Testimoni daripada klien-klien

testi

Pada satu hari, otak saya yang boleh dibuat batu cincin ini bersuara.. cuba dapatkan testimoni daripada klien-klien yang telah saya tolong dari dulu hingga sekarang. Lalu saya mencapai telefon yang tak berapa pintar ni, lalu menggunakan aplikasi ‘wassap’ untuk membuat sesi ‘broadcast’. Nama-nama klien di cari lalu di hantar kepada semua.

Alhamdulillah, secara jujur dan amanah.. tiada satu pun yang memberi respon yang negatif terhadap ‘servis’ yang saya telah lakukan selama ini. Memang saya akui, saya adalah insan biasa yang selalu tidak terlepas dari kekurangan. Apa yang saya lakukan, saya cuba memberi yang terbaik untuk klien-klien saya.

Rasanya tidak salah sekiranya saya menunjuk kepada anda semua apakah testimoni daripada klien-klien saya ini. Terima kasih diucapkan kepada klien-klien yang memberi maklumbalas dalam testimoni ini. Thanks to all..

Advertisements

Tips mengambil takaful yang bercirikan ‘medical card’

Di dalam pelan takaful, terdapat polisi yang memberi anda kemudahan kad perubatan @ lebih dikenali dengan ‘medical card’. Ia berfungsi sebagai lesen untuk mendaftar masuk ke hospital swasta dan seterusnya mendapatkan rawatan di hospital tersebut tanpa meletakkan sebarang deposit. Terdapat pelbagai syarikat takaful di Malaysia dan anda boleh memilih semudah ABC.

1. Secara mudahnya, masa muda adalah paling sesuai untuk mengambil polisi takaful kerana ketika itu anda membayar premium (bayaran bulanan) yang murah. Tetapi sekiranya anda tidak terlalu muda tetapi tidak mempunyai rekod perubatan yang tidak baik, anda masih dapat mengambil polisi takaful. Namun begitu, sekiranya anda sudah mempunyai rekod perubatan yang tidak baik dan pihak takaful menganggap anda merupakan liabiliti, maka ketika itu anda harus menanggung segala kos perubatan dengan poket anda sendiri. Ini merupakan satu kerugian kerana anda tidak dapat meletakkan risiko kos perubatan kepada pihak takaful. Anda dan saya tidak tahu bilakah musibah akan datang kepada diri sendiri mahupun keluarga. Jadi, bijaklah membuat keputusan sebelum ia tiba

2. Ada pihak takaful memperkenalkan ko-takaful dimana sebahagian kecil daripada kos rawatan perubatan di hospital perlu ditanggung oleh anda. Kebiasaannya dalam lingkungan 5% – 10% daripada jumlah bil perubatan di hospital. Jadi anda tidak memindahkan 100% kos perubatan kepada pihak takaful.

3. Memilih pihak takaful yang cepat mengeluarkan ‘Guarantee Letter’ (GL) kepada hospital. Tugas GL merupakan surat pelepasan daripada pihak takaful bahawa anda sudah memindahkan risiko kos perubatan kepada pihak takaful. Lagi lambat surat ini keluar maka makin lambatlah anda dapat masuk hospital.

4. Di dalam polisi takaful, anda boleh menambah beberapa ciri tambahan (rider) mengikut kehendak dan kemampuan anda. Perlu diingatkan bahawa selagi anda tidak pernah ditimpa sebarang penyakit atau kemalangan, pihak pengendali insurans atau takaful selalunya bersedia untuk memberikan perlindungan tambahan tanpa mengenakan syarat-syarat tambahan atau loading premium. Tetapi jika anda pernah ditimpa sakit atau kemalangan, proses untuk mendapatkan perlindungan tambahan akan menjadi lebih sukar. Dahulu, saya ingat rider ni untuk penunggang motosikal sahaja. Hahaha..kelakar pulak rasanya. Di antaranya ialah:

  •  Sekiranya anda merupakan pemberi pendapatan utama maka anda boleh menambah ciri pampasan sekiranya berlaku kehilangan nyawa kepada diri anda. Sekurang-kurangnya pihak takaful dapat membayar sejumlah pampasan kepada keluarga anda akibat kehilangan kepada pemberi pendapatan utama. Kematian boleh menjadi sesuatu yang tidak dijangka apabila melibatkan kemalangan. Ini untuk menolong dan memberi penyesuaian dari sesuatu yang tidak dapat dijangka.
  • Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah penyakit yang boleh diwarisi seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan lain-lain lagi. Anda harus menambahbaik jumlah perlindungan pada penyakit kritikal.
  • Membuat penambahbaikkan untuk kad perubatan yang memberi pendapatan sekiranya anda ditimpa penyakit kritikal kerana kemungkinan anda akan kehilangan pendapatan. Saya sarankan yang memberi kelebihan ini (penggantian pendapatan) selama 1 – 3 tahun.

5. Ketahui dengan terperinci polisi takaful anda. Ini untuk memudahkan anda memahami apa yang terkandung di dalam polisi takaful anda sendiri. Setiap polisi mempunyai perbezaan secara bertulis. Anda boleh bertanya kepada agen anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

6. Kepada anda yang mendapat manfaat perubatan daripada syarikat anda bekerja, fikirlah dengan bijak dan harus berfikir sejenak mengenai fakta ini:

  • Selepas bersara, syarikat anda masih memberi manfaat semasa anda bekerja? Tentu jawapannya Tidak.
  • Sekiranya anda dibuang kerja, anda masih mendapat manfaat seperti dahulu? Saya rasanya jawapannya masih Tidak.
  • Sekiranya syarikat anda ingin memansuhkan manfaat perubatan tersebut, adakah anda mempunyai kuasa untuk menghalangnya? Tentu jawapannya Tidak.

7. Pilih cara bayaran autodebit atau kad kredit. Elakkan membayar kepada agen kecuali anda mempercayai agen tersebut kerana terdapat beberapa kes agen yang mengunapakai wang anda untuk tujuan peribadi.

p/s: MEDICAL CARD hanya boleh diambil sebelum anda mempunyai rekod perubatan yang tidak baik. Jadi, lakukan sebelum terlambat.

AIA Takaful Logo

Anda boleh hubungi saya sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarikat takaful AIA. Saya merupakan advisory@penasihat anda untuk polisi takaful syarikat ini yang sah. Saya boleh dihubungi pada talian 014-333 6369.

Selamat Datang 2015. Anda sudah bersedia?

Alhamdulillah. Nampaknya 2015 sudah menjelma walaupun tidak diundang. Rentetan dari ini bermacam peristiwa berlaku pada penghujung 2014. Ada yang bersifat duka dan ada juga yang mengembirakan. Peristiwa paling terkesan pada penduduk pantai timur ialah isu banjir atau lebih dikenali dengan ‘bah besar’ dikalangan rakyat Kelantan. Banjir kali ini merupakan banjir yang banyak memusnahkan harta benda malahan ada yang kehilangan ahli keluarga atau sahabat handai. Hingga ke saat ini, bantuan masih disalurkan dibeberapa kawasan yang terjejas teruk akibat banjir. Diharap penduduk rakyat pantai timur redha dengan ujian dari Allah SWT. Kita tinggalkan kisah banjir, kita fokuskan pada kejadian 2015 pula.

Dari kajian yang dilakukan, tahun 2015 merupakan tahun bermula ketidaktentuan ekonomi dunia. Ya, ini yang mereka anggarkan akan berlaku. Namun, apakah kaitan dengan ekonomi Malaysia? Jika saya ceritakan secara panjang lebar, kemungkinan anda tidak akan bekerja hari ini atau kemungkinan anda akan menjadi ‘zombie’ kerana terlalu asyik melibat skrin untuk membaca artikel ini. Secara ringkasnya, ia akan memberi impak yang berterusan kepada ekonomi Malaysia malah secara tidak langsung ia akan memberi kesan yang besar kepada ekonomi anda @ keluarga anda. Anda dapat melihat bahawa kerajaan Malaysia atau Bank Negara sudah memperketatkan pinjaman pada 2014 yang menyebabkan beberapa jenis pinjaman sudah tidak semudah dahulu. Ini merupakan langkah-langkah awal yang diambil oleh Bank Negara untuk mengekalkan kestabilan ekonomi Malaysia. Kini, anda akan menghadapi system pencukaian iaitu Good Service Tax (GST) yang banyak ditayangkan sekarang dalam televisyen. Kesannya amat ketara untuk perniagaan dan yang paling penting sebagai pengguna akhir (Rakyat Malaysia) kerana ada sesetengah barangan akan terus dikenakan kepada anda. Sekiranya sekarang anda sudah merasakan tekanan dalam perbelanjaan harian atau mula merungut tentang harga barangan, nampaknya anda terkesan apabila GST akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada April 2015. GST memang memberi kelebihan kepada Malaysia kerana memperbaiki sistem percukaian yang lama dan memberi pertambahan pendapatan kepada Malaysia dalam isu ketirisan ataupun pertindihan cukai.

Apakah azam anda pada 2015? Saya sarankan anda masukkan juga senarai dari sudut kewangan peribadi. Anda juga harus melakukan persediaan yang dilakukan oleh Bank Negara iaitu mula membuat sistem pertahanan (wang kecemasan dalam perbelanjaan), pelaburan yang lebih selamat, membuat senarai semak apa yang harus ditutup (komitmen) dan menaikkan pendapatan. Ini untuk mengelakkan anda berada di dalam roda orang kebanyakkan iaitu BEKERJA UNTUK MEMBAYAR HUTANG. Ya, ini adalah suasana seharian yang terjadi kepada kebanyakkan rakyat Malaysia. Tanpa membuat sebarang persediaan, apakah akan terjadi kepada anda sekiranya anda kehilangan mata pencarian sekarang yang setentunya akan dibebankan dengan hutang. Pada 2014, sudah kedengaran syarikat-syarikat yang ternama mula melakukan penstrukturan iaitu dengan membuang pekerja. Sekiranya anda seorang pekerja swasta maka anda harus berhati-hati dengan situasi yang berlaku. Mungkin anda seorang kakitangan kerajaan dimana adalah mustahil untuk anda dibuang kerja tetapi anda harus ingat bahawa apabila ekonomi menjunam maka kerajaan Malaysia harus melakukan sesuatu. Sesuatu yang tidak dapat saya jangka untuk ditulis..

Mungkin anda lupa bahawa ekonomi akan melakukan pembaharuan setiap 8 ke 10 tahun. kali terakhir ekonomi jatuh pada tahun 2008 namun tidaklah seteruk 1997 (terima kasih kepada mantan Perdana Menteri kita kerana masih mampu mengawal kejatuhan ringgit Malaysia). Sekiranya diukur pada kejatuhan ekonomi berlaku setiap 8 – 10 tahun maka 2015 adalah permulaannya. Anda sudah bersedia? Pakar ekonomi meramalkan bahawa kemelesetan akan berlaku diseluruh dunia dengan bersandarkan cara Amerika Syarikat mencetak wang kertas sesuka hati. Saya berharap sangat ramai rakyat Malaysia akan sedar dengan keadaan ini. Ia merupakan rantaian apabila terjadinya kejatuhan ekonomi di mana ia memberi kelebihan kepada orang-orang tertentu.

Anda juga dapat melihat bahawa kerajaan Malaysia sudah mula memotong subsidi kepada beberapa barangan. Yang paling terbaru ialah minyak petrol dan diesel. Penurunan harga tidak akan kekal dalam jangkamasa yang terlalu lama di mana harga ini akan kembali meroket. Tanpa subsidi dan diapungkan secara terus, adakah anda bersedia sekiranya harga minyak kembali naik secara mendadak seperti dahulu? Adakah ketika itu anda sekeluarga harus mengikat perut , menggunakan kad kredit sehingga tahap maksimum atau membuat pinjaman? Terpulang kepada anda.. 🙂