Lain-lain Perangkap: 1. Multilevel Marketing (MLM)

Saya akui ramai orang yang terlibat dengan MLM, ada yang berjaya malahan ramai yang terasa seperti ditipu. Mungkin anda biasa berjumpa dengan mereka, mungkin mereka adalah kawan-kawan anda, saudara anda malahan mungkin dari kalangan adik beradik anda. Saya akui anda mungkin akan memandang satu sudut yang negatif apabila disapa oleh seseorang yang mengakui agen MLM. Adakah anda tahu ada juga MLM yang sah dan berjaya di dalam perniagaan? Ya ada tapi tidak banyak. Oleh itu saya akan memberi beberapa tips untuk anda jadikan sandaran apabila didatangi oleh agen MLM. Tipsnya ialah:

  • Apakah produk yang ditawarkan?
  • Apakah keuntungan berlipatkali ganda?
  • Adakah bersandarkan kepada men’rekrut’ orang dibawah anda?
  • Adakah memberi pelbagai pakej yang akan bersandarkan kepada keuntungan semata-mata?
  • Adakah produk itu mendapat pengiktirafan, sekiranya ada maka tunjukkan hitam putihnya (bukti yang sahih).
  • Adakah mereka seperti memberi tekanan untuk anda mengambil/menjadi orang bawahan mereka?

Sekiranya banyak daripada mereka memberi seperti tips yang saya senaraikan, maka lebih baik anda hindarkan. MLM yang berjaya tidak perlu memaksa anda kerana mereka sudah mempunyai sistem yang berjaya. Ambillah masa untuk berfikir dan bagilah jawapan yang terbaik untuk menolak pelawaan mereka. Awas sekiranya mereka mengajak anda untuk menaiki kenderaan mereka, ini memberi kuasa mutlak kepada mereka untuk mengawal anda.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s