5. Kenali Hutang Positif vs Hutang Negatif

Boleh dikatakan saya (dahulu) dan anda hanya mengenali hutang. Tapi tahukah anda bahawa hutang secara asasnya boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu hutang positif dan hutang negatif. Boleh dikatakan pada waktu dahulu, saya hanya mengumpul hutang yang negatif dan kerana itulah hidup saya sengsara setelah hutang itu menjerut saya. Ia umpama kepompong yang membalut saya pada satu ketika dahulu. Namun saya masih bersyukur kerana masih belum disenarai hitam dari sudut kewangan. Saya mempunyai prinsip yang paling mudah iaitu hutang harus dibayar, jadi saya akan berusaha supaya hutang itu tidak tertangguh walaupun hanya sebulan.

Ini kerana apabila anda sudah menangguh selama sebulan, maka pada bulan hadapan anda harus membayar dua kali ganda hutang tersebut. Setentunya ia menjadi bebanan hutang yang semakin berat. Jadi, sekiranya anda tidak mampu membayar penuh hutang pada bulan tersebut, sekurang-kurangnya bayarlah hutang tersebut sebanyak 80 peratus dari nilai hutang tersebut. Namun begitu, saya amat sarankan sekiranya anda dapat membayar hutang tersebut tepat pada waktunya.

Kembali kepada dua pecahan hutang yang saya nyatakan sebelum ini. Secara ringkasnya, hutang positif merupakan hutang yang memberi nilai yang positif kepada hidup anda. Sebagai contoh, hutang membeli hartanah. Ini kerana anda mengetahui bahawa nilai hartanah akan naik secara konsisten sekiranya tepat lokasinya. Malahan, kadang-kadang ada yang naik secara mendadak kerana lokasi tersebut berada di dalam kategori ‘lokasi panas’ iaitu lokasi yang mempunyai banyak permintaan tetapi jumlah hartanah adalah sedikit. Jadi hutang seperti ini mempunyai sudut yang amat positif untuk nilai kewangan anda. Membuat hutang untuk melabur adalah sesuatu yang positif, tetapi saya kurang sarankan kerana ia amat bergantung kepada kadar keuntungan pelaburan.

Sekiranya anda ingin bermain dengan hutang pelaburan, pastikan hutang tersebut mempunyai tempoh yang kurang dari 5 tahun dan kadar faedah yang dikenakan adalah kurang dari kadar keuntungan dari pelaburan. Sebagai contoh, sekiranya kadar keuntungan setahun pinjaman anda adalah 3% maka carilah kadar keuntungan pelaburan yang memberi pulangan sebanyak 8% setahun. Maka anda melihat bahawa hutang yang sebegini memberi sudut yang positif dalam kewangan anda. Kadang-kadang hutang positif ini boleh menjadi mimpi ngeri kepada anda apabila anda tidak mampu membayarnya. Dengan automatik, hutang tersebut akan berbalik kepada hutang yang negatif.

Sebagai contoh, anda memiliki sebiji rumah yang disewa dan tiba-tiba penyewa ingin keluar dari rumah tersebut. Maka anda harus membayar hutang rumah sewa tersebut sehingga ada penyewa baru yang ingin menyewanya. Memandangkan lokasi rumah sewa anda bukanlah lokasi yang ‘panas’ malahan ‘sejuk’, ia mengambil masa 6 bulan untuk penyewa baru menyewanya. Maka 6 bulan itulah waktu hutang positif anda menjadi hutang negatif anda.

Seperti saya dahulu, saya amat gemar mengutip hutang-hutang negatif di dalam hidup saya. Hutang peribadi yang agak tinggi kadar faedahnya, telah selamat saya ambil untuk dijadikan bebanan hutang. Bukan satu malahan tiga! Wang tersebut hanya dihabiskan begitu sahaja tanpa membuat sebarang pelaburan yang akan meningkatkan nilai positif kepada hutang tersebut. Sebelum anda membuat sebarang pinjaman, fikir sejenak adakah hutang tersebut positif atau negatif. Sekiranya anda sudah berhutang, berusahalah untuk melangsaikan hutang negatif tersebut secepat yang mungkin. Lagi cepat anda bayar maka makin positiflah penyata aliran kewangan anda.

Boleh dikatakan hanya berbekalkan 3 hutang peribadi yang bersifat negatif, ia telah melambatkan kehidupan positif kewangan saya selama 10 tahun. Ini kerana saya gagal mengawal bebanan hutang tersebut sebelum ini. Setelah saya membuat kata putus untuk mengubah kawalan hutang negatif ini, saya dapat melangsaikannya kurang dari 5 tahun. Sekiranya anda bertanya kepada saya adakah saya sudah bebas dari berhutang. Tanpa perlu berfikir panjang, saya akan memberi jawapan ini kepada anda. Saya hanya bebas dari hutang negatif, namun saya masih menyimpan hutang positif di dalam hidup saya.

“Hutang akan menentukan lukisan masa depan anda”. Nurussalam Aziz

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s