Kisah Ahmad dan Plan Persaraan

Semenjak beberapa tahun ini, sambil menghisap rokok Ahmad berfikir mengenai dana persaraannya serta melihat apakah pilihan instrumen-instrumen kewangan yang wujud di Malaysia. Setentunya instrumen yang halal (skim cepat kayap dah tolak tepi siap-siap) menjadi pilihan. Dalam perancangan Ahmad, dia berhasrat ingin memiliki wang tunai sebanyak RM1,000,000 (RM 1 juta) untuk hari tuanya. Kalau boleh, Ahmad taknak menyusahkan anak-anaknya dikemudian hari. Ahmad merupakan seorang yang bekerja di bidang pentadbiran, berumur 35 tahun dan berkahwin. Jadi Ahmad berjumpa dengan seorang agen takaful (setentunya saya.. hehe) untuk bertanya apakah wujud plan persaraan dari AIA Public Takaful. Dengan pantas, saya kata “Yup, ada!” Saya pun mula bertanya serba beberapa butiran asas untuk saya melakukan ‘draft quotation‘.

Saya katakan bahawa plan yang saya syorkan ini adalah plan yang memberi pilihan kepada Ahmad. Pilihan pertama, Ahmad boleh memilih mahu memberi sumbangan selama 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau sama seperti tahun perlindungan. Pilihan kedua pula, Ahmad boleh memilih berapa tahun perlindungan iaitu 70 tahun, 80 tahun dan 100 tahun. Saya memberi pilihan dana persaraan RM 1 juta walaupun dana ini boleh bermula serendah RM500,000. Saya pun membuat beberapa ‘draft quotations‘, ada satu ‘quotation‘ yang menarik minat Ahmad. Dana Persaraan sebanyak RM 1 juta, 10 tahun caruman,  perlindungan sehingga umur 70 tahun dan waiver. Mari kita tengok apa yang ada dalam Plan Persaraan Ahmad.

Bahagian 1 (semasa hidup)
Seperti saya katakan tadi, Ahmad ingin memiliki wang tunai RM1 juta apabila hari tua nanti tapi ingin meminimum risiko serendah yang mungkin. Jadi ini perkiraan yang akan saya tulis secara ringkas. Ahmad hanya menyimpan sebanyak RM232,249.70 (RM1,935.00) selama 10 tahun.

Jadi, berapakah jumlah yang bakal diperolehi oleh Ahmad ketika berumur 70 tahun nanti? Secara ringkasnya, ‘as projected’ Ahmad dapat apa yang diidamkan dengan memiliki RM1 juta pada usia 70 tahun nanti. Sila lihat table di bawah:

 

Bahagian 2 (sekiranya meninggal dunia)
Apabila Ahmad mengambil plan ini, secara automatik akan dimasukkan secara percuma spesifikasi seperti di bawah. Apakah maksud peratusan tersebut? Bahasa mudahnya, sekiranya terjadi kematian kemalangan akibat bencana alam maka Jumlah Pampasan Asal x Peratusan = Jumlah Pampasan Terakhir. (RM1 juta x 600% = RM6 juta!)

Sekiranya Ahmad meninggal dalam tempoh perlindungan tetapi bukan disebabkan acara di atas, maka pihak penerima hibah akan memperolehi RM1,000,000.00 tanpa perlu melalui proses faraid. Bagaimana pula sekiranya Ahmad meninggal disebabkan acara di atas? Tentu berlipat kali ganda penerima hibah menerimanya. Jadi terpulang kepada penerima hibah menggunakan wang yang diperolehi tersebut. Setentunya ada cara yang lebih baik yang akan saya kongsikan apabila berjumpa nanti. Bukan ilmu Infinity War tapi Infinity Income Period.

Saya ceritakan secara ringkas di dalam artikel kali ini. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Plan Persaraan ini, boleh hubungi saya Nurussalam Aziz di talian 014 – tiga tiga tiga 6369.

Advertisements