Kesilapan saya: 3. Kereta dan Motosikal

Pada masa kini, kenderaan bermotor menjadi salah satu keperluan asas dalam kehidupan. Dahulu, memiliki kereta adalah sesuatu yang sukar untuk dimiliki kerana mahal nilainya dan kadar pinjaman yang tidak mudah seperti sekarang. Kalau dilihat disekeliling anda, bilangan kereta teramatlah banyak yang menyebabkan kadar kesesakan lalulintas. Kalau anda pernah melihat cerita-cerita arahan seniman P.Ramlee, anda boleh membandingkan Kuala Lumpur dahulu dengan sekarang. Amat jauh perbezaannya dan seringkali saya akan bertanya kepada allahyarham ayah saya dan ayah mertua tentang lokasi yang dipaparkan dalam cerita-cerita tersebut. Dengan kadar kesesakkan yang melampau di ibukota, maka ada yang mengambil alternatif dengan membeli motosikal. Boleh dikatakan motosikal menjadi satu alternatif yang digemari kerana boleh mengelak dari kesesakkan jalanraya dan dapat menjimatkan kos pengangkutan.

Namun begitu, risiko kemalangan dari motosikal adalah amat tinggi. Ini kerana sedikit kesilapan, penunggang mahupun pembonceng mempunyai risiko cedera yang amat tinggi dan kadang-kadang boleh membawa maut. Kadang-kadang kemalangan itu berpunca daripada kecuaian sendiri tetapi kecuaian orang lain juga menjadi penyumpang kepada kelompok penunggang motosikal. Saya pernah mendengar bahawa penunggang motosikal ini diumpamakan seperti mentimun dan kenderaan lain adalah durian. Kalau mentimun melanggar atau dilanggar oleh durian, maka mentimunlah yang menanggung kecederaannya.

Saya pernah menceritakan bahawa saya pernah memiliki dua buah motosikal iaitu Yamaha TZM dan Aprilia RS 125 Extrema. Kedua-dua motosikal ini adalah kenderaan kehendak saya yang sudah lama saya inginkan iaitu dari sekolah menengah lagi. Namun begitu, saya pernah juga memiliki sebuah motosikal yang menjadi keperluan asas iaitu Kriss 120. Tapi sayangnya, motosikal tersebut dicuri oleh pencuri yang amat mahir dalam bidangnya. Motosikal ini banyak berbakti kepada saya kerana saya menggunakan semaksimum kudratnya. Walaupun terasa amat ralat tentang kehilangan motosikal tersebut, namun saya redha dengan ketentuan Allah. Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya.

Yamaha TZM adalah kenderaan pertama saya dan saya banyak berhabis wang dalam menjadikan ia sebuah replika Aprilia RS 125. Memandangkan motosikal (TZM) ini mempunyai kadar kecurian yang amat tinggi pada waktu itu, ia menjadikan saya tidak tenang dengan berita tersebut. Ia menjadikan saya tidak tenang pada setiap hari kerana pada waktu itu saya hanya menyewa di sebuah flat. Saya tidak mengambil waktu yang agak lama, kurang dari setahun motosikal itu telah selamat dijual. Oleh itu, saya mula memikirkan apa yang saya harus buat dengan hasil jualan motosikal tersebut.

Setelah berfikir untuk beberapa hari, saya mengambil keputusan untuk membeli kereta. Saya beranggapan dengan membeli kereta dari awal maka apabila berkahwin, saya tidak perlu bersusah payah untuk membeli kereta lagi. Itulah kesalahan saya apabila ingin menjadi peramal masa depan. Ini menjadikan kewangan saya amat goyah pada ketika itu kerana keputusan itu adalah salah sama sekali. Ini kerana kewangan saya sebenarnya tidak membenarkan saya memiliki sebuah kereta. Itulah kesilapan saya apabila tidak tahu menguruskan kewangan peribadi dan ditambah pula tiada ilmu dalam kewangan.

Kos penyelenggaran antara motosikal dan kereta adalah amat jauh sekali. Ditambah pula apabila membeli kereta, ia akan datang dengan pakej kos parking, tol dan minyak yang agak tinggi. Selain itu juga apabila ada kos-kos yang datang secara bulanan mahupun tahunan. Ini memang memeritkan tapi alang-alang membeli kereta, biarlah bergaya ala sport. Seperti kata orang, biar papa asal bergaya. Dengan jiwa muda yang ada, setentunya pelbagai modifikasi yang dilakukan. Daripada rim sukan, ekzos malahan enjin akan dipasang dengan pelbagai aksesori. Itulah jiwa muda, ada saja yang ingin ditonjolkan kepada orang lain walaupun sebenarnya sesuatu yang ingin ditonjolkan itu tiada makna kepada orang lain. Hanya membakar wang di dalam saku saya sahaja tetapi tiada erti kepada orang lain.

Saya lupa untuk membeli kereta sebagai keperluan asas. Saya juga lupa sekiranya saya memodifikasi sebuah kenderaan untuk menjadi jelmaan kenderaan lain, ia tetap dipanggil sebagai nama kenderaan asalnya. Trend anak muda ketika itu ialah menjelma wira kepada mitsubishi evolution, kancil dengan kembarnya iaitu daihatsu mira dan tidak lupa juga menaiktaraf enjin kepada enjin yang lebih berkuasa. Ada yang bertukar kepada turbo, supercharge, v-tec dan pelbagai lagi perkara yang membakar wang anda. Ini menjadikan anda amat jauh untuk bebas kewangan mahupun menjadi seorang jutawan. Mana tidaknya, wang yang dilaburkan bukannya sedikit. Dari 4 angka hinggalah kepada 5 angka dan kemudian kenderaan tersebut akan dijual kerana sudah puas menderanya, kemudian membeli kereta baru untuk dimodifikasikan lagi. Maka pusingan modifikasi ini tidak akan habis sehinggalah anda sudah tiada duit untuk dibakar.

Tidak lupa juga yang membeli kenderaan dengan kadar bayaran bulanan yang semaksimum yang mungkin iaitu akan bertanya kepada pihak bank berapakah had kredit yang dapat diambil. Lagi tinggi lagi bagus! Itu kebiasaan pemikiran yang dimiliki oleh orang bawahan dan kelas menengah. Malahan mempunyai hanya satu punca rezeki sahaja iaitu gaji. Ini merupakan satu amalan yang amat berbahaya dalam sistem kewangan. Anda boleh menggunakan Aliran Kewangan Bulanan (Contoh 1 dan 2) pada bahagian Lampiran sebagai contoh untuk menguruskan hutang anda.

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s