6. Tetapkan Matlamat Kewangan Bermula dengan RM1

Setiap dari saya atau anda mempunyai matlamat kewangan yang berbeza. Janganlah anda tergolong dalam kelompok yang tidak mempunyai matlamat kewangan. Ini amat merugikan untuk masa hadapan anda malahan keluarga anda. Selalunya apabila saya bertanya kepada seseorang yang saya kenali, apakah matlamat hidup beliau. Kebanyakkan daripada mereka akan menjawab nak berjaya dalam hidup dan ada juga yang berkata ingin berjaya di dunia dan akhirat. Namun begitu, apabila saya bertanya apakah usaha beliau ke arah matlamat tersebut. Hah, disini anda akan lihat riak muka mereka akan berubah. Ada jawapan yang tersekat di halkum malahan ada juga yang hanya menjawab acuh tak acuh. Ini menunjukkan bahawa mereka bukanlah memasang matlamat tapi hanya angan-angan kosong sahaja. Anda bersetuju dengan pendapat saya?

Sekiranya anda tidak menulis sebarang matlamat dalam kewangan anda, nampaknya anda sudah pun gagal sebelum anda bermula. Ini kerana dengan mempunyai matlamat kewangan yang di tulis, ia memberi satu peringatan tentang matlamat-matlamat yang harus dicapai terlebih dahulu. Ia boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu:

  • Matlamat jangka pendek: kurang dari 2 tahun
  • Matlamat jangka sederhana: 2 hingga 5 tahun
  • Matlamat jangka panjang: lebih daripada 5 tahun

Saya boleh memberikan satu tips kepada anda iaitu tumpukan sepenuh tenaga dan mental kepada matlamat jangka pendek. kemudian matlamat jangka sederhana dan panjang akan menyusuri kepada anda. Satu kajian di Amerika Syarikat terhadap para graduan yang menyatakan bahawa para graduan yang mencatat matlamat mereka lebih berjaya dalam kewangan berbanding yang tidak menulis matlamat kewangan. Malahan matlamat kewangan mereka di tulis ketika dibangku sekolah lagi dan ternyata para graduan yang menulis matlamat kewangan adalah amat sedikit.

Dahulu memang saya seorang yang tiada langsung matlamat kewangan, hanya memasang angan-angan ingin menjadi orang yang berjaya dan dapat hidup dengan selesa. Namun kini, matlamat kewangan saya hanya satu iaitu menjadi seorang ‘multijutawan’ yang dapat menolong orang lain. Ya, seorang ‘ multijutawan’! Sebelum matlamat saya tercapai, saya haruslah merangka bagaimana untuk mencapainya. Mudah sahaja, buat peringkat demi peringkat. Apakah nilai kewangan yang harus capai sebelum bergelar multijutawan, sudah tentu jutawan. Bagaimana mahu jadi jutawan, mulakan dari kalangan yang mempunyai nilai kewangan beratus-ratus ribu. Begitulah selepas itu iaitu puluhan ribu, ribuan, ratusan dan puluhan. Malah anda boleh bermula dengan RM1.

Pada jadual di bawah, saya menolong anda bagaimana untuk menjadi seorang jutawan. Anda boleh aplikasikan jadual ini untuk sebarang matlamat yang anda ingin capai seperti wang simpanan, wang pelaburan, nilai hartanah, lain-lain pelaburan mahupun pelaburan unit amanah. Anda hanya perlu memotong jumlah tersebut apabila sudah tercapai. Tapi pastikan anda tidak menggunakan wang tersebut selagi matlamat anda tidak tercapai. Ayuh, mulakan matlamat anda dengan RM1!

JUTAWAN 1,000,000

Ratusan Ribu
100,000
Puluhan Ribu
10,000
Ribuan
1,000
Ratusan
100
Puluhan
10

900,000

90,000 9,000 900 90

9

800,000

80,000 8,000 800 80

8

700,000

70,000 7,000 700 70

7

600,000

60,000 6,000 600 60

6

500,000

50,000 5,000 500 50

5

400,000

40,000 4,000 400 40

4

300,000

30,000 3,000 300 30

3

200,000

20,000 2,000 200 20

2

BERMULA DENGAN RM1

 

“Semalam adalah pengalaman, hari ini adalah kehidupan dan esok adalah perancangan”. Eckhart Tolle

Untuk anda lebih memahami tentang jadual di atas, ingin saya memberi sedikit contoh untuk anda jadikan sebagai panduan. Katakan, anda sudah menyimpan RM1 selama 10 hari. Maka anda ada simpanan sebanyak RM10. Jadi anda boleh memotong RM1 hingga RM10.

Ratusan
100

Puluhan
10

90

9

80

8

70

7

60

6
50

5

40

4
30

3

20

2

Bermula dengan RM1

 

Jadi, semakin banyak simpanan anda maka makin banyak nombor didalam jadual di atas akan dipotong. Simpanan ini menentukan berapa jumlah untuk anda mengumpul pendapatan pasif anda atau lebih dikenali nanti dengan panggilan Tabung Bebas Kewangan anda. Selamat mencuba!

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s