Pelan @ Pakej Menarik Yang Ditarik dari Pasaran

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Tup-tup dah beberapa bulan rupanya saya tidak menulis artikel berkenaan takaful mahupun kewangan. Kali ini saya tulis pendek sahaja iaitu mengenai AIA Public Takaful. Untuk anda yang tidak mengetahui info semasa mengenai AIA Public Takaful, sudah dua produk seorang agen @ life planner AIA Public Takaful tidak boleh ditawarkan kepada PELANGGAN BARU iaitu:
Lifelink-i (Family Plan): seperti yang tertera, pakej family plan sudah ditarik balik dalam pasaran. Jadi amat bertuah kepada pelanggan lama yang sudah mengambil pakej @ polisi ini kerana penjimatan dan dapat dimasukkan 4 orang anak dalam satu polisi. Yang lebih menarik, tanpa ada sebarang tambahan caruman. Amat sayang sebenarnya pakej ini ditarik dalam pasaran. Pakej ini ada sekali dengan simpanan.
Med Regular-I (Standalone): pakej ini hanya menawarkan kad kesihatan (medical card) tanpa ada sebarang eleman simpanan. Ia lebih murah daripada pakej Lifelink-I dan carumannya akan meningkat pada fasa-fasa umur pelanggan tersebut.

*sekadar untuk info, mungkin ada yang masih tidak tahu.

Advertisements