Kisah bercuti di Vila A’famosa (Alor Gajah, Melaka)

20161204_185544
Sebenarnya sekadar berkongsi pasal pengalaman bercuti di sini. Jarak takdelah jauh dari rumah iaitu 136km sahaja dari rumah. Bercuti ni sempena pihak agensi (PJ Ridzuan) buat makan-makan & lepak (2 hari 1 malam) kat sini sempena agensi menjadi One Million Dollar Agency. Agensi kami ni takde laa ramai & besar but with komited agents, so leader ingin celebrated this. Aku sekeluarga tak pergi lama, bertolak selepas Zohor dan balik pada lewat malam pada hari yang sama (isteri dah takde AL, dah simpan untuk menimang bayi yang ke-4 pada jangkaan doktor 31/12/2016). Alhamdulillah.. diberikan rezeki anak-anak.

Masa sampai tu, aku adalah orang yang ketiga.. orang pertama adalah Ridzuan + Sasha + anak2 (leader), Zaid + family (client aku + agen) dan setentunya aku sekeluarga. Seperti biasa, masa sampai.. angkat barang itu ini untuk memudahkan urusan. Dah selesai angkat, settlekan pulak anak-anak untuk mandi kolam. Kolam mandi ni individu di luar laman vila, so ok aa. Kolam agak dalam untuk budak-budak kecil, memang perlu dipantau selalu. Aku seperti biasa, bila sampai ke kawasan baru.. mula tengok kawasan. Ok ke idak.. bagi aku, everything just nice. Laman, keluasan, environment.. everything nice. Cuma kalau nak ke jalan besar, agak jauh aa.. memang dari pintu gerbang A’famosa, masuk jauh ke dalam. Tak silap aku, ada terlihat kelibat A’farmosa Theme Park sebelah kanan.. vila ni kena pergi atas lagi.

20161204_185444

Yang atas tu.. pembuka cerita je, sebenarnya aku nak cerita kejadian anak no-3 (baru 2 tahun) yang lemas ketika bermain kolam. Ini aku nak menceritakan betapa pentingnya memantau anak-anak ketika mereka bermain kolam. Even kolam (kolam PVC) tu tidaklah dalam dan anak-anak memang berhampiran dengan anda. Ada banyak kes yang aku lihat sendiri pada sesi mandi manda sebelum ni, anak-anak lemas dihadapan ibubapa yang sibuk bersembang @ bermain handphone. Malah ada anaknya memang berada di depan mata tapi anak kecil tu dah lemas terkapai-kapai. Ibunya tak sedar anaknya lemas sebab sibuk dok sembang ngan ibu disebelahnya. Don’t lost your sight even 1 second… itu pengajarannya.

20161204_185250

Kes aku agak berbeza sikit sebab aku dah bagitau kat orang rumah. Anak aku no 3 ni duduk kat tangga yang dalam kolam tu. Aku masuk ke dalam untuk solat sebenarnya.. tapi entahlah aku jadi macam tak senang duduk kat dalam. Dok mundar mandir untuk solat asar, pastu dok bersembang untuk letak belon2 huruf tu. Duk bincang2.. sekali dengan isteri aku mintak tolong. Aku apa lagi.. bila dengar suara cemas dari isteri, meluru laa laju ke arah kolam. Sekali nampak.. anak no 3 dok terkapai2. Memang kalau nak tarik dari kiri, kanan @ depan.. memang tak sampai. Aku dengan hp di tangan.. terus berlari ke arah anak aku yang terkapai2 tadi. Masa dah nak sampai.. aku lihat tangannya mula dah mula tidak memberi respon yang dirinya tengah lemas. Mula terkulai dan badan mula berada dalam keadaan meniarap. Kebussshhhhhh.. aku terus terjun masuk ke dalam kolam air. Aku terus angkat bagi kepala anak aku keluar dari permukaan air. Dari bawah air, aku lihat anakku ini menyedut udara apabila kepala keluar dari permukaan air. Haaaa.. haaa.. Alhamdulillah. Tak perlu buat CPR… (memang aku tak tau nak buat sebenarnya). Aku terus angkat ke tepi kolam dan tepuk-tepuk belakang anak aku dalam keadaan badannya seperti sujud pada peha aku. Aku nak lihat ada tak air keluar.. takde air. So aku serahkan kepada isteri untuk teruskan tepuk-tepuk belakang dan membuang udara yang mungkin ada (istilah isteri aku sebenarnya tu..). Bila tengok anak aku stabil.. aku mula seluk poket, nasib baik hanya kunci kereta + jam tangan je. Hp sempat aku letak di tepi kolam air sebenarnya. Pick up all things and jemur. Dah tengok pakaian dah basah & waktu solat masih panjang, aku terjun mandi + pantau anak-anak team members + anak-anak aku sekali. Anak no 3 masuk dalam main pasang Lego.. hehehe.

Dalam duduk dalam kolam tu, ada 2 kali kejadian yang anak-anak team members kecil ni hampir lemas. Pertama, anaknya tergelongor jatuh betul-betul belakang ayahnya sebab kolam ni PVC.. so agak licin. Sib baik ayah sempat pusing ke belakang, belum sempat aku bagitau.. kira less 1 second aa. Kedua, anak team member yang baru sampai.. tukar baju & terus terjun. Aku kat penjuru kolam dah move depan n ayahnya ada berdekatan suruhnya anaknya ke tepi. Kira anaknya dah sedikit tercunggap-cunggap dan panik. Hilang panik bila dia dah rapat ke bahagian tangga dan dinding kolam. Aku masih duduk di dalam kolam sebagai pemerhati. Dah macam Bay Watch lak.. Hahaha. Dah berendam dekat 2 jam dan aku tengok macam budak-budak ni taknak naik lagi, aku naik untuk solat dan bagitau kat team members yang lain untuk tengok-tengokkan budak-budak tu. Masuk pun mandi dengan tenang n selesaikan solat asar. (Six sense aku agak kuat kalau ada benda-benda bahaya akan berlaku). So enjoy makan BBQ, Spagetti, Coleslaw, kek keju, kek oren, ..etc. Tapi mata masih memantau budak-budak mandi yang dah mencecah 3 jam. Tak kecut ke diaorang ni yerr.. takpe laa, enjoy the day.

20161204_185901

20161204_185913_hdr
Beberapa petua yang aku buat sebelum dan selepas apabila budak2 lemas:
1. Mata sentiasa awasi anak-anak mandi (bayangkan aku ada 3 orang hero.. berlari sana sini)
2. Lihat kawasan yang berbahaya seperti licin, kolam yang dalam, keadaan mozek yang dah pecah..etc.
3. Jangan letak benda2 elektronik kat poket (kalau nak bawak..sila pegang)
4. Jangan bawak wallet (kalau isteri ada, bagi kat isteri pegang)
5. PALING PENTING.. JANGAN PANIK! Kalau anda panik, badan jadi tak berfungsi dan otak anda akan pening nak buat langkah-langkah apa seterusnya. Kalau tak panik, within less 1 second.. anda tahu nak buat apa. Otak anda tahu untuk menganalisa dan melakukan langkah-langkah seterusnya.

Pengalaman anak pertama yang lemas.. ditolak anak kedua di kolam renang dewasa mengajar aku supaya tidak panik. Tapi sebenarnya aku dulu pernah beberapa kali hampir lemas. Jadi pengalaman diri sendiri yang membuatkan aku tidak mudah panik apabila keadaan diri sendiri yang lemas @ orang lain yang lemas.

Tips kalau diri sendiri lemas:
1. JANGAN PANIK! Tenangkan diri dan fikirkan langkah seterusnya.
2. Kalau badan meniarap ke belakang, cuba pusingkan badan supaya meniarap ke depan @ posisi yang lebih stabil
3. Apungkan diri.. paling mudah apungkan seperti anjing iaitu keluarkan kepala dari air (selalunya air berada di paras mulut)sambil tangan2 n kaki kayuh. Ini teknik paling mudah.
4. Cari tebing yang boleh dicapai..
5. Anda dah selamat..

Advertisements

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s