Lain-lain Perangkap: 2. Skim Cepat Kaya atau Skim Gores dan Menang

Boleh dikatakan sudah ramai orang yang tertipu dengan skim cepat kaya mahupun skim gores dan menang. Bukan hanya orang biasa-biasa malahan ada golongan yang terpelajar terperangkap dengan skim-skim sebegini. Biasanya skim-skim begini menawarkan jumlah pelaburan yang terlalu berlipatkaliganda. Sebagai contoh, sekiranya anda melabur RM1,000, anda akan mendapat keuntungan RM10,000. Dan pelbagai cara akan ditunjukkan kepada supaya anda percaya. Ilmu ini mudah sahaja, sekiranya apa yang ditawarkan kepada anda itu terlalu bagus maka syarikat-syarikat pelaburan lain akan gulung tikar kerana skim yang ditawarkan oleh mereka terlalu bagus. Selain itu juga, anda jangan terlalu tamak apabila ditawarkan skim-skim sebegini kepada anda. Ia lebih kepada indah khabar dari rupa.

Jadi, anda beringatlah sebelum terkena. Mereka selalunya bertukar-tukar taktik untuk memerangkap anda tapi hanya satu yang masih belum berubah. Memancing anda dengan jumlah keuntungan yang terlalu tinggi hingga ke syurga malahan menjadikan kocek anda penuh dengan sepantas kilat. Hati-hati kerana akhirnya poket mereka yang penuh dan bukannya poket anda.

Dari sumber yang diberikan oleh bank negara pada tahun 2014, terdapat 143 syarikat yang disenaraikan namun hanya 70 syarikat (senarai yang boleh dimuat turun) yang telah dikenal pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ia dipecahkan kepada beberapa jenis aktiviti iaitu:

  • 36 syarikat melibatkan aktiviti tidak berlesen
  • 21 syarikat melibatkan pelaburan emas
  • 13 syarikat melibatkan perniagaan matawang asing

Anda boleh melihat laman seSAWang BNM untuk mengetahui lebih lanjut mengenai nama syarikat/individu, laman seSAWang dan tarikh dimasukkan dalam senarai berjaga-jaga.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s