Saya membuat artikel-artikel ini sebagai rujukan untuk para bakal-bakal klien mahupun klien disebabkan terdapat ramai daripada pemegang polisi mahupun agen yang tidak betul-betul faham istilah-istilah dalam polisi. Biar saya terangkan secara ‘bahasa mudah’ supaya memudahkan anda semua.
Total Permanent Disable (TPD) @ Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (Sebarang Pekerjaan)
1. tak boleh melakukan pekerjaan (minimum 6 bulan) sebab cedera, sakit atau menghidapi penyakit; dan
2. tengah buat rawatan biasa dan pemulihan di Pengamal Perubatan Berdaftar (hospital @ klinik la.. dukun takleh yer); dan
3. sudah buat rawatan dan pemulihan tapi masih tak boleh bekerja atau melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan harian;
Apa itu aktiviti kehidupan harian?
1. Boleh bangun dan duduk tanpa bantuan orang lain
2. Boleh bergerak ke sana sini tanpa bantuan orang lain
3. Boleh menjaga kebersihan diri termasuk buang air besar & kecil tanpa bantuan orang lain
4. Boleh pakai baju dan seluar tanpa bantuan orang lain
5. Boleh makan dan minum tanpa bantuan orang lain