Syarikat saya dah ada Medical Coverage! Apa risikonya kepada anda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca,

Sila skip artikel ini sekiranya anda berminat dengan hospital kerajaan dan syarikat anda menanggung medical coverage sehingga anda meninggal dunia (masih sambung kepada anak-anak dan isteri anda).

Sebenarnya saya terpanggil untuk menulis artikel ini apabila seorang klien saya mempunyai kes sebegini. Klien saya (Ahmad – bukan nama sebenar) mempunyai medical coverage dengan polisi syarikat (AIA Berhad) dan polisi individu (AIA Public Takaful). Dier merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta. Pada satu masa, Ahmad disahkan menerima rawatan di hospital swasta di Kuala Lumpur. Jadi, Ahmad menggunakan medical card dari syarikat dengan berpendapat, takde isu apa-apa kot. Jadi, semasa nak discharge, bahagian billing kata ” Encik kena bayar baki RM3,+++ ni sebab coverage syarikat hanya RM30,000 je setahun. Limit dah lebih”. Uik, mana nak cekau kan dengan amaun yang bermain dengan 4 angka ni. Jadi Ahmad pun swipe card credit.Nasib baik lepas.. Jadi Ahmad pun telefon saya untuk bertanya isu balance RM3,+++, claimable or not. Secara ringkasnya saya kata “Bole je, nanti kita submit form dan tunggu apa dokumen bahagian claim nak lagi”. So, urusan ni berlaku seterusnya sehingga baki claim RM3,+++ dilunaskan oleh AIA Public Takaful. Kesimpulannya, walaupun dah claim dengan syarikat tapi masih boleh claim dengan polisi individu dengan beberapa dokumen (medical report..etc).

Ok, selesai isu ini dan saya bangkitkan pula isu yang hampir serupa. Apa masalahnya apabila diri sendiri mahupun keluarga mempunyai medical coverage HANYA dengan syarikat.
1. Perjanjian ini adalah tidak kekal. Anda setuju atau tidak, anda wajib pencen bila tiba masanya. Apa masalahnya? Syarikat masih beri medical coverage kepada anda sekeluarga? Dari pengamatan saya, banyak syarikat GLC yang memberikan limit atau sudah tidak memberi medical coverage ini. Kalau dah pencen.. agak-agak rekod kesihatan tip top? Saya pun berharap seperti itu.
2. Tukar keja atau ditukarkan kerja. Kalau anda dalam syarikat swasta, kemungkinan untuk anda menukar kerja adalah tinggi berbanding GLC. Tanya diri anda, ini adalah syarikat anda yang kali ke berapa? Industri anda kukuh? Semua benda tidak kukuh, industri ‘oil and gas’ pernah kecundang buat seketika (industri ini pernah dikatakan ‘untouchable’/tidak akan tergugat) maka bersepahlah pekerja-pekerja yang terpaksa ditukarkan kerja. Jadi, kemungkinan untuk anda berpindah ke syarikat lain ada kemungkinannya.
3. Probability pre-existing ilness. Berbalik kepada no. 1.. apabila anda pencen baru nak ambil medical coverage. Anda pasti ketika itu rekod kesihatan bersih dari segala penyakit? Mengikut kajian dari industry-industry kesihatan.. risiko akan tinggi apabila umur anda mencecah 30an (perempuan) dan 40an (lelaki). Namun, disebabkan pemakanan dan gaya hidup, ia menjadikan risiko menjadi lebih awal. Pernah dengar budak lelaki umur 20an terkena sakit jantung dan meninggal dunia? Ya, saya pernah mendengarnya. Sekiranya anda sudah pencen dan rekod kesihatan terbaik, agak-agak berapalah harga polisi itu walaupun hanya basic plan? Jadi, baik ambil ketika muda dan sihat.
4. Polisi adalah hak syarikat bukannya anda. Jadi, syarikat berhak menukar syarikat dan jenis polisi yang dirasakan perlu. Kalau syarikat rasa ini satu bebanan, syarikat boleh tutup apa jua polisi yang ada dan jadikan anda terkontang kanting. Tambah-tambah dalam zaman syarikat-syarikat banyak buat restructuring.
5. Had tahunan adalah rendah berbanding polisi individu. Berbalik kepada kes Ahmad (seorang engineer) pun tak cukup. Inikan pula kalau anda hanya pekerja yang bukannya bergaji RM7,+++ ke atas. Lain laa kalau anda owner syarikat, board of director, manager-manager dsb.

** remark: akta buruh ada menyatakan syarikat berhak untuk menamatkan khidmat anda (dgn bahasa mudah – PECAT) sekiranya anda tidak mampu bekerja selama 3 bulan berturut-turut. Ada kes camni? Ada! Selalunya yang mempunyai penyakit-penyakit kritikal.

Peringatan: Kos caruman medical coverage bergantung kepada Umur, Jantina, Jenis Pekerjaan dan Cara Hidup. Dan selalunya KESIHATAN adalah taruhan untuk menjadikan application anda adalah Approve Normally, Approve with Loading (penamban jumlah caruman), Approve with Exclusion (pengecualian) atau DECLINE. Yang selalunya dalam kelompok decline, dari pengalaman.. selalunya bebanan hutang dan rawatan adalah tinggi. Sekadar perkongsian..

Advertisements

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s