Pelaburan + Perlindungan

aia-signature

Ramai antara kira terlalu menumpukan segala usaha dan keringat kepada pelaburan semata-mata, dengan kata lain.. mode menyerang! Tapi bagaimana pula sekiranya anda pula diserang? Anda mampu untuk bertahan? Kalau anda boleh berkata dengan penuh confident kata Ya, maka anda sudah bersedia dalam pertahanan dan menyerang. Bagaimana kalau anda tidak berani berkata Ya, maka anda akan menjual aset sekiranya anda tak mampu bertahan dari di serang. Ini mungkin boleh menjadi alternatif kepada anda.. maaf kalau penerangan ini terlalu panjang sebab saya akan terangkan secara terperinci.

AIA Public Takaful mempunyai dua jenis pelan iaitu A-Enrich Gold-i dan A-Life Signature-i. Namun, pada pendapat saya A-Life Signature-i mempunyai lebih kelebihan dari segi manfaat dan value for money. Tapi ini pendapat saya semata-mata, bukanlah jawapan dari agen-agen atau AIA Public Takaful. Ok, biar saya kupas lembaran demi lembaran supaya anda lebih faham apa yang saya ingin katakan. Pada asasnya, A-Life Signature-i memberi kelebihan dari segi ini iaitu:
1. mendapat 200% daripada jumlah Faedah Kematian Akibat Kemalangan (sebelum umur 70 tahun)
2. mendapat 200% daripada jumlah Faedah Kematian Ketika Haji @ Umrah
3. mendapat 300% daripada jumlah Faedah Kematian Akibat Kemalangan Menggunakan Pengangkutan Awam
4. mendapat 20% daripada jumlah Faedah Kematian (selepas umur 80 tahun)

A-Life Signature-i boleh dijadikan sebagai Mortgage Level Term Takaful (MLTT) dalam memberi takaful kepada premis @ rumah. Jadi kita tengok apa kelebihan MLTT dengan menggunakan pelan A-Life Signature-i. Biar saya buat perbandingan antara MRTT vs MLTT.

1. Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)
MRTT merupakan satu kaedah takaful yang akan mengikut dengan baki pinjaman yang ada dengan pihak bank. Dengan kata lain, semakin kurang jumlah pinjaman maka makin kuranglah nilai MRTT. Sekiranya terjadi kematian @ hilang upaya kekal kepada pembayar pinjaman, maka MRTT akan membayar baki pinjaman rumah tanpa ada ‘cash value in hand’ kepada pewaris. Sebagai contoh, nilai pinjaman rumah RM1,000,000 dan selepas 20 tahun.. nilai hutang pinjaman yang tinggal adalah RM400,000, maka MRTT akan membayar baki RM400,000 kepada pihak bank. Nilai ‘cash value in hand’ kepada isteri @ anak-anak adalah RM0. Kalau takde MRTT, maka isteri haruslah membayar komitmen bulanan rumah untuk mengelak rumah dilelong oleh pihak bank. So, minimum pertahanan adalah MRTT (takaful) atau MRTA (konventional). MRTT tidak boleh dipindah milik kepada premis yang lain @ harus membayar MRTT yang baru sekiranya membuat proses ‘refinance’.

2. Mortgage Level Term Takaful (MLTT) dengan A-Life Signature-i
MLTT merupakan satu kaedah pelan takaful yang dikeluarkan oleh AIA. Nilai takaful (sum covered) tidak akan berubah seiring dengan baki jumlah pinjaman. Sekiranya terjadi kematian, hilang upaya kekal atau penyakit kritikal kepada pembayar pinjaman maka (nilai takaful – baki pinjaman = nilai cash value in hand). Sebagai contoh, nilai takaful adalah RM1,000,000 (jumlah nilai takaful bergantung kepada anda untuk lebih, sama @ kurang) dan selepas 20 tahun.. nilai baki pinjaman yang tinggal adalah RM400,000. Katakan pembayar meninggal dunia akibat kemalangan keesokkannya, maka nilai takaful (RM1,000,000) – nilai baki pinjaman (RM400,000) = RM600,000. Betul tak? Kurang tepat, dengan A-Life Signature-i  anda akan mendapat lebih! Anda masih ingat sekiranya Kematian Akibat Kemalangan, pewaris akan mendapat 200% dari nilai takaful. Jadi, kiraan mudah adalah [nilai takaful (RM1,000,000) x gandaan (2)] – baki pinjaman (RM400,000) = RM1,600,000 cash value in hand!

Belum habis lagi, A-Life Signature-i mempunyai eleman-eleman pelaburan maka anda boleh lihat jumlah pelaburan yang terkumpul sebanyak 20 tahun (saya gunakan polisi yang saya ambil untuk memberi anggaran angka kepada anda). Jumlah pelaburan yang digariskan oleh Bank Negara adalah RM259,000 (ini bergantung kepada prestasi pelaburan unit amanah). Jadi, RM1,600,000 + RM259,000 = RM1,859,000. Ini adalah jumlah tunai kepada isteri dan anak-anak anda! Ok, katakan ia dilaburkan dalam pelaburan yang memberi pulangan sebanyak 6% setahun (pelaburan berisiko rendah) maka 0.06% x RM1,859,000 = RM111,540. Nilai RM111,540 dibahagikan kepada 12 bulan = RM9,295 sebulan! Jadi, keluarga anda dapat memiliki rumah + cash value in hand (RM9,295 sebulan). Berapa nilai kasar pewaris anda dapat, RM1,000,000 (rumah) dan RM1,859,000 (tunai).

Ini bukanlah anda menjual untuk dunia tetapi sekurang-kurangnya anda tinggalkan sesuatu untuk keluarga anda tidak merempat setelah anda tiada. Kematian adalah pasti tetapi bagaimana anda meninggal yang akan membezakan kehidupan ahli keluarga yang bergantung kepada anda selama ini. Ok.. tak bestlah cerita pasal kematian ni, orang lain yang dapat hasil. Diri sendiri penat je.. Mari kita cerita sekiranya anda hidup dan hanya mengambil jumlah simpanan yang dilaburkan. Saya akan menggunakan polisi saya sebagai penanda aras untuk memberi anggaran angka kepada anda. Kita tinggalkan kes MRTT vs MLTT.

Simpanan Pelaburan
Dalam polisi yang saya miliki, saya membuat spesifikasi seperti ini.. nilai takaful adalah RM1,000,000, tempoh caruman adalah 20 tahun (boleh ubah mengikut kesesuaian seperti 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau sehingga tempoh perlindungan) dan tempoh perlindungan adalah 30 tahun. Jadi, memandangkan saya mengambil jumlah simpanan yang dilaburkan selepas tamat tempoh perlindungan, jumlah terkumpul adalah RM302,600. Dengan A-Life Signature-i, anda akan memperolehi bonus 20% (maturity booster) dari nilai simpanan iaitu 20% x Rm302,600 = RM60,520. Jadi, sekarang nilai terkumpul adalah RM363,120! Dengan caruman tambahan RM10 sebulan, anda boleh menjadi ahli kelab AIA Vitality (akan saya terangkan pada artikel yang lain). AIA Vitality merupakankad keahlian yang memberhakkan anda mendapat GANJARAN untuk usaha yang dilakukan oleh anda supaya kekal sihat. Apa kelebihan AIA Vitality dalam konteks ini? Anda dapat 20% (signature bonus) dari nilai simpanan iaitu tambah lagi RM60,520 extra. Jadi, berapa jumlah simpanan yang anda perolehi? RM423,640! Katakanlah, anda taknak usik duit tu dan hanya nak ambil dividen.. maka dilaburkan dalam pelaburan yang memberi pulangan sebanyak 6% setahun (pelaburan berisiko rendah). 6% x RM423,640 = RM25,418.40. Kemudian anda bahagi dengan 12 bulan.. maka RM25,418.40 bahagi 12 = RM2,118.20 sebulan! Anda rasa berbaloi? Tapi, pastikan anda memiliki kad perubatan untuk mengelak simpanan anda diserang oleh penyakit-penyakit yang membuatkan simpanan anda lenyap sedikit demi sedikit. Ya, transfer all hospitalization costs to AIA Public Takaful.

Tetapi, anda tidak boleh membuat perbandingan dari (pure investment) vs (investment + protection). Tak adil tu! Pure investment hanya target capital gain tetapi takaful membahagikan jumlah caruman kepada investment dan protection. Sebagai contoh, di dalam A-Life Signature-i telah membuat pecahan seperti berikut (berdasarkan polisi saya):
1. Pecahan kepada simpanan (tempoh caruman 20 tahun):
tahun 1: 40%, tahun 2: 40%, tahun 3: 70%, tahun 4: 75%, tahun 5: 90%, tahun 6: 90%, tahun 7 & ke atas: 100%

2. Untuk mendapat nilai simpanan yang lebih tinggi, anda mungkin boleh memperolehi pecahan kepada simpanan seperti ini (tempoh caruman 10 tahun):
tahun 1: 60%, tahun 2: 64%, tahun 3: 78%, tahun 4: 83%, tahun 5: 95%, tahun 6: 95%, tahun 7 & ke atas: 100%

Ok, bagaimana pula sekiranya anda ditimpa musibah seawal hari polisi anda aktif? Iaitu polisi anda baru aktif selama 1 hari! Katakan anda meninggal dunia akibat kemalangan menggunakan pengangkutan awam. Dalam terma takaful, pengangkutan adalah kenderaan (bas, komuter, LRT, kapal terbang.. teksi tidak masuk list yer) atau lif (yang mengangkut penumpang.. lif bangunan pembinaan tak masuk list gak). Ini lebih straight forward iaitu:

1. Disebabkan nilai takaful adalah RM1,000,000 maka waris anda layak mendapat 300% iaitu bersamaan RM3,000,000 tunai. Nak kena kira jugak ke pecahan bulanan? Kesian lak kat anda kan.. so saya tolong kirakan kepada anda. Wang tunai tersebut dimasukkan ke pelaburan berisiko rendah iaitu 6% maka dividen yang diperolehi adalah RM180,000 dibahagi dengan 12 bulan = RM15,000 sebulan! Ini adalah nilai tunai kepada ahli keluarga anda..

**Takaful bukanlah untuk membuat duit, ia merupakan persediaan sekiranya kejadian berlaku secara tiba-tiba kepada pemberi nafkah yang utama.

Advertisements

2 comments on “Pelaburan + Perlindungan

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s