4. Tahu apa itu Pendapatan Pasif dan Pendapatan Aktif

Anda mesti biasa mendengar yang ibu bapa akan menyatakan belajar rajin-rajin nanti akan mendapat gaji besar. Ya, ini istilah yang selalu di tanam dalam diri seorang anak-anak. Anda juga biasa di ajar menabung untuk menanam sifat menyimpan dari kecil. Itulah yang biasa anda dan saya dengar dengan menganggap nasihat itu sesuatu yang membosankan untuk dilakukan. Namun sekiranya anda tahu apa itu pendapatan pasif dan pendapatan aktif, mungkin tanggapan anda mula berubah sedikit demi sedikit.

Boleh saya simpulkan bahawa pendapatan pasif adalah pendapatan yang anda tidak perlu bekerja untuk mendapat wang darinya. Sebagai contoh, wang royalti, dividen dari simpanan, duit sewa, wang pencen dan pelbagai lagi. Ada pendapatan pasif yang menjana wang anda setiap tahun, bulanan malahan ada yang harian. Anda hanya perlu kreatif dan sedikit usaha untuk menjana pendapatan pasif anda. Dengan kata lain, anda buat sekali dan anda akan dibayar selagi anda hidup. Malahan ada yang dapat dipindahkan kepada keluarga anda. Menarik bukan? Pendapatan aktif pula sesuatu yang anda harus bekerja untuk mendapatkan wang darinya. Sebagai contoh mudah, apa yang anda lakukan sekarang iaitu bekerja. Tidak kira anda bekerja sendiri mahupun anda bekerja dengan orang lain.

Boleh dikatakan dahulu saya hanya mengejar pendapatan aktif tetapi bukannya pendapatan pasif. Sekiranya dahulu saya membina pendapatan pasif lebih awal maka saya tidak akan terlalu bergantung kepada pendapatan aktif. Sifir kewangan adalah mudah, sekiranya pendapatan pasif anda banyak maka anda tidak hiraukan berapa wang gaji yang anda dapat sebagai pendapatan aktif. Ini akan menjadikan anda bekerja kerana minat tetapi bukanlah kerana wang yang anda akan mengejarnya setiap tahun demi tahun. Itulah lumrah bagi kebanyakkan kelas bawahan dan menengah, amat takut sekiranya kehilangan kerja kerana mereka tidak mempunyai pendapatan pasif yang kuat ataupun tiada langsung.

Orang kaya menjadikan pendapatan pasif untuk membayar segala kehendak dan keperluan hidup mereka. Jadi, lagi cepat anda membina pendapatan pasif maka makin cepatlah anda tergolong di kalangan orang kaya. Ayuh, mulakan sekarang dan mungkin anda akan melangkau ke bab menyerang. Tapi biarlah asasnya anda tahu dahulu, jangan jadikan bangunan anda tidak kuat tapaknya tapi ingin membina bangunan pencakar langit.

“Untuk membolehkan kita menikmati kebanyakkan benda dalam hidup ini, kewangan kita perlulah terurus”.
Azizi Ali

 Ingin saya kongsikan kepada anda tentang kelebihan dan kekurangan pendapatan aktif dengan pendapatan pasif berdasarkan rajah dibawah: 

Pendapatan Aktif Pendapatan Pasif
Kelebihan Kelebihan
Anda boleh menjana wang apabila ilmu pengetahuan dalam bidang semakin meningkat ataupun anda bertukar tempat kerja Wang bekerja untuk anda
Bekerja sekali, pendapatan berulang-ulang kali
Kekurangan Kekurangan
Apabila anda sudah tidak mampu menjana wang Bergantung kepada tempat pelaburan atau kerja yang anda lakukan untuk memberi pendapatan
Anda bekerja untuk wang  

 

Satu persoalan yang ingin saya anda tanya kepada diri sendiri. Sekiranya anda sudah tidak mampu menjana pendapatan aktif, bagaimanakah situasi anda untuk menjana wang dalam kehidupan seharian?

Sila Tinggalkan Pesanan... Terima Kasih

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s