana minima ialah RM100 bersamaan 100 unit saham. Pengeluaran hanya sekali sahaja dalam sebulan. Tiada buku diberikan (ni yang tak best), hanya slip kemasukkan dijadikan bukti kemasukkan. Boleh memasukkan dana secara tunai (ini pilihan lebih baik) atau secara pinjaman (saya cari dalam maybank punya website, tiada pula pinjaman ini..mungkin tak dikemaskini atau sudah dilupuskan).

sejarah dividen ahb

Biar saya cerita sedikit latarbelakang Amanah Hartanah Bumiputera (AHB):

  • dilancarkan pada 29 November 2010 oleh Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.
  • mempunyai saiz dana permulaan sebanyak RM 1 billion unit dan unit sedia ada ini adalah untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur Bumiputera dengan harga RM1.00 melalui mana-mana cawangan Maybank.
  • ada masa ini, disandarkan oleh lima hartanah-hartanah komersial perdana yang disewakan iaitu CP Tower di Petaling Jaya, 26 Boulevard di Putrajaya, Wisma Consplant di Subang Jaya, Tesco Setia Alam dan Kompleks Industri Shah Alam.
  • dana pelaburan oleh Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan Pengurus dana adalah Maybank Investment Management Sdn. Bhd.

Kalau anda berminat, silalah pergi ke cawangan Maybank. Saham akan dijual selagi dana belum penuh. Pada pendapat saya, dana ini masih baru. Tidak ada salahnya kalau memasukkan dana ini secara tetap, orang kata lebihan duit tu dari dihabiskan kepada perkara yang sia-sia baik ditanam sebagai “tunas pelaburan” dalam AHB ini. Sekurang-kurangnya, setahun anda dapat 2 kali dividen. Kalau anda buat sedikit kira-kira kasar, anda akan dapat RM150 setiap setengah tahun @ RM300 setahun sekiranya kadar keuntungan 6 % setahun dan dana yang disimpan adalah RM 5,000. Boleh lah di buat sebagai dana kecemasan.πŸ˜€ . Saya sudah buat, anda bila lagi? Hehe.

248 comments on “Sejarah dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

  1. kalau 6% setahun bukankah lebih baik invest di ASB? cume beze AHB bg deviden 2 kali setahun? tp total tetap lebih kurang 6%/ pendapat anda?

    • Ya, memang betul ASB nampak macam bagus. Tapi harus diingat, ASB belum ada penolakkan zakat simpanan iaitu bersamaan 2.5%. Jadi kalau dilihat dari sudut AHB ini.. 6% + 2.5% = 8.5%. Saya mengambil pendekatan yang lain kerana hukum ASB ada pertelingkahan antara HARUS dan HARAM. Jadi saya nampak ada lagi pilihan yang tidak bercanggah secara hukum iaitu AHB, Tabung Haji dan syer koperasi. Harap dapat membantu..πŸ™‚

    • Setakat ini saya belum terkena apa-apa caj dari pihak AHB. Dan ini yang saya ambil dari FAQ AHB:

      “Adakah pemegang unit akan dikenakan yuran atau caj ke atas jualan/belian balik?
      Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan. Anda boleh membeli dan menjual balik unit pada harga tetap iaitu RM1.00 seunit.”

    • Alhamdulillah.. bagus laa begitu. Nak kata tipu tu takde laa sangat sebab investment ni jenis low risk. Lagipun investment ni juga di syorkan dari kerajaan. Tapi ok laa.. 2 kali setahun, leh dapat duit lebey.πŸ˜€

  2. saya masuk deposit.. rm minima je, awal tahun 2013,da dpt pn dividen bln Apr. Tengah tunggu dividen utk pada bulan Okt 2013. Nak tambah deposit bulan2 rasanya x mampu. Tunggu awal tahun 2014, dapat dividen ASB bole top up akaun AHB

  3. Pingback: Bila dividen AHB akan diumum? | NurussalamAziz

  4. kuota simpanan ASB saya dah penuh , x bleh nk simpan lg. saya terpikir nk letak dalam AHB. tp saya nk tanya senang ke tidak urusan nak menyimpan dan mengeluarkan bila kita perlukan duit .. Hanya Maybank shj…

    • Kalau dah penuh ASB, jadi anda boleh letakkan ke investment lain yang mungkin anda berminat (low risk, medium risk dan high risk). Kalau anda mahu kan pasif income tanpa serabut kepala, anda boleh letak ke AHB (pulangan 2 kali setahun) atau tabung Haji. Kalau anda hendak ada aset, anda boleh pergi ke hartanah tapi haruslah ada sedikit ilmu. Jadi terpulang pada anda.

      Rasanya maybank memang banyak di Malaysia ni, jadi tiada masalah…

      • apa yang dimaksudkan dengan “Kalau anda hendak ada aset, anda boleh pergi ke hartanah tapi haruslah ada sedikit ilmu?”.sy krg arif dalam bidang pelaburan ni

      • Harap ini membantu.. setiap pelaburan yang ingin di buat, kita harus ada ilmu. Jangan terlalu mengikut orang secara membuta tuli. Lain orang lain tahap penerimaan risiko. Ada orang guna duit terlebih untuk melabur dan dia tak kisah kalau rugi. Ada orang itulah sahaja duit yang ada untuk melabur.. kalau rugi habislah simpanan. Yang paling bahaya, buat pinjaman untuk melabur secara ikut-ikutan yang membuta tuli.

  5. Salam. bolehkah kita andaikan AHB ni sifat pelaburan lebih kurang sma dgn ASB memandangkan pengurusan AHB tetpkan dividen terjangka sebanyak 6%?

    • Salam.. dari segi pengurusan agak berbeza di atas beberapa sebab:
      – kepatuhan syariah (ASB tidak, AHB Ya)
      – kematangan unit amanah (ASB dah lama, AHB baru bertapak)
      – portfolio yang berbeza (ASB invest kepada saham syarikat, AHB invest Hartanah)

      Persamaan yang sama ialah kedua-duanya adalah unit amanah (unit trust)

  6. asalamualaikum,
    jika kita labur rm500 , nanti setiap tahun akan dapat 6% dividen an
    tapi lepas dapat dividen tu, saya ingin keluarkan balik rm 500 tu boleh dengan mudah ke ?

    • AHB ada 2 kali dividen setahun.. setiap 6 bulan. Dividen Oktober 3.25% + 1% (dividen setia). Dikatakan setahun akan dapat paling sikit dalam 6%. Kalau nak buat keluar RM500 tu, kene tutup akaun terus..

  7. Salam..selepas kite masuk dengan pelaburan minima RM500, lepas tu kalau setiap bulan kita nak simpan dalam AHB berapa minima ye..lagi atu apa pandangan saudara dengan pelabuan akaun emas maybank..

    • Kalau tak silap pandang, dalam RM100 bersamaan 100 unit. Hmm.. akaun emas maybank (kijang mas) ok tetapi kene jaga elok2 dari calar, patah..etc. Kalau yang emas elektronik (GIA), akad jual beli tidak sah dari sudut Islam.

    • AHB hanya terbuka kepada bumiputera Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Mereka yang berusia di bawah 18 (berusia 3 bulan minimum) layak tetapi mesti mendaftar dengan penjaga Bumiputera / ibu bapa yang berusia 18 tahun.

  8. dlm propekstus AHB semua sewaan dibuat kontrak selama 10 thn…..nampaknya tiada kenaikan dividen dlm jangka masa tersebut….tp konsisten

  9. Sedikit informasi dari blog Pakdi.net mengenai AHB:-

    Kongsian utk rakan-rakan bumiputra dlm kemajuan kehidupan anda sendiriπŸ˜€
    Keputusan di tangan anda sendiri

    Secara umumnya maklumat mengenai AHB adalah:

    – Patuh Shariah
    – Melabur dalam sektor hartanah.
    – Melabur dalam pasaran wang Islam (Islamic Money Market) untuk tujuan kecairan.
    – Jumlah pelaburan permulaan, RM 500.
    – Jumlah pelaburan maksimum, RM 200,000
    – Pelaburan tambahan, RM 100
    – Jumlah baki minimia, RM 500
    – Pengeluaran minima, RM 500
    – Kekerapan pengeluaran, sebulan sekali (bukan 30 hari sekali)
    – Boleh melabur untuk anak sekecil usia 3 bulan ( didaftar oleh penjaga ibu/bapa)
    – Harga unit tetap, RM 1
    – Sasaran pulangan kepada pelabur, minima 6%
    – Pengurus dana, Maybank Investment Management Sdn Bhd

  10. salam, nak tanya..
    mcm tabung haji, zakat untuk deposit kite dah siap dibayarkan oleh tabung haji..
    bagaimana dgn AHB ni?
    thanks

    • W’salam..

      Jika dilihat dari info yang di beri, memang tidak dinyatakan “zakat dipotong”. Namun begitu, saya berpendapat ia sudah dipotong di atas beberapa sebab:
      – ia merupakan fund yang shariah compliant (jadi ia harus mengikut undang-undang dana amanah yang mengikut hukum-hukum islam)
      – ia tidak menyatakan bahawa zakat belum di potong
      – menjadi kebiasaan syarikat-syarikat yang memberi dividen akan memotong zakat terlebih dahulu (seperti tabung haji, bank rakyat, bank persatuan)

      Mungkin saudara zafandi menelefon pihak berwajib (lebih afdal pihak PHB untuk meleraikan kekusutan yang melanda).

  11. saya dah join AHB pada awal tahun ini dan dah menerima 2x dividen pada tahun ini, kabarnya ASB banyak yang mengatakan tak ikut syariah dan saya rasa duit dalam akaun ASB nak ditransfer ke AHB. Setelah mendapat penjelasan ini baru ler saya faham AHB mengikut syariah. Tapi ada perbezaan tak dari segi dividen antara AHB dan Tabung haji…?

    • Setentunya ada:
      – AHB: 2 kali setahun, TH: setahun sekali
      – AHB: dividen masuk ke maybank (tak auto tambah), TH: dividen masuk ke akaun dan auto invest
      – AHB; portfolio hanya hartanah. TH: Pelbagai (haji, perladangan, ..etc)

      Terpulang pada saudara berminat jenis portfolio pelaburan yang mana.. ASB masih terdapat dalam khilaf tentang harus & haram.

    • Wa’alaikummussalam saudara Allif,

      Rasanya seperti tidak boleh kerana slip kemasukkan duit adalah sebagai buku anda. Nanti saya bertanya isu ini apabila pergi ke maybank..

      • Assalamualaikum,

        Untuk penambahan unit AHB, buat masa ini hanya secara manual. Kena pergi ke kaunter. Saya pernah bertanya kan pihak MBB. Semasa saya buka AHB, pernah tanyakan online banking, tapi maklum balas diterima tidak memihak utk saya. sbb online ni senang banyak juga. Klik kat meja ofis @ dimana kita berada bersama computer.πŸ™‚

  12. Tabung Haji dan AHB mcm same je return die cm beza die return 2 kali setahun..untuk pengetahuan anda semua utk daftar haji atau nk dpt giliran skng x perlu satu sen pun tp dgn syarat akaun 1 kwsp lebih rm1300.00 ..jgn risau TH x akan ambil duit dlm akaun satu tu..ia sbgai cagaran.anda hnya perlu bawa penyata kwsp terkini dan ic ke TH haji utk mendaftar utk dpt thn bile turn kite.sy dan isteri dah niat=)

      • Boleh je.bwk salinan kwsp. ppotongan akan dibuat dri akaun 1 kwsp.tu pun bkn kita boleh bwk keluar duit tu. Akan di masukkn kembali ke akaun 1 kwsp sekiranya kita mbuat pbantalan dgn ahb.so xrugi pun

      • Terima kasih kepada Heyy andry. Method yang dikongsi oleh saudara digunakan sekiranya invest menggunakan akaun kwsp. Isu halal haram dalam pelaburan KWSP pun ada sebenarnya cuma tak diviralkan. Ustaz Zaharuddin pernah memberi perincian mengenai isu ini.

  13. salam.. ahb dh bleh guna kwsp.. bleh rujuk website mbb..
    same proses mcm melabur ke mana2 fund unit trus yg berkenaan..
    cuma kena g ke bank utk urusan..

    • salam.. alhamdulillah. menyenangkan kerja… nampaknya AHB dah mula menaiktaraf perkhidmatan kepada pelanngan. Kalau ada buku macam ASB lagi bagus.. kalau tidak harapkan slip kemasukkan sahaja. terima kasih rizal kerana update.

      • Ahb ada bagi penyata summary untuk setiap 6 bulan secara pos ke rumah, rasanya setiap kali selepas pembayaran dividen

  14. 6% tu mksd saudara nurussalamaziz adalah dividen yang minimum?..so, that means ianya tidak
    akan turun dibawah 6%

  15. Xrugi letak dlm AHB nie.. Dividen dh tolak zakat siap2.. Skrg stp pelabur bleh melabur sehingga 400k.. Tambahan skrg dh ada bonus 1%. Jika bminat bleh dtg mn2 cawangan maybank.. Atau bleh btanya kan kpd sy warga maybankπŸ™‚

    • salam..nak tanya…utk dftar..permulaan pelaburan adalah RM500 spt yg trmaktub dlm syarat dan terma..tp slepas sy mmbuat plaburan sbnyak tue…bley x kalo sy nak buat plaburan tmbahan stiap bln…maybe dlm RM200-RM500 camtu..

      • Pada pengamatan saya, AHB mengamalkan konsep ‘hartanah sewaan’. Jadi pulangan sewa tidaklah meningkat mendadak setiap tahun tapi kemungkinan untuk naik mendapat pulangan 10% memerlukan jangkamasa yang lama. Untuk dapat melebihi 6% atau sedikit lebih, tiada masalah kerana ini sudah dijanjikan oleh mereka. Ini berdasarkan ‘kadar sewa’ yang dikenakan kepada hartanah tersebut.

  16. kalau macam ni baik saya masuk kan duit asb saving saya ke ahb ni. asb loan saya still running mcm biasa. sbb mcm 2012 bonus cuma 1.15%. betul?

    • asb memang bagus.. tapi kalau asb loan, certified financial planner memang tak advise amik. Ada beberapa sebab tapi saya taknak jadi pendebatan dengan pengemar asb loan.

  17. saya baru ke maybank td utk bertanya kan mana lebih baik antara asb saving atau ahb. org maybank tu ckp asb.

    • asb memang bagus sebab rekod dividen yang panjang, tapi dari sudut ahb dividen dah bersih tanpa perlu tolakkan zakat tapi asb harus di buat penolakkan zakat (zakat simpanan).

  18. Gaji sy dibayar melalui maybank..adakah boleh utk sy membuat pgeluaran lebih dpd sekali dlm bulan tersebut??jika berdasarkan pd apa yg saudara katakan tadi hnya blh membuat sekali shj pgeluaran dlm sebulan jd scra tidak lgsung ini mgkin akan mnyukarkan sy sbb setiap payment spt bil2 blh dikatakan sy byr melalui maybank2u..hrp dpt beri pnjelasan..

  19. salam.. pelaburan kte yg RM500 tu memang x hangus ke? Dia mcm fixed deposit ke? maaf saya budak baru belajar..huhu..

  20. Kalau pengeluaran disekat kepada RM500 sehari, bererti kalau saya ingin mengeluarkan RM10,000.00 (misal kata jumlah pelaburan berjumlah RM30,000), alangkah lama baru saya dapat keluarkan RM10,000.00 itu…

    • Saya tak tahu di mana saudari membaca RM 500 sehari. Pengeluaran boleh di buat sebanyak mana yang mungkin untuk satu pengeluaran (satu bulan untuk satu pengeluaran sahaja). Pastikan saudari membawa slip kemasukan terdahulu (untuk memudahkan) dan sekiranya saudari sudah ada akaun maybank, duit pengeluaran akan di masukkan serta merta. Yup, serta merta..

  21. caj caj spt servis caj dll ada ke, rasanya ada mention ada fr ahb.ditolak ms pengeluaran ke.berapa peratus ya.

  22. terima kasih atas info yang sangat beguna..mari kita ramai-ramai sokong pelaburan patuh syariah..biar sikit ..yang penting berkat..

    • Setahu saya, PHB tak disenaraikan sebagai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP. So rasanya benda ni tak valid untuk pengeluaran guna KWSP..

  23. As salam….nak tanya…..ahb nie memang xda buku akaun ke?…kalau nak tambah wang pelaburan mesti melalui maybank juga?…xleh online banking?mohon balas….terima kasih….wassalam

  24. Jika saya labur rm400k pada bulan 2, adakah saya layak terima dividen 3.25% pada bulan 3? Jika layak, bolehkah saya jual rm400k pada bulan 4, dan kemudian beli balik pada bulan 8, untuk terima dividen pada bulan 9 ?

  25. saya berminat nak beli AHB ni…..tapi during office hour mmg xdpt nak gi bank….mmg xsempat… lokasi office jauh dr bank…..
    boleh buat secara online tak kat maybank2u?

    if pegi branch…..dokumen apa yg diperlukan?

  26. nak tanya…utk ahb ni…sekiranya berlaku recession….adakah dividen tiada?

    adakah ahb ni…bila jual balik….at least capital rm500 dpt semula?

  27. akaun maybank dengan akaun ahb lain ke? saya dah ada akaun maybank..then skrg rs nk melabur kat ahb..kena buka akaun lain ke?

    • akaun ahb akan di ‘link’ dengan akaun maybank untuk kemasukkan dividen. Pergi sahaja ke maybank n ambil borang untuk buka akaun AHB + sediakan RM500 untuk deposit awal.πŸ™‚

    • Sebenarnya banyak instrumen pelaburan yang patuh syariah di Malaysia ini, namun begitu semuanya terletak kepada keberanian anda untuk menanggung risiko pelaburan tersebut. Secara asasnya, pelaburan mempunyai 3 risiko iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Untuk pelaburan rendah seperti AHB, TH dan lain – lain, setentunya pulangannya juga adalah rendah. Untuk mendapat pulangan yang lebih maka ilmu anda juga kena lebih (bermain dengan risiko sederhana dan tinggi).

  28. sory tp nk tanye…aa..mcm mn nak tau dividen tu dh msk ke blm kat stamement simpanan t’utama nyer dllm statement online??..dia tulis ap yer??…sory first timer…

    • salam.. Dividen AHB dikira 6 bulan sekali, bukannya setahun sekali. Namun begitu, AHB menyatakan bahawa dividen tahunan takkan kurang dari 6% (6 bln + 6 bln). Kalau sekiranya saudara memasukkan RM500, setiap 6 bulan saudara dapat dividen 3%. Maka setiap 6 bulan anda akan mendapat dividen RM7.50. Kalau 6 bulan seterusnya dividen kekal 3 peratus, maka saudara akan dapat lagi RM7.50. Di campur keduanya menjadi RM15 dividen tahunan yang akan dimasukkan setiap 6 bulan (RM7.50) ke akaun maybank.

  29. Saya nak cuba masuk pelaburan AHB seberapa cepat yg boleh…tuan ada wassap utk mudah sya hubungi tuan… Sbb saya nak lebih jelas lagi mengenai pelaburan AHB ni..terima kasih..

  30. Pada pandangan saya, AHB merupakan salah satu pelaburan alternatif berisiko rendah yg terbaik selepas ASB. Cuma saya berpendapat elok penuhkan kuota ASB terlebih dahulu sebelum melabur secara agresif dalam AHB. Pulangan ASB masih jauh lebih lumayan. Sebut pasal kuota ASB, mula-mula saya sangka kuotanya hanya RM200k, tapi selepas bertahun-tahun melabur, baru saya sedar kuotanya boleh meningkat dari masa ke semasa mengikut perkiraan kemasukan dividen dan lain-lain yang saya kurang pasti. Cuma bagi mereka yang menyanka Tabungan ASB sudah capai angka maksima mungkin boleh semak semula di kaunter pelaburan.

  31. LABUR…ASB…THAJI…AHB…KAH…YG PENTING DIJAMIN OLEH KERAJAAN…..SIKIT2 LAMA2 JD BUKIT….JGN TAMAK….NAKLG KAYA BELI DINAR IRAG..

  32. er…sedikit pembetulan, setahu saya AHB tidak pernah menjanjikan minimum dividen 6%. setakat cakap orang tertentu itu biasaler ada agenda masing2 untuk kita invest dlm dana mereka. kalau anda baca prospectus AHB masa dia kluar dulu, AHB janji serendah2 dividen serupa simpanan dalam akaun syariah bank islam yakni dalam 2.5%. seperkara lagi, keputusan majlis fatwa mengatakan simpanan dlm ASB adalah HARUS jadi usahler pandai2 nak letak hukom sendiri. sbb majlis fatwa di wakili bukan calang2 orang dan mereka tahu hukom yg mereka letakkan sbb mereka nanti yg akan jawab ke muka pengadilan nanti.

    • nampaknya saudara razibar terlepas pandang yang pihak PHB menyasarkan pulangan minima adalah tidak kurang dari 6% setahun. Ini bersandarkan bagaimana syer ini dilaburkan iaitu “penyewaan hartanah”. Dan rasanya saudara juga tahu bahawa nilai sewa hartanah komersil selalunya akan naik dari tahun ke tahun. Jadi sebab itu ia boleh dijadikan benchmark. Saya tidak menyatakan anda harus letakkan 100% duit simpanan dalam AHB, tapi menyatakan bahawa anda ada pilihan pelaburan patuh syariah sekiranya anda mahu.

      Berkenaan isu ASB, saya menyatakan ada kekhilafan pendapat yang berkata haram dan ada pendapat mengatakan harus. Saya tidak meletakkan hukum sesuka hati. Sila lihat link ini untuk melihat sejarah dividen ASB sekiranya sudah ditolak zakat simpanan. Ini bertepatan bahawa orang Islam wajib membayar zakat simpanan apabila cukup tempoh waktu dan jumlahnya.

      https://nurussalamaziz.wordpress.com/2014/01/23/sejarah-dividen-amanah-saham-bumiputera-asb/

      Hujah hukum ASB ni dah terlampau lama dan sudah diperdebatkan oleh orang yang arif berkenaan isu kewangan islamik. Saya juga ada menyatakan bahawa anda hanya harus memilih adakah anda menggunakan konsep β€˜darurat’ lalu mengambil pakai fatwa Harus atau anda mengambil pendekatan yang menolak pelaburan tidak berkonsepkan syariah maka anda boleh menggunakan fatwa Haram. Jadi kalau saudara merasakan ingin melabur dalam ASB, saya tidak menghalang. Tetapi sekiranya saudara bertanya kepada saya, wujudkah pelaburan patuh syariah? Saya cakap ada..

      Semuanya terpulang kepada saudara sebab itu adalah duit saudara. Tugas saya hanya menyampaikan setakat mana ilmu yang saya ada kepada orang lain. Sekiranya saudara rasa tidak bersesuaian dengan saudara, tidak apa lah. Mungkin ada orang yang merasa sesuai dengan kehendak pelaburan dia. Saya merasa salah sekiranya ilmu yang saya ada, tidak disampaikan kepada orang lain.

  33. Boleh saya tahu antara amanah saham bumiputera & amanah saham hartanah bumiputera, yang mana memberi lebih keuntungan?

  34. Saya nak daftarkan AHB untuk anak saya berusia setahun,maknanya saya kena buka akaun maybank baru untuk anak saya atau hanya guna akaun maybank saya sahaja Tuan?

  35. salam, sbelm kita labur kita mesti de akaun maybank ke?
    and keluaran duit yang kita simpan tu de limit tak?
    0r kita leh keluar banyak mana kita nak but still must have balance in 500 dalam akaun.

      • Salam, saya bukan warga negara Malaysia tetapi isteri saya warga negara. Saya ada akaun Maybank. Nak bertanya, boleh kah isteri saya buka akaun AHB tetapi dividend di masukan dalam akaun Maybank saya? Terima kasih

      • Tidak boleh sebab akaun AHB dan maybank mesti related. Melainkan ada anak-anak di mana anda boleh dijadikan sebagai penjaga. Dalam status anda sebagai bukan warganegara, tiada kepastian pihak Maybank meluluskan anda boleh dijadikan sebagai penjaga kepada akaun AHB anak-anak anda.

      • Terima kasih atas jawapan pertanyaan saya. Ada tak pelaburan syariah compliant berisiko rendah yg boleh di bandingkan dgn AHB atau pun TH dari segi return of investment (ROI) yg tak terhad Padang warga negara? To

        Sent from my iPad

      • Boleh dikatakan pelaburan berisiko rendah memang banyak untuk dijadikan pilihan seperti Unit Amanah dan Fixed Deposit. Ini merupakan pilihan popular yang ada tetapi pelaburan ini tidak mempunyai auto zakat yang berlainan dengan TH / AHB. Nampaknya saudara mencari pelaburan berisiko rendah untuk dijadikan platform simpanan tetapi platform pelaburan berisiko rendah yang seimbang (risiko, pemberian dividen, zakat..etc) banyak diberikan kepada golongan bumiputera. Itupun kuota ini belum sold out walaupun platform ini bagus. Maaf saya katakana bahawa TH/AHB adalah platform yang terbaik untuk patuh syariah tanpa memerlukan sebarang ulangkaji atau pemahaman. Unit Amanah (Unit Trust) mungkin boleh dijadikan pilihan tetapi anda harus mempunyai ilmu untuk melihat dana yang manakah memberi pulangan yang baik kerana terdapat beberapa kos yang terlibat. Ditambah pula kecairan dana adalah sederhana jika dibandingkan TH/AHB yang mempunyai kecairan yang tinggi.

      • Slm, Terima kasih. Kalau boleh, memang saya nak mencari pelaburan berisiko rendah seimbang dgn AHB/TH. Unit trust dan fixed deposit tidak bagitu effective di bandingkan dgn AHB. Saya juga perpendapat TH tidak maximise hasil bagi saya sbb tidak layak mendapat bonus haji. Walau bagaimana pun, kami ada melabur dgn TH juga. Demikian juga dgn ASB dan ASB2, kami sudah melabur sepenuh nya.

        Sent from my iPad

      • “ASB dan ASB2, kami sudah melabur sepenuh nya.” adakah membawa maksud kuota sudah penuh? Kalau penuh, nampaknya anda boleh bermain dengan pelaburan berisiko sederhana atau tinggi. (risiko bukanlah tinggi kalau anda ada ilmu). Ya, betul. TH kurang memberi bonus seperti ASB. AHB walaupun baru, pernah memberi bonus 1% kepada pemegang syer.

      • Slm, FYI, tadi saya ke Maybank tempatan (Lagenda Heights) untuk melabur dalam AHB tetapi kami diberitahu skim AHB buat masa skrg dah tak ada. Terpaksa lah cari pelaburan lain yg seimbang dgn AHB. Date: Tue, 13 Jan 2015 03:01:38 +0000 To: mmarsuki@hotmail.com

      • Slm,
        Di Australia, saya masih ada pelaburan berisiko sederhana di mana sebelum itu saya melabur dalam pelaburan risiko tinggi. Oleh kerana situasi saya skrg sudah “bersara” saya mesti tukar strategy saya dlm apa2 pelaburan. Jadi TH menjadi benchmark saya dari segi pendapatan dan risiko pelaburan. Sungguh pun hasil pelaburan tu penting bagi saya, saya utamakan risiko untuk situasi saya.

        Sent from my iPad

      • Oo..nampaknya saudara hanya sanggup menerima risiko yang rendah jadi apa yang saya sarankan boleh digunapakai. Untuk pengetahuan saudara, TH tidak mempunyai ‘limit’ untuk disimpan sementara menunggu pelaburan yang lain dibuka kembali kuotanya. Mungkin juga saudara boleh membeli sedikit emas (insya’allah saya boleh guide) untuk dijadikan simpanan.

  36. salam.semalam sy ad tepon asb ,diorang ckap diorang pom ad penasihat syariah.tiap2 thun mereka akn bt laporan untk dibentangkn kpd mjlis ftwa kbagsaan kemana mereka laburkn duit pelabur .mereka pom dlm proses untk gunapakai cara islam sepenuhnya .jd ape beza dgn AHB ?AHB pombt bnde yg same k ?

    • Salam. Terima kasih kepada saudara kerana mengambil berat isu ASB ini. Untuk pengetahuan tuan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia merupakan satu badan yang boleh menyatakan sesuatu pelaburan itu patuh syariah atau tidak. Untuk ASB, pihak Suruhanjaya Sekuriti menyatakan bahawa masih belum patuh syariah manakala AHB menyatakan bahawa ia adalah patuh syariah. Tuan boleh rujuk pada pautan ini yang dikemaskini pada 31 October 2013.

      http://www.sc.com.my/list-of-malaysian-approved-islamic-funds/

      Untuk memudahkan pihak saudara, AHB berada pada Management Company yang ke-20 iaitu Mayban Investment Management Sdn Bhd. Pada Fund kategori “Real Estate Backed Fund” yang dipasarkan pada 29/11/2010. Terima kasih.

      • Salam nurussalamaziz,saya nk tanya sikit bukan ke setiap pelaburan yg dh ditetapkn interest keuntungan itu sudah dikatakn riba?mohon penjelasan.tq

      • Salam syafiq. Ok..ahb kata minimum 6% sbb ahb punya pelaburan berlandaskan sewa hartanah. Jadi sewa selalunya terikat dgn kontrak sewaan. Jadi tiada turun naik.. lagipun ia sudah patuh shariah. Jadi xperlu risau..

  37. Salam. Saya cuma ingin bertanya. Zakat yang ditolak dari AHB adakah ia dari simpanan+dividen atau dari dividen sahaja? dan bagaimana pula dengan Tabung Haji? Adakah ini bermaksud apabila ia telah ditolak zakat, wang simpanan dari AHB dan Tabung Haji ini tidak perlu dikira bagi jumlah zakat simpanan? Terima kasih

    • Zakat untuk AHB dan Tabung Haji sudah dikira sebagai zakat simpanan. Dividen tidak perlu kerana ia sudah melepasi tempoh waktu. Dan untuk TH, dividen akan masuk kembali di dalam simpanan dan apabila cukup tempohnya.. akan dizakatkan. untuk dividen AHB, tak perlu zakat sebab tak cukup setahun melainkan saudara syafiq tidak membuat pengeluaran selama setahun di dalam akaun simpanan. Namun begitu, ada jumlah simpanan untuk dikenakan zakat simpanan.

  38. Oleh kerana tiada buku pelaburan, maka adalah d syorkan sekiranya dapat d kirimkan laporan penyata kewangan dan….apa-apa la.. kpd pelabur, setidak2nya boleh buktikan kpg kawan2 yg berminat mau ikut…a macam !!! Ku sdah…bayaran bulanan kereta (PHB) yg bayar wou!!! (maaf gurau sikit)

  39. Bumiputera/puteri jgn..tanguh2..melabur lah segera….dividen oct2013 macam 7.2%. .dividen april2014 awal bulan sdah masuk….jauh lebih baik drp fix deposit…lebih cepat drp ASB…lebih mudah urusan drp tbong haji..alhamdulillah…..
    .

  40. Salam maaf igin bertanya untuk masa kini ahb tidak mengenakan sebarang service charge btl..adakah konsep pengeluaran dividen terus ke akaun simpanan sebaliknya pada kebiasaannye dividen terus dilaburkan boleh menjadi medium untuk akan datang di kenakan service charge sekiranya igin membuat penambahan unit.

    • dividen terus masuk ke akaun simpanan (Maybank). Penambahan unit tidak dikenakan sebarang caj. Boleh tambah sekiranya kuota belum penuh pada cawangan tersebut.πŸ™‚

  41. Assalam, sy ingin bertanya andaikata pelabur AHB meninggal dunia, adakah wang pelaburan pelabur dlm AHB boleh di keluarkan oleh waris seperti isteri atau anak? Atau perlu buat wasiat dengan amanah raya seperti ASB.

    • Wa’alaikummussalam.. secara muktamad anda kena berhubung dengan pihak AHB untuk mengetahui lebih lanjut tentang urusan waris. Namun dari segi logiknya, selagi anda memegang kad atm maybank si mati, anda boleh menggunakannya. Tapi seelok2nya, anda haruslah membuat wasiat supaya memudahkan harta tersebut diserahkan secara adil dan saksama. Ia untuk mengelakkan dari terjadinya kesukaran dikemudian hari..

      • Assalam En Hamzan dan En Admin. Maaf mencelah. sekadar berkongsi.
        Duit pelaburan biasanya mempunyai 2 cara yang sah di sisi undang2 untuk dicairkan sendainya pemilik akaun meninggal dunia. (tak termasuk mengeluarkan duit tersebut melalui kad atm ^_^)
        1) Trust nomination
        2) Wasiat
        3) Amanah raya/ pejabat tanah / mahkamah (kalau tiada wasiat atau pun wasiat tidak terpakai)

        kedua2 proses di atas ada pro dan kon nya. untuk trust nomination, seandainya berlaku kematian, penama yang dinamakan boleh terus menuntut duit daripada akaun pelaburan tersebut dalam tempoh yang segera (mungkin kurang daripada 1 bulan). cuma kosnya sedikit mahal untuk sekadar penamaan untuk akaun pelaburan.

        untuk wasiat pula, duit dalam akaun pelaburan itu akan ‘dihantar’ ke dalam wasiat yang telah ditulis simati untuk diuruskan. walaubagaimanapun, harta2 yang terkumpul dalam senarai wasiat, perlu melalui banyak tapisan samada daripada, zakat, cukai tertunggak, ‘legal fee’, tuntutan ‘creditors’, tuntutan ahli keluarga lain2, tuntutan rakan2 niaga simati dan lain2. ini akan melambatkan proses pembahagian duit dalam akaun pelaburan tadi lantaran lambatnya urusan wasiat itu diselesaikan.

        ini belum dikira andainya, simati tidak membuat apa2 samada ‘trust nomination’ atau pun wasiat langsung. seperti biasa, samada amanah raya atau mahkamah tinggi mungkin akan terlibat.

        Jadi, silalah berhubung dengan pihak AHB untuk bertanya lebih lanjut samada mereka mempunyai sistem ‘trust nomination’ atau pun tidak. sekiranya tidak, wasiat barangkali boleh dipertimbangkan.

        apa2pun, duit tersebut akhirnya WAJIB diuruskan secara FARAID bagi yg beriman pada ALLAH dan hari kemudian.

        sekadar perkongsian.

  42. assalamualaikum.. saya berminat untuk melabur dalam AHB ni tapi saya kurang faham kenapa AHB dikatakan berisiko rendah ?

    -insan baru nak berjinak dalam dunia investment.πŸ™‚

    • Wa’alaikummussalam… ada beberapa kriteria yang boleh mengapa AHB dikategorikan pelaburan berisiko rendah. Antaranya ialah wang pokok tidak hangus dan pulangan dividen yang baik setiap 6 bulan,

  43. Alhamdulillah… baru cdg nak buat pelaburan yg syariah, dpt jugalah sedikit info kat sini.. terima kasih semuaπŸ™‚

  44. Salam,, pelaburan yg ni mcmne ye? Perlu topup tiap2 bulan atau ckup ngn skali tu je shge dpt dividen?

    • Salam. Pelaburan AHB ini seperti ASB iaitu mendapat dividen dari simpanan. Tetapi AHB adalah 100% patuh shariah, dividen terus masuk ke akaun maybank dan dividen di bayar 2 kali setiap tahun. Boleh top up bila2 masa je selagi ada kekosongan dana..

  45. Salam

    saya nak tanye kemana dividen AHB akan disalurkan/dibayar, adakah ke dalam akaun simpanan maybank atau ditambah ke dalam AHB..??

  46. salam..saya awl bulan AHB diperkenalkan saya telah mendaftar dan telah memasukkan deposit sebanyak rm500…sampai sekarang tiada dividen diterima oleh saya…saya pike kenapa ada kenaikan padahal saya tidak peroleh dividen tersebut hingga sekarang….harap dapat membantu…

    • salam.. maaf sebab saya sedikit kurang faham apa yg saudara maksudkan:
      1. mula2 saudara kata “tiada dividen diterima oleh saya”
      2. kedua saudara kata “saya pike kenapa ada kenaikan padahal saya tidak peroleh dividen tersebut hingga sekarang”

      Kalau memang tiada dividen, saudara boleh bertanya kepada pihak AHB sebab dividen akan dimasukkan ke dalam akaun maybank.

    • Slim,
      Dua bulan lalu ada lebih pada 1M unit di pasaran boleh d beli. Alhamdulilah kami dapat beli $200k.

      • pelaburan ni je gua blom wat…. hihi insyallah gua akan usahakan…
        gua dah invest unit trust bank rakyat,th,akaun emas Kuwait Finance House,etiqa takaful,akaun emas maybank…selepas bce komen2….elok rse nye gua tutup akaun emas maybank sbb x patuh syariah….sblom ni pon pon gua dah tutup akaun al-awfar bank islam sbb mase tu msih bljar xde duit haha…rse nye thn ni gak gua akan buka akaun AHB….thn dpn baru gua nak bli umh lelong byk2…thn ni labur ilmu pelaburan hartanah…saye cume mahu memberi rangsangan golongan bumiputera….(Pejuang Hartanah)

      • Alhamdulillah.. bagus bagus. Tapi etiqa takaful tu bukan tergolong dalam investment tetapi lebih kepada protection (ini tugas sebenar mana-mana takaful). Yup, rumah lelong adalah sesuatu yang bagus. Saya sokong!

  47. As salam,
    AHB tolak zakat, manakala ASB belum tolak. Sekiranya kita invest kat ASB. Zakat 2.5% tu kita boleh declare dlm invome tax..tetapi AHB?

    • Wa’alaikummussalam..

      Ya, AHB kita tak perlu declare income tax kerana zakat sudah dipotong terlebih dahulu. Mungkin saudara suhaimi terasa rugi kerana tidak dapat potongan dari zakat kepada income tax. Namun begitu, isu halal (AHB) dan isu harus / haram (ASB) sudah banyak diperdebatkan. Sekiranya kita andaikan pelaburan (AHB, ASB) adalah makanan yang akan menjadi darah daging, mungkin kita akan memilih yang halal sahaja manakala yang harus (akan berfikir banyak kali) dan haram (akan dijauhi).

      Rasullah s.a.w berkata:
      “Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram)” (Ar-Rawdu Al-Murabba’, 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

      “Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan” ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)

      ** petikan hadis di ambil dari pautan http://www.zaharuddin.net di dalam artikel (ASB & ASN Adalah Harus – Majlis Fatwa : Ulasan UZAR)

    • Dalam investment.. terdapat 3 jenis risiko iaitu rendah, sederhana dan besar. Jadi, tepuk dada tanya poket risiko yang macam manakah saudara inginkan? Sekiranya saudara merasakan saudara boleh menjadikan sewaan hartanah atau saham sebagai portfolio investment, setentunya saudara akan memiliki pulangan atau kerugian yang lebih baik. Pelaburan yang mempunyai risiko rendah, tidak memerlukan saudara mempelajari selok belok pelaburan tersebut, saudara hanya perlu melihat sejarah pulangan dividen sahaja. Hartanah, saham, IPO dan sebagainya memerlukan saudara mempelajari ilmu itu dahulu sebelum mampu berada dalam pelaburan ini. Sekiranya tidak ada ilmu atau sekadar mengikut cakap orang, saudara boleh menyebabkan modal yang dimasukkan menjadi lebur. Lain orang, lain tahap penerimaan risiko mereka… ada orang mampu kehilangan modal RM10,000 dalam sekelip mata dan ada orang yang tidak mampu kehilangan modal walaupun rm100.

  48. AsSalam tuan, selama ni sy ‘membuat simpanan’ melalui asb loan (bayar loan guna dividen). semakin hari saya semakin yakin yg ianya agak merugikan & lebih penting, dipertikaikan kehalalannya. tanpa ilmu dlm bidang pelaburan,

    1) sy mohon tuan buatkan sedikit perbezaan @ pro con antara AHB & TH, terutama dalam hal DIVIDEN dan BONUS. (yg sy tau, dividen TH dimasukkan semula dlm simpanan & AHB x. nmpak mcm lebih baik TH)

    2) klo dividen AHB dimasukkan skali dlm akaun simpanan, macamana kita nk tau “pengeluaran min rm100 tu skali je dlm sebulan”, sedangkan bilangan pengeluaran akaun simpanan maybank kita tiada had?

    mohon penjelasan. terima kasih byk..πŸ™‚

    • Maaf di atas kelewatan,

      1. Isu dividen TH auto masuk ke syer dan dividen AHB masuk ke akaun simpanan. Mudah sahaja.. keluar duit dari akaun simpanan n pergi ke maybank untuk masukkan laburkan duit itu.

      2. Pengeluaran sekali dalam sebulan dan minimum RM 100 itu untuk jumlah pengeluaran di kaunter. Yang pengeluaran secara atm adalah melibatkan duit simpanan. Pengeluaran di kaunter adalah penjualan syer.

  49. Kenapa majority yang melabur dalam ASB/ASN adalah melayu yang beragama Islam, tidakkah seorang Islam wajib menasihati sesama Islam supaya tidak melabur di dalam suatu dana yang tidak patuh shariah. Security Commission tidak dapat meluluskan dana tersebut kenapa PNB masih meneruskan agenda menarik umat Islam melabur dalam institusi yg diharamkan. Kenapa susah sangat untuk PNB melantik penasihat shariah supaya dana tersebut tidak terlibat dengan institusi yang haram. Dengan itu majoriti rakyat yang beragama islam dapat melabur tanpa ragu-ragu. Tiada gunanya melabur dan dapat dividen tapi dividen nya tidak dapat di manafaatkan oleh rakyat yang beragama Islam.

  50. Askum tuan, akhir tahun lepas saya ada pergi Maybank dan bertanya tentang unit AHB masih ada atau tak..pegawai maybank tu kata unit sudah habis..kecewa juga masa tu..tapi semalam surat khabar mingguan Malaysia ada menyiarkan iklan tentang AHB ni untuk mengajak kita melabur..adakah ini bermakna unit AHB sudah ditambah semula? Jazakallah tuan

    • Wa’alaikummussalam.. tips dier kalau unit dah sold out kat maybank situ. try pergi ke maybank lain pula. kadang2 ada yang masih kekosongan.. pertambahan atau tidak, selalunya dier akan announce “AHB akan memperluaskan….”. Ini bermakna ia mahu memperkembangkan saiz dana. Sekiranya cuma melabur, ada bank yang masih kosong lagi laa tu.

  51. Ada tiada dana lagi kena pergi ke maybank tanya. Kalau dah penuh dan ada yg menjual syer, bermakna dana tu masih ada utk kita dan boleh di beli. Saya baru saja buat penambahan semalam!

  52. assalam..
    saya ada simpan rm500 dalam AHB ni pada awal2 pelancaran dulu.
    biasa nye bulan berapa ye dividen 2 kali setahun tu akan dikreditkan ke akaun kite?
    xpernah cek pon..

  53. assalam tuan, saya baru buka akaun AHB semalam. bawa ic dan duit RM 500. lpastu dapat la salinan pemegang akaun yang resit kertas kuning saiz cek tu. soalan saya

    1) mcmne nak topup dana? kene pergi kaunter juga cakap nak buat pembayaran ke? atau boleh transfer duit je mlalui maybank 2u ke.boleh tahu berapa banyak duit yang kita ada,sebab AHb tiada buku.

    2) macam mana nak keluarkan duit dalam AHB tu ? let say saya terdesak nak pakai RM 6 ribu..dalam AHB ada & RM 7K..so balance ada lagi 1K..sbb tuan cakap hanya dividen yang masuk terus ke akaun maybank kita

    Terima Kasih

    • Wa’alaikummussalam.. Jawapannya:
      1. isi borang penambahan syer dan pergi ke kaunter (kena bawak duit sekali aa). Hehe.. kemasukkan setiap gandaan RM100. Boleh tanta kat kaunter, nak senang bawak slip untuk tgk no akaun.
      2. pergi ke kaunter dan buat pengeluaran (sekali sebulan).. borang pengeluaran juga kena isi aa. Hehe

      Sama-sama.

    • wa’alaikummussalam. Buka account senang sahaja, pergi ke kaunter maybank dan bawa RM500 (utk pembukaan akaun). No kad pengenalan itu kewajipan.πŸ™‚ Pasal kebaikkan.. dah banyak soal jawab dalam ni. Boleh refer..

    • Itu terpulang pada individu, ada yang suka high risk, low risk dan med risk. Saya cuma sarankan kepada pelabur-pelabur yang perlukan pelaburan yang tidak perlu memeningkan kepala untuk berfikir dengan keadaan turun naik keadaan semasa. Masuk duit dan tunggu hasil setiap 6 bulan.

      Sekiranya anda ada ilmu maka anda boleh bermain dengan pelaburan emas, perak, hartanah malahan saham BSKL. Saya boleh katakana sekarang trend emas adalah menurun. Ya memang menurun.. dan bagaimana pula pelabur-pelabur yang ditipu dengan skim-skim emas seperti emas Geneva dan lain-lain lagi. Sebab pelaburan seperti ini memerlukan study dan ilmu. Bukan secara membuta tuli atau ikut2 tanpa ada ilmu.

      Emm.. emas, saya pun rasa masih merasa rugi buat masa sekarang. Baik saya main BSKL teknik swing atau ‘rempit’. Kena gaya, ROI 15% dalam satu hari dan boleh burn 100% dalam satu hari hari juga. Itu semua melibatkan ilmu.. perlu ingat kamus pelaburan, High Risk High Return. Secara asas, apabila saham ok..emas akan turun. bila saham ko, emas akan naik. Ilmu sahaja yang dapat take profit dari ketidaktentuan dalam pelaburan.

      • Salam, boleh Tuan beri pencerahan lanjut mengenai pelaburan patuh syariah oleh AHB ini? Sy just nk tahu sama ada pelaburan syariah compliant ini boleh melabur pada hartanah yg di dalamnya menjalankan aktiviti penjualan arak (maaf seperti contoh di Tesco Setia Alam dan Sam’s grocery di Nu sentral) atau pelaburan patuh syariah hanya pada potongan zakat sahaja? Harap kita sama2 berkongsi pendapat. Tk

      • Salam, berkenaan isu ada percampuran antara yang halal dan haram. Saya bukanlah ahli untuk meletakkan hukum atas status syariah fund ini tetapi setiap fund yang dilabelkan sebagai status ‘patuh syariah’ mempunyai badan yang mengawal selia.

        Dengan ilmu yang serba kekurangan, saya ada mendengar ceramah-ceramah agama mengenai percampuran perniagaan yang bercampur halal + haram, ia mempunyai peratusan supaya perniagaan itu menjadi haram secara mutlak @ tidak.. (yang haram tidak boleh dizakatkan dan yang halal boleh dizakatkan). Mengenai tuan empunya bangunan yang memberi sewa kepada perniagaan yang bercampur, saya tidak berani memberi sebarang komen di atas kapasiti saya bukannya orang yang boleh memberi hukum. Minta maaf kerana tidak dapat memberi maklum balas secara terperinci.

  54. Assalamualaikum tuan,
    Saya nak tanya beberapa soalan:

    1. Saya ada melabur dalam unit amanah hartanah bumiputra (AHB)..jika saya hendak menjual balik unit-unit yang saya telah beli sebelum ini, di mana saya boleh melakukannya? Mana-mana cawangan Maybank atau pun cawangan Maybank tempat saya membuka akaun AHB itu?

    2. Jika saya meninggal dunia, bagaimana dengan pewarisan harta tersebut? Seingat saya, tiada penamaan waris dalam borang pembukaan akaun AHB itu

    Terima kasih Tuan

    • Wa’alaikummussalam,

      1. Isu penjualan: boleh dilakukan di mana-mana cawangan Maybank. Pengeluaran sekali setiap sebulan.

      2. Isu pewarisan: Memandangkan AHB tidak mempunyai konsep Hibah, maka anda boleh menyatakan jumlah aset dan agihan di Amanah Raya @ Badan Swasta (Pembuat Wasiat).

  55. Salam tuan,

    Saya ingin bertanya dua soalan:

    1) Untuk pembukaan akaun, boleh ke kita buat tolakan terus dari akaun simpanan maybank atau perlu bawa secara tunai ke Maybank?

    2) Bagaimana pula untuk semak baki terkini, perlu ke kaunter jgk?

    Terima kasih.

    • Salam tuan,

      1. tolakkan terus dari akaun (kurang pasti – nanti saya akan pastikan) atau secara tunai (boleh)
      2. semak baki terkini (perlu pergi ke cawangan maybank)

      Sama-sama

  56. Salami..en., nah tanya..Kalau dibandingkan TH(potongan gaji bulanan) dan AHB..mane lebih menguntungkan ?memandangkan kedua-duanya insyaAllah SHARIAH compliance

    • Sebenarnya isu mana yan lebih menguntungkan adalah amat subjektif kerana perbezaan antara kedua-duanya adalah amat sedikit. Namun begitu, isu utama yang manakah menjadi kesesuaian kepada pelabur? Jadi saya rungkaikan secara ringkas mengenai TH vs AHB

      – pemberian dividen: TH (setahun sekali) vs AHB (6 bulan sekali)
      – pelaburan dividen: TH (auto masuk ke dalam syer) vs AHB (manual masuk ke dalam syer)
      – bonus: TH (jumlah yang menyamai kos haji) vs AHB (keseluruhan dari jumlah syer)
      – pembelian syer: TH (tiada isu dengan kehabisan kuota syer) vs AHB (ada sesetengah cawangan bank menyatakan kehabisan kuota syer)

      • Terima kasih atas maklumbalas..Adakah betul jika akaun TH kita sudah melebihi Rm 10000 dividen hanya akan dibayar utk rm 10000 dan adalah lebih baik kita melabur di AHB untuk lebihan tersebut..apa pandangan en.?

      • Kesilapan tu.. bonus TH akan dibayar berdasarkan kos haji muasasah (sebagai contoh RM16,000). Maka sekiranya simpanan RM18,000.. kiraan bonus hanya pada RM16k dan bukanlah pada RM18k. pemberian dividen untuk keseluruhan RM18k..

  57. assalam..
    jika saya dah join AHb kan…bole ke saya topup pada setiap bulan.? anggap sebagai tabungan..

    • Wa’alaikummussalam..

      Bole selagi ada dana yang belum di ambil. Kalau cawangan maybank A kehabisan dana, boleh beli cawangan maybank B pula. Selalu dalam gandaan RM100.

  58. assalam tuan..
    Tuan pernah dengar tak pasal Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB)? Pulangan yg diberikan antara 12-15 peratus setahun.. minima 12% sthn.. (sama mcm saham bank rakyat) Sgt tinggi.. Dan duit2 dividen tu akan dimasukkan terus ke dalam akaun simpanan bank rakyat pada bulan ke 2 atau bulan ke 3 setiap tahun.. Duit2 yg diambil dilaburkan dalam sykt perlombongan, automatif.. Apa pndangan tuan tentang koperasi ni? Ok tak?

    • Wa’alaikummussalam..

      Dari pembacaan dan kajian, menampakkan koperasi ini masih baru. Pemberian dividen bermula pada tahun 2015.. kalau pelaburan untuk perlombongan (saham masih menurun) dan automotif (syarikat apa?) dijadikan sebagai ukuran, agak berisiko di situ. Adakah syarikat ini patuh syariah? Tiada kayu pengukur dalam pemberian dividen kerana syarikat masih baru. Saya berpendapat.. cari Koperasi yang sudah matang dan boleh melihat sejarah pemberian dividen yang baik.

      Jangan terlalu melihat kepada 12% tetapi selepas itu kerugian 100%. Banyak koperasi yang buka n tutup sekarang ni (sumber-sumber dari orang yang bekerja penyeliaan buka n tutup koperasi).

      • KAPB juga baru beri dividen tahun ini walaupun investment bermula dari 2011 (kalau tak salah). Ini bermakna maybe dalam 3%/year? Saya tertarik dengan AHB sebab dana limited, macam koperasi bank rakyat. Menyesal dah tak boleh masuk sebab dah close..Recently AHB dah luaskan portfolio. Dah ada beli parking, tanah (terengganu), etc –> http://www.theedgeproperty.com.my/content/phb-looking-new-asset-class

        Juga, tempat saya berkerja (badan berkanun) ada koperasi sendiri. Dividen dalam 10-15%/year. Cuma, tak boleh keluarkan investment tu sampai pencen. So tgh konflik ni nk letak dalam AHB ke atau koperasi tu..

      • Berbalik kepada soalan saudara Hafiz, anda boleh membuat dua portfolio simpanan iaitu long term n medium term.
        – long term jadikan sebagai simpanan hari tua
        – medium term jadikan simpanan sebelum pencen @ menambah asset

        Peratusan anda boleh agihkan sendiri, sanggup menunggu hingga pencen atau petik hasil sebelum pencen. Sekiranya bertanya kepada saya.. saya sarankan 60% long term & 40% medium term sebab atas dasar pemberian dividen yang lebih baik + kehidupan untuk hari tua.

    • Salam Miss Yana Zafieyra..

      Secara mudah, ini ringkasannya:
      – ASB, ASB: Harus @ Haram (Ada khilaf @ berbeza pendapat.. terpulang pada anda)
      – Tabung Haji: patuh syariah
      – AHB: patuh syariah
      πŸ™‚

  59. Terima kasih Tuan Nurussalamaziz. Perkongsian serta ulasan yang amat baik, both from the info shared, as well as budi bahasa dalam mengulas semua respon. Saya kongsi di fb saya ye. Jazakallah.

  60. Assalamualaikum. Terima kasih untuk perkongsian ini.

    Saya cuma ingin bertanya kan mengenai penambahan pelaburan. Adakah penambahan pelaburan hanya dalam gandaan RM 100? Cth RM 100, 200 n etc.. Tak boleh ke kalau nak masukkan dalam gandaan RM10? Cth RM110 atau RM210.

    Mohon penjelasan daripada tuan, memandangkan ini adalah bulan pertama saya melanggan AHB ni. Terima kasih..

    • Wa’alaikummussalam Kamarul,

      Yup, begitulah saya kena dulu. Officer tu kata kena gandaan RM100. So lepas tu memang saya masukkan dalam kiraan gandaan RM100.

      Sama-sama.

  61. Assalamualaikum En. Nurussalam,

    Saya ada juga baca tentang produk AHB di laman Maybank dan lain-lain. Cuma saya belum jumpa dalam mana-mana article tentang pengesahan potongan zakat ni dari AHB. Mohon Tuan bagi pencerahan.

    • Wa’alaikummussalam saudara Roslee,

      Ini merujuk dari artikel maybank tentang AHB iaitu ia dana patuh syariah: http://www.maybank-am.com.my/

      Untuk menunjukkan @ pengumuman dari Perbadanan Hartanah Berhad (PHB), saudara boleh rujuk sini: http://www.phb.com.my/

      Apabila nama sesebuah dana sudah dimasukkan sebagai dana patuh shariah, ia sudah dikawal selia oleh pihak Bank Negara Malaysia tentang syarat2 menjadikan sesebuah dana itu ‘layak’ untuk disenaraikan seperti zakat (selalunya diumumkan sebagai zakat perniagaan), tempat2 dilaburkan, panel-panel syariah dan lain-lain lagi.

  62. Sudah lama saya cari pelaburan yang patoh syariah dan tinggi dividen.Saya dapati AHB yang terbaik bagi saya.AHB akan bayar dividen selepas di tolak zakat 2.5%.TH pun bayar dividen sesudah tolah zakat.Sama kan tapi tengok hasilnya AHB dividen nya lebeh sedikit 6% berbanding dengan TH.!% saya kira banyak kalau melabur max 500k,ia itu 5k setahun.
    Jadi saya akn berpindah dari TH ke AHB

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s