Q & A: Takaful mana yang terbaik?

logo takaful

Persoalan yang selalu diajukan oleh orang ramai kepada agen takaful/insuran, ” Takaful manakah yang terbaik?”. Apabila bertanya kepada agen takaful tersebut, setentunya mereka akan bercakap “tentulah produk dari syarikat takaful saya yang terbaik!” Untuk memudahkan para pembaca, biar saya ceritakan sedikit tips kepada anda.

Peringatan: Walaupun saya salah seorang agen takaful, dalam artikel ini.. saya tidak akan menulis secara tidak adil. Percayalah!

Tips 1: Syarikat Manakah Yang Mudah Claim?
Kalau anda bertanya kepada agen, setentunya mereka akan bercakap syarikat mereka senang claim..etc. Cara mudah untuk anda, pergi ke hospital yang berhampiran tempat kediaman dan kerja, pergi bertanya bahagian admission syarikat takaful manakah mudah dalam urusan claim dan Guarantee Letter (GL). Setentunya hospital tempat yang paling sesuai untuk anda bertanya kerana semua pesakit yang menggunakan takaful/insuran akan berurusan dengan mereka.

Tips 2: Agen manakah yang bagus?
Harus diingat, agen adalah ‘jambatan’ antara pihak hospital dan pihak takaful sekiranya terjadi sesuatu yang melambatkan proses claim, kemasukkan hospital dan sebagainya. Anda boleh bertanya sekiranya isu-isu claim, kemasukkan hospital dan sebagainya kepada bakal agen anda. Sekiranya tidak faham mengenai produk, sila berjumpa @ bertanya kepada bakal agen anda. Dapatkan juga penerangan yang termaktub dalam takaful seperti tempoh matang, exclusion term dan sebagainya.

Tips 3: Syarikat manakah yang bagus?
Syarikat yang masih wujud adalah bagus, itu menandakan ‘financial’ mereka kukuh. Tapi, bagaimanakah untuk mengetahui syarikat yang benar-benar bagus? Rujuk kembali kepada pihak hospital dan bakal agen untuk urusan claim. Untuk pampasan, mungkin boleh bertanya kepada bakal agen sekiranya mereka pernah mendapat pampasan (kematian, TPD atau penyakit kritikal). Bangunan, marketing billboard (mahal bayar ni) dan advertising membolehkan anda tahu kekuatan syarikat kerana untuk kos pengiklanan dan bangunan adalah amat mahal.

Tips 4: Produk manakah yang terbaik?
Lain syarikat lain spesifikasi produknya. Adalah lebih baik anda membuat sedikit pembacaan mengenai produk. Ada produk yang dah fixed dan ada produk yang anda boleh menambah manfaat tambahan (rider). Ada yang tanpa simpanan dan ada yang mempunyai method pelaburan untuk dijadikan simpanan. Antara kriteria-kriteria yang harus anda highlight semasa melihat produk ialah:
– (medical card) had tahunan, had seumur hidup, caruman tetap @ tidak, ada manfaat tambahan [rider] dan jenis bilik
– (pampasan kematian) ada eleman-eleman tambahan sekiranya terjadi kematian @ pampasan kematian bergantung pada jenis/cara kematian.
– (pampasan penyakit kritikal) peringkat atau stage penyakit [kebiasaan stage 1,2,3,4] untuk mendapat pampasan
– (eleman-eleman tambahan) elaun hospital, waiver dan sebagainya.

Tips 5: Berapa bajet?
Memandangkan takaful adalah long term komitmen, lebih baik anda memilih kriteria yang fixed dengan bajet. Tiada guna anda ingin memiliki pelbagai eleman dalam takaful anda tetapi sebenarnya allocation untuk takaful adalah kecil. Ini untuk mengelakkan anda menjadi ‘not very good’ klien kepada agen mahupun syarikat.

Saya membuat tips ini secara ringkas sahaja, kalau panjang2 nanti.. penat anda membacanya. Untuk pengalaman-pengalaman claim, kemasukkan hospital dan lain-lain, akan saya ceritakan pada artikel yang lain.

Advertisements

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s