Polisi Takaful Lapsed! Apa kesannya kepada anda?

POLISI LAPSED. Ini merupakan satu istilah yang biasa anda dan saya dengar apabila berada dalam industri takaful @ insuran. Bagi syarikat takaful @ insuran, klien-klien yang tidak membayar caruman sehingga 90 hari akan menyebabkan polisi klien tersebut dikategorikan LAPSED. Namun begitu, kesan ini banyak memberi impak kepada pemegang polisi sebenarnya. Biar saya huraikan satu persatu supaya yang mempunyai polisi atau bakal mempunyai polisi tahu kesannya kepada diri anda sendiri:

1. Polisi tersebut tidak boleh digunakan
– Apabila polisi anda dikategorikan sebagai ‘lapsed‘ maka anda tidak dilindungi. Jadi sekiranya anda mempunyai medical card maka medical card tidak boleh digunakan aka reject terus. Kalau polisi hibah, pembayaran hibah juga sukar untuk dibayar pampasannya. Rugi bukan?

2. Mengisytiharkan kesihatan anda kembali
– Anda harus mengisytiharkan kembali kesihatan anda dengan mengisi ‘Health Declaration Form’. Sekiranya pada waktu itu anda tidak mempunyai sebarang rekod kesihatan yang berisiko, maka anda akan lulus untuk menyambung polisi lapsed tersebut. Namun, sekiranya anda pernah membuat rawatan atau sedang membuat rawatan, maka anda akan dikategorikan sebagai pemegang polisi yang berisiko. Polisi anda mungkin akan menjadi loading (penambahan amaun caruman), exclusion (pengecualian perlindungan) atau decline (perlindungan polisi anda ditolak). Rugi berganda bukan?

3. Pembayaran caruman sekaligus 
– Apabila ingin mengaktifkan kembali polisi anda, ia harus dibuat pembayaran tunggakan secara sekaligus atau lump sump. Sekiranya jumlah polisi anda adalah RM150 dan tunggakan sebanyak 3 bulan, maka anda harus membayar RM450 sekaligus + health certification form. Membebankan? Ada sesetengah kes, klien sanggup membayar jumlah lapse apabila keadaan memerlukannya. Sebab apa? Kos rawatan berganda-ganda tinggi dari membayar jumlah lapsed (kes benar).

4. Waiting period bermula dari awal kembali
– Ini merupakan satu kesan yang amat buruk kepada polisi anda. Apabila polisi lapsed, maka waiting period bermula seperti anda baru mengambil polisi. Anda hanya dilindungi berdasarkan fasa-fasa masa tertentu iaitu ………. (kalau anda jadi klien saya, saya akan terangkan secara terperinci). Bayangkan kalau polisi anda sudah melepasi tempoh waiting period ni (bukan pendek waktunya beb…), maka polisi lapsed.. mula balik dari awal. Sakit ooo… percayalah apa yang saya cuba tekankan kat bahagian ni.

**Kalau agen anda banyak wassap atau menghantar reminder untuk buat bayaran caruman, salah satu sebabnya agen anda risau polisi anda menjadi lapsed.

Advertisements

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s