1. Melihat kadar faedah atau kadar keuntungan yang dikenakan kepada anda

Dahulu saya tidak mengenali apa itu caj-caj yang dikenakan kepada setiap pinjaman yang saya ambil. Boleh dikatakan saya hanya mementingkan bank mana yang boleh memberi pinjaman kepada saya. Jadi, anda haruslah mula bertanya dan membandingkan kadar faedah atau kadar keuntungan oleh beberapa bank kepada nilai pinjaman anda. Ini supaya anda tahu bahawa itulah murah atau mahalnya nilai yang bank akan ambil dari pinjaman anda. Kadar faedah ini boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu kadar rata (flat rate), kadar tahunan (yearly rests), kadar bulanan (monthly rests) dan kadar harian (daily rests).

Saya akan menunjukkan secara ringkas sahaja bagaimana caj dikenakan berdasarkan kadar faedah anda. Ini kerana setiap bank mempunyai kadar kiraan yang berlainan antara satu sama lain kerana bersandarkan pakej pinjaman yang mereka berikan. Secara kasar ia di kira berdasarkan apa yang saya tulis di bawah.

  • Kadar rata merupakan kadar faedah yang sudah di kira daripada bayaran prinsipal dan kadar. Kadar pembayaran bulanan adalah sama dari permulaan pinjaman sehinggalah nilai pinjaman anda selesai.
  •  Kadar tahunan merupakan kadar faedah yang dikira pada jumlah baki pada setiap tahun.
  •  Kadar bulanan pula merupakan kadar faedah yang dikira pada jumlah baki pada setiap bulan.
  •  Kadar harian lebih kepada pengiraan kadar faedah di kira pada jumlah baki pada setiap hari. Selalunya bayaran bulanan boleh dimanipulasi oleh anda.

Saya sarankan kepada anda cubalah memilih kadar harian dahulu dan kemudian bulanan dan seterusnya tahunan. Ini kerana kadar harian di kira berdasarkan setiap hari dan anda boleh menambah atau mengurangkan nilai bayaran pinjaman anda setiap bulan. Ia lebih memberi anda kuasa memanipulasi kadar bayaran pinjaman anda. Namun begitu, jangan tertipu dengan kadar harian tetapi dikira secara bulanan yang dikenali sebagai compounded monthly. Sebenarnya ia lebih kepada kadar faedah yang dikira secara bulanan. Namun begitu, amat sukar untuk memiliki kesemua pinjaman secara kadar faedah harian kerana tidak semua pinjaman menggunakan kadar ini. Pengiraan ini amat melecehkan dan kurang memberi keuntungan kepada pihak bank. Tetapi sekiranya anda bijak menggunakan overdraf, ia boleh menjadi satu alat yang anda boleh membeli segala barangan dengan kaedah kadar faedah harian. Nah, sekarang saya sudah memberi tips lagi kepada anda. Kalau anda tidak dapat mengelak dari berhutang untuk membeli keperluan maka carilah cara untuk mengurangkan kadar faedah yang paling rendah yang dikenakan kepada anda.

“Hutang kita akan lebih cepat selesai dibayar sekiranya jumlah hutang itu tidak banyak dan pembayarannya di bawah kawalan kita”. Aziz CFP

Ini tips kepada anda tentang perbezaan kadar rata dan kadar harian supaya anda lebih memahami bagaimana kedua-dua kadar faedah ini berfungsi dan boleh dijadikan sebagai perbandingan. Kadar rata merupakan satu pengiraan yang tetap manakala kadar faedah harian merupakan satu pengiraan yang fleksibel. Sebagai contoh anda ingin membuat pinjaman perumahan yang berjumlah RM200,000 dan dua bank berbeza memberi dua jenis kadar faedah yang berbeza (kadar rata dan kadar harian). Ia dikira dengan kadar faedah sebanyak 10% dan tempoh pinjaman adalah 30 tahun (360 bulan). Sila lihat rajah dibawah untuk penerangan ringkas.

Jenis Pinjaman Pinjaman Kadar Rata Pinjaman Kadar Harian
Jumlah RM200,000 RM200,000
Kadar Faedah 10% 10%**
Tempoh Pinjaman 30 tahun (360 bulan) 30 tahun (360 bulan)**

 

Berdasarkan rajah di atas, anda nampak saya meletakkan tanda ** pada kadar harian. Tanda ** selalu digunakan oleh bank untuk menyatakan bahawa ‘mengikut terma dan syarat’. Ia juga menyatakan bahawa pada bahagian ini boleh berubah dan tidak tetap. Seperti yang anda ketahui, pinjaman kadar rata adalah tetap cara pembayarannya. Sekiranya penyata pembayaran mengatakan sebulan anda harus membayar RM900 maka itulah pembayaran yang harus anda bayar sehingga pinjaman itu selesai. Berbeza pula dengan pinjaman kadar harian yang membolehkan pembayaran anda berubah kadar faedah (ia diselaraskan dengan kadar konvensional BLR – Base Lending Rate mahupun kadar islamik BFR – Base Fixed Rate dengan cara penambahan atau pengurangan kadar faedah tersebut).

Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda membayar jumlah RM900 tetapi dengan cara pembayaran dua kali sebulan (RM450 pertengahan bulan dan RM450 hujung bulan), anda boleh menjimatkan tempoh pinjaman satu atau dua tahun. Kalau didasarkan pada rajah di atas maka tempoh pinjaman anda akan selesai 28 tahun ataupun 29 tahun. Jumlah yang sama tetapi dengan sedikit manipulasi, anda sudah dapat membuat penjimatan pada tempoh pinjaman. Menarik bukan! Pada Bahagian Empat (Bagaimana Saya Menyerang), saya ada menyatakan kelebihan yang mungkin menyesakkan nafas anda. Sekiranya anda seorang yang lemah semangat ataupun ada penyakit darah tinggi, rasanya anda harus membuat persiapan untuk mengalami kejutan apabila membaca pada bahagian tersebut.

Namun begitu, setiap sesuatu ada risikonya. Oleh itu saya akan nyatakan secara mudah untuk anda lebih memahami. Sila lihat berdasarkan rajah di bawah.

Pinjaman Kadar Rata Pinjaman Kadar Harian
Kelebihan Kelebihan
Pembayaran sama pada setiap bulan (anda yang tidak gemarkan perubahan dalam pembayaran bulanan) Pembayaran boleh menjadi lebih murah setiap bulan dari kadar rata (anda yang gemarkan pembayaran bulanan fleksibel)
Tidak risau tentang kenaikkan atau penurunan kadar BLR atau BFR Selalunya kadar faedah yang dikenakan adalah lebih rendah daripada kadar rata
Banyak bank yang menawarkan konsep pinjaman ini Kadar pembayaran bulanan boleh menjadi lebih rendah daripada kadar rata
Tempoh pembayaran boleh menjadi lebih singkat daripada kadar rata
Dapat mengurangkan pembayaran caj keuntungan sekiranya anda bijak memanipulasinya dan mengawalnya
Kekurangan Kekurangan
Tidak dapat mengurangkan kadar pembayaran bulanan Kadar pembayaran akan naik sekiranya kadar BLR atau BFR naik
Tempoh pembayaran tidak dapat dipendekkan malahan ada pihak bank yang akan mengenakan penalti sekiranya anda ingin membuat pembayaran awal Risau tentang kenaikkan kadar BLR atau BFR
Pembayaran caj keuntungan yang tidak dapat dikawal atau dimanipulasi

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s